Friday, December 10, 2010

10 thousand light years away

Oh.. how I love this song. One of my all-time favourites.



I still remember how I melted at Nicky and Kian's voices. ^^

And how deep the lyrics are when Mark sings his part.

And how excited I was to listen to Shane's oh-so-comel part. (the "oh-woah" part, lol)

And the fact that Bryan doesn't have his solo lines in this song HAHAHA.

The vocal arrangement is excellent, the words are meaningful, the harmonies are perfect. And the looks are so young and comel, haha. Typical Westlife classic (ie. singing ballad on stools, standing up after the key-change, lolll).

The verses and the bridge suit my mood at the moment.

Wednesday, December 1, 2010

Before It's Too Late

Tell me everything now
Don't leave anything out
I'll tell you all my fears
My mistakes
Before it's too late


A few minutes ago I received some news about an old friend of mine. Her dad had recently passed away.

It struck me like a lightning.

It struck me that life is too short. That things you own, or the people you love, can be taken away from you in no time.

This reminds me of a conversation I had with Mak last Sunday. She said:

"Hidup ni jangan berkira sangat. Kalau Tuhan nak tarik, bila-bila masa je. Allah beri kat kita supaya kita beri pada orang lain."

I seem to have forgotten that life is too short.

...

Saturday, November 20, 2010

Kisah lepas kelas

Aku menghabiskan ayat terakhir di atas kertas.

*muka senyum-senyum*

*walaupun frust jugak sebab kantoi tak baca buku*

Aku hantar kertas exam.

*hihihi*

Nak pergi Madison Market lah!

*senyum*

*berjalan dengan riang ria*

Eh tapi hari tu baru beli barang. Takkan nak belanja lagi.

*ala kan baru lepas exam. rilek lah bah*

*tapi last week tak ada exam pun kau pergi berjoli jugak*

Ala, tapi cheese kat rumah nak habis dah.

Harus pergi beli jugak la ni.

*jalan jalan jalan*

Wah sejuknya cuaca. Kuatnya angin.

*jalan cepat-cepat*

Alamak lampu berjalan nak padam dah cepat lintasss.

*berlari-lari anak melintas jalan*

*fuh fuh*

Yeay Madison Market!

*hihihi*

Eh tapi jangan beli banyak sangat tau. Baru hari tu kau berjoli.

Simpan la duit sikit beb.

*yelah yelahhh. bisinglahhh.*

*hihihi*

Ok. Dah ambil cheese. Jom bayar.

*weh weh bukan tadi nak ambil macaroni ke?*

*berlari anak ke tempat pasta*

*ternampak benda lain*

*terdiam kejap*

*gigit ibu jari*

Benda tu dah habis kat rumah kan?

*ye kot. kalau tak pun tinggal sikit*

Ambil la. Kang leceh nak datang balik. (menipu. padahal dekat je)

*ambil barang yang tak termasuk dalam list*

*berjalan ke tempat lain*

*ternampak aiskrim*

*terdiam kejap*

Ala ambil jela. Kang teringin.

*hihihi. ambil aiskrim. pilih pilihhh*

*dah pilih. berjalan lagi*

*ternampak kon aiskrim*

Weh, aiskrim kalau takde kon, tak sedaplah.

*ok*

*ambil*

*berjalan-jalan lagi*

*ternampak keropok*

Kau dah habiskan Pringles siang tadi.

*yelah nak ambillah ni*

*ambil keropok*

*berjalan-jalan*

Weh dah dah. Bayar. Kang macam-macam lagi kau ambil.

*ok ok jom bayar*

*berlari lari anak ke kaunter*

Hello! Plastic please!

*ka-ching!*

Oh. Whaddaheck. DUA PULUH DOLLAR?

Hoh.

*keluarkan debit card dengan bergaya*

*swipe swipe*

*tut tut tut tut* (nombor pin)

Have a good night!

*berjalan dengan cepat*

*cepat nak balik rumahhh*

WEH. ROTI KAU TAK BELI LAGI TADI.

*wargh!*

Tak apa, Walgreen ada on the way balik nanti.

*berlari-lari anak ke kedai Walgreen*

*cepat-cepat pergi kat tempat roti*

*tiba-tiba ternampak cereal*

Oh, cereal kat rumah dah nak hab--

*lantas mencapai kotak cereal*

*berjalan ke arah kaunter*

Adoi. Masa ni la ramai orang pulak.

Eh wait. Coklet tu nampak sedap.

*tangan menggapai coklet*

Eh orang juice tu macam best.

*tangan mangambil orange juice*

*dah sampai kat cik kaunter*

I'm great thank you!

Yes receipt in the bag please!

*debit card. hihihi swipeeeeee*

*tut tut tut tut*

*ka-ching!*

OPOCOT KAU DUA PULUH DOLLAR LAGI.



PS: cerita ini mungkin telah di-exaggerate sedikit

Monday, November 15, 2010

What You Believe In



What am I to you and what are you to me?
Are we getting better or did we used to be?

What of the song we used to sing?
Where are the souls we used to carry in?
What is a sail without hurricane?
What is a hurt without someone to blame?
Show me the sky and I'll climb the stairs
Give me something 'cause I'm losing it.

Give me what it is you believe in
'Cause I give to you my truth
I got all my faith in you
I don't know which way we are going
Doesn't matter anyway
Just as long as you will stay.

Tell me the word and I'll shout it out
For what is a voice when in doubt?
The world has changed
The world will change
Oh give me something cause I need to feel.


It's so good you know
I still love you so
And you don't have to do this on your own.
No, no


Take That
What You Believe In
Beautiful World (2006)

Monday, November 8, 2010

She's Back

A: "Tell me a sentence that, if we read it in happy times we should feel sad
and if we read it in sad times we should feel happy."

B: "THIS TIME WILL PASS."

There's no point of weeping anymore.

Yesterday is history.

May Allah bless us.

This is His will.

Thursday, October 28, 2010

Soundless

My day is your night
It's the difference in the time zone
Spare me the never-ending jet lag
It aches my heart right to the core

We're one thousand light years apart
When one step closer's taken
one heart's gonna get broken

This frown you cause
will never fade away
What a frustration!
Of all the lessons learned
the numbers will never fit in your formula

The red sky is raining
endlessly
But still, unseen
'cause you're inside the building


- Ainina Rosman

Monday, October 25, 2010

Awak oh awak

Kepada awak, saya tahu awak tak baca pun blog saya.

Sebab saya jarang nampak IP address awak dekat Feedjit. Haha.

Terima kasih. Awak takkan tahu betapa saya menghargai awak.

Awaklah antara orang yang boleh buat saya ketawa di kala saya menangis.

Walaupun dah lama saya tak bersua dengan awak, saya rasa awak dekat dengan saya.

Semoga awak selalu disayangi-Nya.

.

Kepada awak, terima kasih.

Saya suka pokpek pokpek dekat awak kan.

Awak saje yang sudi mendengar.

Saya tahu awak saje yang faham.

Tak apa, saya dah belanja banyak biskut dan aiskrim kan. Haha.

.

Kepada awak, saya cemburu dengan awak sebab awak dapat pergi sana.

Saya doakan keselamatan awak.

Saya sayangkan awak. Jaga diri baik-baik.

Nanti saya kirim list doa ye!

.

Kepada awak berdua, saya tahu saya jarang contact awak dan awak.

Saya cuma nak awak tahu, awak berdua tetap di hati saya.

.

Akhirnya, kepada awak yang sedang membaca ni, yang namanya tak tersebut di atas.

Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ni.

Saya bukan penglipur lara, juga tidak pandai menulis dengan penuh kasih sayang.

Saya, emo dan hati kering. Haha.

Terima kasih, dan maafkan saya andai saya pernah buat awak kecil hati dengan apa yang saya pernah pos di blog ini.

Semoga awak dirahmati Allah sentiasa!

.

Monday, October 18, 2010

Eugene Onegin



One of the prose novels I'm studying for Literature in Translation this semester. (pronounce: Yu-jin O-ni-ye-gen) I love literature, though I might not be that good (hawhaw, pessimist ok). In fact I love any language-related and music subjects. I wonder why I'd chosen Actuarial Science instead...

Anyways... the hero is Eugene.

Eugene is a slave to the social convention. That is, he's kind of afraid of what people might think of him whenever he does something. Therefore in order to not go against the neighbours, he would do whatever he thought that the public will accept, though all those people are merely those kind of "cakap belakang" people.

Eugene easily gets bored with things. He's not a genius whatsoever, but he's got the ability to charm people (especially women) with the way he talks and with the words he chooses to say. He's witty, he's flirtatious, and he knows how to get along with other people.

One day this guy went to a ball organized by a rich family, and one of the daughters, Tatyana fell in love with him. Tatyana is different from her sister Olga, who was sociable and outgoing. Tatyana was rather reserved and preferred reading romantic novels than flirting. She might not have any idea how being in love really feels, so it's a new thing for her to fall for someone. But she liked Eugene not because of who he is, or how he looks, or how he flirts.

Do you know exactly why she did?

It's merely because of the social convention.

The neighbours were sort of gossiping that Eugene is going to get engaged with Tatyana. Tatyana heard the hearsay, and instantly, liked him. Tatyana who came from a high-class background, risked her status by writing him a love letter, confessing her feelings and of course, hoping that Eugene would return her love.

But Eugene, of course, did not love her.

The unique thing about Tatyana being in love is that, she didn't exactly love Eugene. She was only falling for LOVE. That is, she was in love with the images of how she wanted Eugene to be, NOT with the man himself.

Macam kitalah. Kalau kita suka seseorang, semua pasal orang yang kita suka tu adalah baik.

Two lessons from the story:

1. Jangan buat cerita/fitnah pasal orang because you will never know how your WORDS can affect other people that bad. Sebab tu dalam Islam dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh, because you won't have any idea how big your words are going to be.

2. Infatuation is merely infatuation. Even if you're going to marry that person, you'll never know them until you, well, get married. Sebab tu dalam Islam ada cara yang betul supaya kau boleh kenal seseorang tu sebelum kau kahwin dengan dia (merisik etc.). And please note that kalau setakat tanya ahli keluarga orang tu je belum tentu keluarga tu betul-betul boleh beri respon yang tepat. Sebabnya kebanyakan orang dengan family perangai lain, dengan bukan family lain pulak.


Tapi, kalau dah suka orang tu, nak buat macam mana kan. *tersenyum sinis* Love is not blind but love can blind you.

Haha. Garang gila. WHATEVER.

Tak tahu kenapa tiba-tiba nak tulis pasal ni. But I think it's been quite a while since I posted garang posts on this blog, harharhar.

Oh come on, you should think twice before reading the whole post!

Thursday, October 14, 2010

I'm already there

I always want you to be there for me

yet I'm always scared of the fact that you are always there for me.

Sunday, October 10, 2010

I miss you, you know

Dah lama tak emo kat blog pasal "saya homesick".

Dah lama tak merengek "saya nak balik".

Dah lama tak bergosip sakan "haa nak tahu tak".

Tiba-tiba... saya rindu.

Bunyi macam klise, tapi bila saya lihat wajahnya, saya terlupa kekusutan yang melanda fikiran.

Hebatnya cinta.

Cinta kerana-Nya.



PS: tiba-tiba teringin nak makan nasi lemak

Tuesday, October 5, 2010

Safe

Hard to find a way to get through
It’s a tragedy
Pulling at me like the stars do
You’re like gravity



PS: Oh yeah it's an ORIGINAL song finally, hahaha. xD

Tuesday, September 14, 2010

Sunday, September 12, 2010

Caught in the middle

Assalamualaikum.

Reminds me of my all-time favourite song by a1. Lol.

But seriously. I AM caught in the middle.

Hm.

-_-

Monday, September 6, 2010

True

"True friendship comes when the silence between 2 people is comfortable"
-- Farah Yasmin Hasbullah, quoting Dave Tyson Gentry

That made my day, beb. I love you! :-*

Wednesday, September 1, 2010

If a song could get me you

Assalamualaikum

-

Dudududu

You don't have Kian's bluest eyes
Your charm is nothing like Shane's
You're not as hot as Nicky either
And you lack Mark's soulful voice

...but I still like you


Oh. I'll have to pen another song for this one.

Macamlah pandai sangat pun buat lagu. Tch.

-

Sekolah nak buka dah. Setiap kali nak buka sekolah mesti ada perasaan keliru.

Oh Tuhanku.

-

Dengar cerita University of Wisconsin-Madison is no longer a top university.

Aku ke yang jatuhkan rank university? Haha. Hebat betul penangan aku.

Offended gila.

-

Tahu tak, sometimes there are things better left unsaid.

There are things better kept inside.

-

I'm so in love with them, everything about them is so comel to me. They bring out the child in me.

I feel so young loving them bah!

I'm obsessed like I used to be when I was 12 (and now I'm 21).

Adakah angka satu dan dua itu yang menambah parah?

I hope school's gonna distract me a bit from them.

-

Kita tak boleh simpan kuku panjang sebab nanti ada E.Coli.

Kalau kuku kita kuku besi, boleh la kan?

Lolololollll. :))

-

Please note the label for this post: ROJAK.

Monday, August 16, 2010

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Saya sering ada masalah untuk menginterpretasikan perasaan saya yang bercampur-aduk. Haha.

Pertamanya, alhamdulillah, saya lega kerana urusan perpindahan rumah berlaku dengan lancar. Walaupun ada sedikit cacat-cela di sana sini (eg. furniture belum masuk lagi, lampu banyak yang tak menyala), tetapi alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan kami. Secara peribadi saya mahu berterima kasih kepada Sarah dan Dalila kerana sudi menumpangkan barang-barang kami di rumah mereka sementara menunggu masuk rumah baru.

Keduanya, alhamdulillah, (sepatutnya perkara ni saya tulis sebelum saya sebut pasal pindah rumah) saya dan Farah selamat tiba di Madison dari Malaysia buat kali kedua. Allah banyak membantu kami sepanjang perjalanan kami. Saya sering teringat satu persoalan Inggeris "do you believe in miracles?". Jawapan saya, ya saya percaya pada keajaiban, tetapi keajaiban itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah dari kuasa Allah.

Walaupun perjalanan kali ini paling lama dan memenatkan (dan terlalu banyak flight delay), yang mana masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 jam (ke 36, saya tak ingat), tetapi saya merasakan Allah sentiasa memelihara kami berdua sepanjang perjalanan. Saya merasakan diri ini sangat kerdil sebagai hamba-Nya, namun pada masa yang sama, saya merasa disayangi oleh-Nya. Dan perasaan itu cukup membahagiakan. Benarlah kata orang, tiada yang lebih membahagiakan dari meraih cinta yang paling agung.

Kali ini, saya lebih tenang untuk balik ke Madison berbanding kali pertama saya datang ke Amerika dahulu. Saya merasa lebih lega, lebih bersedia, dan lebih gembira. Saya akui hati saya berat untuk meninggalkan keluarga buat kali kedua, tetapi saya ada panggilan jihad untuk disambut. Saya akui fikiran saya tidak serabut seperti pertama kali meninggalkan tanah air dulu. Alhamdulillah, saya lebih tenang kali ini. Semoga Allah tidak menarik kembali nikmat ketenangan ini.

Beberapa jam sebelum saya berangkat ke KLIA tempoh hari, saya ada berjumpa dengan jiran sebelah rumah sekejap. Saya panggilnya Auntie Natrah. Keluarga saya sudah lama berjiran dengan keluarganya. Pada waktu itu, saya bertemu sekejap dengannya sebagai tanda menghormatinya sebelum saya pulang ke Madison semula. Ketika berbual dengannya, ada satu ayatnya yang cukup menggetar hati kecil saya:

"Nina kali ni pergi sana dah lega sikit kan, tak macam dulu..."

Kemudian mak saya yang ketika itu di sebelah saya, menyampuk, "Ha'ah, dia kata dulu dia stress!"

Saya hanya tersenyum dan mengangguk, tidak memberi respon lain. Hakikatnya saya terharu kerana masih ada seseorang yang memahami keadaan saya, walaupun saya hanya menyedarinya setahun kemudian.

Berbalik pada cerita utama...

Ketiganya... saya juga merasa sedih di kala ini. Teman lelaki saya yang putih melepak, bernama V, kini sedang terlantar sakit di pangkuan seorang doktor di sini. Kata doktor tersebut, V masih ada harapan untuk diselamatkan tetapi mungkin pembedahan tersebut mengambil masa berbulan-bulan akibat kekurangan bahan ubat-ubatan di Amerika ini. Akan tetapi kos untuk menanggung rawatan V adalah tinggi dan dikatakan tidak berbaloi untuk saya. Saya sudah berbincang sedikit dengan ibu bapa saya, adakah patut saya terus menerus menunjukkan kesetiaan cinta saya pada V... tetapi mereka tidak membuat keputusan untuk saya. Mereka hanya mengatakan, kalau keadaan tidak mengizinkan, saya perlu meninggalkan V dan saya harus mencari teman lelaki lain yang mungkinnya lebih hebat daripada V.

Entahlah, saya sendiri tidak tahu yang mana yang lebih baik buat saya. Saya sangat menyayangi V kerana dialah yang menjadi teman sejati saya selama ini di kala saya senang dan susah. V lah yang menjadi pendengar setia saya, menjadi penghubung saya dengan keluarga tercinta di tanah air, menjadi peneman saya di kala sunyi, menjadi rakan baik yang sudi mendengar lagu-lagu yang saya melalak... apakah mungkin saya mampu meninggalkannya? Walaupun hubungan kami baru saja hendak mencecah setahun, namun saya sangat mencintainya.

Saya menyesal tidak membawa V ke hospital ketika saya berada di Malaysia dua bulan lalu. :'(

Keempatnya, saya kini merasa liat untuk kembali ke sekolah semula. Hahaha. Buku-buku pun saya tidak beli lagi. Selagi saya tidak selesai mengemas rumah, jangan haraplah saya mahu mula meng-e-Bay atau meng-Amazon buku sekolah untuk semester ini.

Sekian saja untuk post yang panjang berjela kali ini...



PS: Untuk pengetahuan, V iaitu teman lelaki yang saya sebutkan di atas adalah laptop saya.

Friday, August 6, 2010

Say It Isn't So

Assalamualaikum.

This is my last entry before taking off this Saturday.

Oh tidak. Sedihnya.

Hopefully things won't be as hard as they were before! Insya-Allah.

Sedihnya.

Oh tidak. Mana boleh sedih...

Sebab ini medan jihad saya.


PS: 32 jam flight. Confirm leper aku dibuatnya... korang ingat US tu dekat ke? Huh? Huh?

Wednesday, August 4, 2010

How do you know?

Assalamualaikum.

A couple of years ago I read an article about Avril Lavigne. She was sort of being interviewed about her second album and stuff... and I still remember a line she said:

"When I listen to my previous album, I'll be like, oh my God, I sound like a little kid."

You know what? That's what I've been thinking of THIS blog. All my posts... I mean, most of them anyway, are immature. So immature. The way I write, the idea that I chose to write about, the way I organise my sentences.

Am I being too paranoid? Tch.

But hey. I guess it is not "abnormal" to sit down and think about the things you've done, and all of a sudden you'll feel like "ya Tuhan, that's so immature of me".

I've done a lot of stupid things, you know. Sometimes I wish I've never ever done them.

Okey, semua orang pun pernah alami situasi macam ni.

Actually there's something I've been thinking of for the past, well, few weeks I guess (which is not related to what I've been babbling about just now).

Okay so here's the question: how do you know if that person is the one? I mean it. How, exactly?

Fast heartbeat? Maybelline blusher? The all-I-can-think-about-is-you thoughts?

And how do you differentiate between a mere crush and a true love?

How do you know whether that person's going to stay by your side no matter what happens?

AND how can you tell whether that person REALLY likes you at all?

Soalan-soalan bodoh.

This is yet another immature post!

Wednesday, July 28, 2010

Imam Muda

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng. Imam Muda. Topik paling hot kebelakangan ni.

Saya bukan nak komen atau beri apa-apa pandangan mengenai rancangan tersebut. Tak nak puji, tak nak kritik. Sebab saya tak ikuti sangat rancangan tu. Sebenarnya saya bukan jenis yang rajin ikut mana-mana rancangan di TV, baik dalam bentuk hiburan mahupun dalam bentuk keagamaan. (kalau kebetulan lalu depan tv, layan jela. i'm that kinda person) Jadi, saya tak ada hak nak beri apa-apa pandangan sebab saya memang tak tonton pun.

Yang saya tahu, dua finalisnya adalah Hizbur dan Asyraf. Betul?

Yang saya tahu, rancangan ini mendapat perhatian media antarabangsa. Itu yang saya baca di surat khabar. Semua komen yang diberi, semuanya yang baik-baik. Betul?

Dan yang saya tahu, ramai yang suka dengan rancangan itu. Oh -- dan tak kurang juga yang mengkritik.

Biasalah tu. Kalau nak buat benda baik, tak sah kalau tak ada orang yang sakit hati.

Saya tertarik nak meng-YouTube balik episod pertama Imam Muda. Saja nak tengok macam mana depa jalankan program itu. Macam biasa, ada segelintir manusia biasa dan manusia cerdik pandai yang memberi komen di bawah video tersebut.

Dan seperti yang saya jangkakan, tak sah kalau tak ada orang yang sakit hati.

Kalau nak tahu apa yang depa komen, anda boleh YouTube sendiri. Saya tak berapa cukup ruang dalam blog ini untuk memuatkan komen yang cetek dan sempit yang telah dipos oleh beberapa golongan "bijak pandai".

Tapi satu komen golongan ini cukup menarik perhatian saya.

Episod yang saya tengok itu adalah episod pertama, di mana dalam satu scene tu, salah seorang calon Imam Muda memakai jaket yang ada lambang pasukan bola Manchester United.

Ala korang tahu la kan isunya. Lambang MU kan ada gambar setan tu. (isu: lambang MU ada gambar setan. jadi sesiapa yang sokong MU a.k.a pakai jersey yang ada lambang MU, seolah-olah mengagungkan setan itu sendiri. tu dah kira menyekutukan Allah sebab macam sembah setan. blablabla.. you know the whole story) Jadi saudara yang bagi komen tadi macam-macamlah dia kritik. Memang hebat. Daripada scene yang tak sampai berapa saat yang memaparkan jaket merah tersebut, beribu patah perkataan dia boleh komen. Scene yang lain tak ada pulak dia komen.

Agaknya kalau dia ambil exam yang ada soalan "tulis karangan berdasarkan gambar yang diberi", dia boleh dapat A++. Yalah, sebab dia hebat. Macam-macam dia boleh komen daripada scene berapa saat tu.

Saya nak kaitkan dengan satu artikel yang saya baca semalam. Artikel dalam surat khabar tempatan tu sebut pasal lambang MU jugak. Saya kira penulisnya bukanlah seorang yang alim, sebab artikel tu pun berbentuk sebagai cetusan pemikiran yang tidak berjawab, bukan artikel yang membicarakan mengenai hukum.

Penulis artikel itu sebut pasal lambang MU yang ada setan. Dan kemudian kaitkan dengan jersey Liverpool FC yang ada tulis Carlsberg. Dan kemudian kaitkan dengan beberapa lambang pasukan bola yang ada tanda salib (yang saya ingat, dia ada sebut Brazil, Barcelona, etc.). Dia kata, ada pihak yang mengatakan hukum memakai barang yang ada lambang-lambang sebegitu adalah haram. Sebabnya, anda tahu sendiri.

Kemudian dia cakap lagi... apa hukumnya kalau seseorang Muslim itu pergi ke institusi pengajian yang ada perkaitannya dengan agama lain. Sekolah convent, contohnya? Kalau lambang sekolah ada gambar yang tidak sesuai, adakah aqidah mereka yang pergi ke sekolah-sekolah itu sudah terpesong?

Kemudian, cakap pasal movie pulak. Kalau dah lambang setan, arak, salib itu memang jelas haram... maka apa hukumnya kita tonton movie seperti Twilight contohnya? Harry Potter? Twilight itu pasal apa? Vampire. Tahukah kita apa sejarah makhluk yang bernama vampire ini?

Harry Potter? Cerita tentang ahli sihir. Nah, ahli sihir. Anda tahu sendiri.

Nampak tak, sampai ke mana cerita ini berlarutan, hanya bermula dari lambang pasukan bola Manchester United?

Saja nak cakap, apa yang saya tulis ni bukan liberal. Saya masih mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul. Saya tidak memutuskan apa-apa kesimpulan. Saya hanya terfikir mengenai perkara-perkara tersebut.

Yang saya tahu, Islam itu mudah tetapi tidak boleh dipermudahkan. Dan yang saya tahu, apabila yang halal dan haram itu bercampur, maka yang haram akan menang. Baginda juga pernah bersabda bahawa sebaik-baik perkara adalah yang di pertengahannya.

Let me know what you think. I know you guys are smart.



ps: sori la kepada peminat Imam Muda... sebab korang dah habis baca benda ni, aku tak sebut sangat pun pasal rancangan tu, hurhur :P

ps2: ketinggalan zaman ke isu ni? -,- nah. kalau ketinggalan zaman, give me an exact answer.

ps3: sesiapa yang dah jadi kaya esok, kalau nak beli kereta Alfa Romeo, kena fikir dulu...

Thursday, July 15, 2010

Bop Bop Baby

Assalamualaikum.

When I'm taking a break from school, I never meant to take a break from blogging as well... well, not that I write that much anyways. But you know, it's kinda normal to feel lazy to think about anything while you're having a couple of months off... at least for me that's the way it is.

I don't have that much to complain for this post anyway. I've started counting the days down and it's such an awful feeling... sometimes I don't even want to look at the calendars anymore. Lol. I haven't yet met some of the people that I dread to see when I was there...

Well, I have an excuse because I spend most of my time in Kuantan. The previous week I spent the whole week in KL but I only managed to meet some of my friends, not all of them. I was half dead in the bed for a couple of days because of the food poisoning... it was horrible. It was that bad I even got fever for a few days... couldn't even smell any food, couldn't got out of bed, couldn't eat anything... and the diarrhoea was killing me... it was the worst food poisoning ever. Everything seemed to get flushed out of my stomach, I thought I'd lost a few kgs. Takpe la sakit tu kifarah dosa kan...

Nevertheless I went out with two of my old friends once I was feeling a bit better... and they made my day. I missed those good old days, those days where we would say childish things to each other, sulk for a few days, listen to a lot of Evanescence and Avril, be labeled nerds,... etc etc. Back then we were just a bunch of immature kids but now the friendship is stronger than ever. Like one of them said we might not see or hear news about each other for weeks, sometimes months, sometimes even a year or so... but when we meet I realise that they're the people that can say things to me and really mean them. They're never fake. I might sound a bit biased because we don't often spend time with one another. Ok, I can't deny that, but I grew up with them. I was like 13 to 15 when I was the closest with them, I mean that was kinda the transition from childhood to adolescence... so we kinda know each other very well, we knew our pasts, we are in each others' histories and present...

And this doesn't mean I totally forget my other friends. I mean I'm sure you (the reader) have your own childhood friends who you grew up with...

Ok now I'm really getting sentimental. Let's get on with the real topic anyway.

Babies. Do you like them? Well, babies never really attract me that much. For me they're just, you know... small humans making a lot of noises, demanding for anything they could without having to care anything at all...

Don't blame me. My family from my mom's side is really huge. She has 14 siblings, 12 are married, and each partners has at least four to five kids. And my mom's only the fourth child in the family. So you can imagine how big my family is, and how my grandmom's house turns into a child nursery every Hari Raya... I have so many cousins, like more than 50, and I only meet them like once a year. Sometimes I could hardly recognise some of them... sometimes I don't even know whether they're really my cousins, or just some saudara-mara belah mana ntah punya anak...

So babies don't fascinate me that much.

.until my own brother gets his own daughter last 9 July.

Yes, I've seen too many babies in my life... but none of them kinda relates directly to me. And it was such a miracle to have someone so small as your niece.

Subhanallah.

I haven't even met her yet (she was in the newborn ICU for some days). I've only seen pics of her. I remember on 10 July when my parents were on their ways from Kuantan to KL (I was in KL at that time just so you know), my mom had sent me an MMS.

I thought that MMS was just... you know, some messages that my mom gave. Because a few minutes earlier I was SMS-ing her about something else. When I opened up the MMS she gave, I felt as if the world around me had stopped moving.

There was a photo of her.

I... I didn't know what to say really. She had my brother's Chinese eyes, and she had a perfect blend of her mom's face, too. Her mouth was kinda like half opened, she looked so innocent, so pure, so... beautiful. I was too mesmerized by her beauty I didnt't realise I had tears in my eyes!

I mean, of course I was excited 9 months ago when I knew my brother's gonna be a daddy (still can't believe it though), and I'd even bought a "This is my first Wisconsin t-shirt" baby t-shirt for her... but I didn't have any idea I would feel this way.

Awww I can get all teary just thinking about her.

Because it made me realise my parents must've been feeling the same when I was born 21 years ago. (I'm the first daughter though I'm the third child)

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sejak kecil...


"And if a daughter's what our future holds
I hope she has your eyes
finds love like you and I did..."

"Beautiful in White" - West-you-know-who-I-like

Monday, July 5, 2010

Angel

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak post apa-apa!

I'm not going to write much this time. I remember writing a very emotional song a couple of months ago about a person whom I adore and cherish so much in this life, in the hereafter, and even for ever. I know I haven't been the best in her life, I've made too many mistakes and I've hurt her endlessly... I am nothing compared to what she'd done to me... but she means the world to me. I know writing a stupid song won't change anything whatsoever... but it comes from the heart and only Allah knows how much she means to me.

I don't think she'll ever read this post anyway because she doesn't really know how to stalk her own daughter on the internet (lol). But, anyways...

This song is called 'Angel'. It's an acoustic, it's deep, it's emotional, it's quite straightforward but it's strong and sounds a bit dark at the same time.

I'd like to dedicate this song to my mom.

Mak, you know I love you, you know you've done everything for me... and, yeah. I love you, lol.

It's 5 July and it's your birthday. I'm still waiting for the oreo cheese cake to freeze in the fridge, lol.

Happy birthday, Mak. I love you. May Allah bless you, Ayah, and all of us.

You're my angel and you're the reason I'm flying without wings.

---

ANGEL

I’m gonna leave here tonight
into a whole new place
where I don’t know a soul

Fears overcoming me
Tears are ready to be free
Will I ever be safe again?

In the complete jet-black darkness
I see a figure coming near
I wonder “who are you?”

She’s shining like a star
I’m no longer in the dark
Everything’s turned so bright

She comes to me to take me close
She holds me tight, makes me feel safe again
She smiles at me, I see tears in her eyes
I look at her and I wonder,
“who are you?”

Since the day that we met
She’s never ever left my side
She becomes my shelter

When I’m shaking with my fears
She’ll kiss away all my tears
She’ll tell me it’s all right

Each time before I close my eyes
She’s beside me patting me
She’ll sing praises to God

It’s the way she caresses my head
It’s the way she hugs me when I cry
It’s the way she combs my hair
Nobody can ever do the same like she does

Now I don’t have to ask
The same question “who are you?”
’cause she’s my angel

---

Friday, June 11, 2010

Monday, May 24, 2010

Honey I'm Home

Assalamualaikum.

Dari Madison, saya ke Denver, Colorado. Kemudian ke Los Angeles, California. Kemudian ke Taipei di Taiwan. Selepas itu terus ke Kuala Lumpur di Malaysia. Belum sempat saya bersenang-lenang, saya terus ke Melaka keesokan harinya. Kemudian pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Keesokannya pula, saya ke Kuantan.

Ya, saya masih nomad seperti dulu. Dan kemudahan internet tidak ada pada saya pada setiap masa.

Saya belum sempat menghilangkan semua kepenatan itu, tetapi saya merasa bahagia. Alhamdulillah. Saya cukup gembira dan tenang sekarang. Segala kekusutan dan masalah, saya tinggalkan di Madison buat sementara waktu.

Untuk beberapa hari ini, biarkan saya membayar hutang cinta saya pada mak saya yang patah hati berkali-kali ketika saya pergi jauh sembilan bulan lalu. Biarkan saya memberi sayang saya pada ayah saya yang selalu menyembunyikan gejolak perasaannya. Biarkan saya menumpahkan kasih saya pada satu-satunya adik saya yang berseorangan menghadapi dugaan itu sejak sembilan bulan lalu.

Jadi, maafkan saya sekiranya saya tidak contact anda buat seminggu dua ini. Saya perlukan masa untuk merawat kembali hati-hati yang pernah saya lukai itu.

Saya masih merasai kepahitan itu. Biarpun sudah hampir setahun, luka itu masih ada di hati saya. Oleh itu berilah saya sedikit masa. Jika saya berdiam diri, tidak bermakna saya tidak mahu bertemu semula dengan sahabat-sahabat saya, jauh sekali mahu melarikan diri dari sesiapa.

Terima kasih! :)

Wednesday, May 19, 2010

Aku Pulang

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Segala puji dan puja hanya layak untuk Allah.

Tidak sempurna, tetapi saya tetap bersyukur.

Hanya Dia yang mengetahui betapa lega perasaan saya.

Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang lebih baik untukku.

...

Ya Allah, aku rindu pada mereka, ya Allah.

Tuesday, May 18, 2010

Na suan le...

Mungkin saya perlu melupakan perkara itu buat seketika.

Mungkin saya perlu terima hakikat bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Saya benci perasaan ini. :(

Wednesday, May 12, 2010

Apabila Facebook tidak mati bersama tuannya

Assalamualaikum.

Wahh. Dah lama tak tulis post yang agak "berguna" kat blog ni. :D Almaklumlah tuan punya blog ni selalu tak reti nak hadapi masalah. Asal ada masalah je mula la stress. Asal stress je mula la tak reti kawal emosi. Last-last tidur memanjang. Konon nak lari dari masalah.

Sebenarnya pagi ni rasa mengantuk lagi. Kalau tidur sedap ni. Zzzz. Tapi tadi saya terlihat satu status di Facebook yang menyebabkan saya tergerak nak menulis pada hari ni.

Statusnya berbunyi:

"(Nama seorang hamba Allah), Tuhan lebih sayang kau. Kau budak baik. Aku tahu kau tenang kat sana. Aku akan sentiasa ingat kau. Al-Fatihah."

Al-fatihah buat hamba Allah tersebut. Saya bukan nak bercakap tentang orang yang pos status tu, tapi tentang orang yang disebut di dalam status itu. (orang yang namanya disebut itu telah di tag di status tersebut)

Sebenarnya kalau kita tengok balik, hidup kita memang ada satu je pengakhiran yang dinamakan kematian. Betapa hebat kita, betapa star kita, betapa banyak kita dapat Anugerah Dekan, betapa banyak kereta yang kita miliki, akhirnya kita akan menemui satu titik pengakhiran di dunia ini.

Semuanya sekejap saja. Pejam celik, pejam celik, eh, aku dah 21 tahun dah. Pejam celik, pejam celik, eh, aku dah habis dua semester kat universiti ni. Pejam celik, pejam celik, eh, aku nak graduate dah. Pejam celik, pejam celik, eh, aku nak kahwin dah. (ok, yang 2 last tu aku belum lagi la)

Ya, semakin kita pejam celik, pejam celik tu, semakin hampir kita dengan hakikat kematian yang hanya Allah tahu bila.

Nak kait dengan status Facebook tadi.

Era internet ini, ada sesetengah benda yang akan stay permanent di internet, unless kalau kita sendiri yang delete (dah delete pun kadang-kadang tak semestinya betul-betul dah "hilang", kan) atau Encik Admin sendiri yang buang website atau webpage tersebut. Atau tak tahulah, mungkin internet akan jadi obsolete 100 tahun lagi, diganti dengan teknologi lain pulak. Siapa tahu, kan.

Sedar tak, apa yang kita buat dengan Facebook, Friendster, MySpace, blog, website, blablabla, semuanya akan terus berada di internet walaupun kita mati nanti. Apa yang kita tulis, apa yang kita komen, apa yang kita upload, semuanya akan terus menjadi tatapan orang lain, terutamanya mereka yang ada dalam friend list kita.

Nampak tak konsekuensinya?

Ya, kalau apa yang kita tinggalkan itu adalah berguna (eg. ilmu, peringatan, benda-benda baik, etc.), maka peninggalan itu akan terus jadi berguna untuk orang lain. Contoh, kalau kita buat post yang baik-baik di blog, atau kita buat status yang elok di Facebook, post-post dan status-status itu akan terus kekal baik dan elok di blog dan Facebook kita.

"Eh, dia ni baik masa hidup dulu. Ya Allah, tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh."

"Masya-Allah, banyak peringatan dia beri masa dia hidup dulu. Semoga Allah beri ganjaran padanya."

Tapi, kalau apa yang kita letak di internet itu adalah benda-benda yang tidak elok, selalu mengumpat keji orang lain, selalu sangat mempersoalkan suruhan Allah, selalu sangat upload gambar-gambar yang tidak senonoh, maka, benda-benda itulah yang akan kita tinggalkan untuk orang lain. Benda-benda itulah yang akan dipersoalkan semula bukan saja oleh sesama manusia, tetapi dipersoalkan di kubur kelak.

Contoh, kalau kita buat post yang kurang enak di blog. Ia boleh mencetuskan persoalan di kalangan orang yang membaca, "eh, dia ni masa hidup asyik mengutuk orang je", "eh, dia ni sikit-sikit nak persoalkan hukum Allah", "eh, dia ni asyik pergi clubbing je".

Contoh lagi, kalau kita upload gambar kita yang free hair, atau gambar pakai short shorts. Kalau orang tengok, apa yang orang akan cakap? "Eh, dia ni free hair eh masa hidup dulu.. entah macam mana la dia handle soalan kubur sekarang ni ek?", "eh, tak senonohnya dia ni masa hidup dulu, ambil gambar peluk-peluk dengan jantan mana entah", "fuyo, seksinya masa hidup dulu, macam manalah dia sekarang ek?".

Nampak tak?

Apa yang kita tulis atau upload di internet, itulah yang akan jadi tatapan orang lain, itulah yang akan dihakimi orang lain, itulah yang akan menjadi penyebab sama ada mereka mendoakan kita atau mengutuk kita, hatta ketika kita sudah tidak wujud di dunia ini lagi. Itu juga yang menjadi sama ada saham akhirat kita atau penambah koleksi dosa kita.

Ingat, akaun Facebook kita tidak akan deactivate pada saat yang sama kita menemui kematian kita. Blog kita tidak akan lenyap dari internet selepas jenazah kita dikebumikan. Semuanya akan terus berada di situ, di akses oleh sesiapa saja, dilihat dan dihakimi oleh sesiapa saja.

Kalau upload gambar seksi, maka seksilah gambar itu sampai ke sudah. Seksalah juga untuk orang yang melihatnya. Kalau kutuk orang dan hebat sangat persoalkan hukum Allah sampai tak ingat dunia, maka kutukan itu akan terus berada di situ jugak sampai ke sudah.

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(al-Zalzalah: 6-8)

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda yang membaca. 99.99999% untuk diri sendiri kerana diri ini sering terlupa. Selebihnya, untuk peringatan bersama, insya-Allah.

Tuesday, May 11, 2010

Menunggu kamu

Menunggu e-mel kamu
bagaikan menunggu tibanya musim bunga

Menyukai kamu
bagaikan mengambus duit ke dalam tanah

Melihat kamu
bagaikan berdiri di tanah jerlus

Bercakap dengan kamu
bagaikan jantung mahu terjatuh

Melihat ke dalam mata kamu
bagaikan sakti yang memukau

Merindui kamu
bagaikan puteri termangu di jendela

Meninggalkan kamu
bagaikan itik pulang kecewa

Menunggu kamu
bagaikan duduk di dalam salji

Monday, May 3, 2010

Siapa?

Siapa saya di hati anda?

Kawan?

Sahabat?

Musuh?

Teman sepermainan?

Alat permainan?

Tuesday, April 27, 2010

So I say a little prayer

Ya Allah, permudahkanlah urusannya.

Berilah ketenangan pada jiwanya.

Sayangilah dia sebagaimana dia menyayangi aku
sejak aku berada di dalam kandungannya lagi.

Aku mencintainya, ya Allah.

Amin.

Sunday, April 25, 2010

Untitled II

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

al-Baqarah: 155-157


This is a self-reminder.

Saturday, April 24, 2010

Hold Me

Please turn on the lights
'cause I can't see in the dark
Please let me hold your hand
'cause I might fall over now

Take me into your arms
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me you'll be there for me
Hold me, tell me it's gonna be okay

Please help me pick up all my pieces
'cause they're scattered on the ground
Please glue that heart in me again
'cause someone's just crushed it

Take me away from here
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me I'm worth your time
Hold me, tell me it's gonna be okay

Take me to Him, the most Benignant
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me He understands me
Hold me, tell me it's gonna be okay

Just hold me tight
Just let me cry this time




...especially for Mingu & Hafsah

3rd day

"Good luck for this Sunday!"

"Oh." Terdiam kejap. "Oh, yeah."

Thursday, April 22, 2010

Untitled

O Allah.

You are The Only One who understands me.

Akulah hamba-Mu yang lemah.

Sesungguhnya tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

Tuesday, April 13, 2010

The Dance

I'm glad I didn't know
the way it all would end
the way it all would go


Bila direnungi balik, betapa insaf rasa di hati.

Betapa besarnya kuasa Tuhan. Betapa hebatnya dia menyusun segala perkara dengan cantik. Betapa sayangnya Dia pada saya.

Peliknya bunyi "saya". Hehe. Saja la nak menekankan rasa rendah diri pada Dia Yang Menciptakan.

Sayang-Nya pada saya, saya dilindungi sentiasa. Meski banyak masalah dan cabaran dalam mencari redha-Nya, saya sentiasa dijaga oleh-Nya.

Cuma, saya selalu terlambat perasan yang ujian diberikan-Nya adalah bertujuan untuk melindungi saya. Bukan saja-saja nak uji. Sebenarnya Dia mahu menyelamatkan saya.

Kadangkala bila direnung balik, hati saya akan terdetik:

"Ya Allah, patutlah benda tu berlaku. Rupanya Allah nak jaga aku."

Sayangnya perkara ini hanya terdetik di hati bila dah macam-macam menyumpah dan merungut. Last sekali baru sedar... masya-Allah, begitu cantik aturan-Nya, betapa hebat pengetahuan-Nya.

Pernah saya terfikir, apalah yang akan jadi pada saya sekarang sekiranya saya turut serta dalam golongan bekas rakan-rakan sekolah dahulu. Adakah saya akan menjadi seperti mereka, atau adakah saya adalah saya yang sama seperti sekarang ini?

Pernah juga saya terfikir, apakah yang akan jadi pada saya sekiranya hati saya dipaling dari menghadap-Nya? Na'uzubillahi minzalik.

Pernah saya terfikir, andai manusia mengetahui awal-awal bila mereka akan menemui kematian, bila kiamat itu akan terjadi, dan di mana destinasi terakhir mereka (syurga/neraka), adakah dunia masih lagi dunia sekarang ini? Adakah ustaz dan ustazah masih lagi ustaz dan ustazah, adakah para daie masih lagi para daie, adakah Islam itu masih Islam?

Pernah juga saya terfikir, seandainya Allah tidak menggerakkan hati saya untuk mengambil keputusan itu dahulu, apa yang akan jadi pada saya sekarang? Adakah saya masih diri saya yang sekarang ini, atau adakah saya jadi lebih jauh dari-Nya?

Apabila persoalan ini menjengah perasaan saya, saya rasa malu dengan-Nya. Malu kerana di kala saya sibuk menambah koleksi dosa, Dia masih lagi mahu melindungi saya, mahu menyayangi saya. Lantas Dia membuka pintu hati saya, membuatkan saya nampak segala pekat hitam yang saya sendiri sembunyikan.

Betapa agung cinta-Nya. Betapa hina diri saya yang kerdil ini.

Sebab betapa hebat pun saya mendabik dada, saya tetap hamba-Nya.

Cuma, saya rasa bersalah kerana membiarkan dia terpinga-pinga sendiri. Mungkin bukan tanggungjawab saya untuk menegur dan mengajak dia kembali ke pangkal jalan, tapi saya tetap merasai kekesalan itu. Kesal kerana tidak mampu mengajaknya ke arah kebenaran. Kesal kerana saya pernah mengajaknya ke jalan kejahatan.

Ya Allah, cinta-Mu tiada tandingan. Lindungilah aku, ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, dan muslimin muslimat yang lain dengan kasih dan cinta-Mu dalam usaha kami dalam mencari redha-Mu, ya Allah.

Kepada 'dia', seandainya anda sedang membaca post ini, maafkanlah segala kekhilafan saya selama tempoh itu. Saya cumalah hamba-Nya yang jahil. Anda tahu siapa diri anda. Nasihat saya, kembalilah pada Dia. Saya banyak mengajak anda membuat kesilapan, oleh itu saya mahu menebus kembali kesalahan itu dengan mengajak anda kepada kebaikan. Kepada cinta dan redha-Nya.

Maafkan saya.

If I'd only known
how the king would fall
hey who's to say
you know I might've changed it all

- "The Dance", Garth Brooks

Thursday, April 8, 2010

Rindu la pulak...

Assalamualaikum.

Semoga anda sentiasa berada di bawah lembayung kasih dan sayang-Nya.

Cewah. Dah lama tak tulis skema macam tu. Wakakaka.

Dah seminggu tak post apa-apa kat blog ni. Tiba-tiba rasa rindu la pulak. Sebenarnya bukan apa, kalau nak diikutkan banyak je benda nak dibebelkan. Tapi entahlah. Makin hari aku rasa macam makin kena jaga apa yang aku cakapkan (tuliskan).

Sebab apa? Sebab aku takut kalau-kalau ter-mengumpat. Yela, dah dok syok menulis tu confirm la ada cakap-cakap pasal keburukan orang lain.

Sekarang pun aku dah tak berapa nak mengupdate status kat Fb. Kat blog ni pun tak tulis benda-benda yang sebenarnya aku memang nak je tulis. Sebenarnya nak je kutuk orang, nak je mengeluh tu, mengeluh ni. Sebenarnya nak buang imej budak skema yang tulis benda-benda baik kat blog (takde la baik pun). Sebenarnya nak je tunjuk diri sendiri, nak kutuk terang-terangan, nak marah secara terbuka. Tapi aku sedar banyak hati yang perlu dijaga. Dah la aku tak reti nak bersosial, kawan pun tak ramai. Jadi kalau kenalan rapat pun aku nak kutuk, siapa la lagi yang nak berkawan dengan aku. Atau dengan lebih spesifik, siapa la lagi yang nak doakan aku masa aku dah mati nanti. Keluarga aku bukan ramai sangat orang pun. Lepas tu aku bukannya ada anak ke untuk doakan aku.

Besides I have my own Twitter account and also another private blog now, di mana ada seorang sahabat ni je yang boleh baca status-status aku yang merepek, gdk. Aku tak kisah sangat sebab aku tahu aku boleh percaya dia (haaa kembang la hidung kau kembang laaa, hahaha). Blog aku yang satu lagi tu memang takkan jadi publiclah. Memang dahsyat sangat penulisannya. Address pun korang takkan dapat cari kat Google punya wahkahkah. Unless korang stalker pakar dan suka meng-hack. Hey, tapi tak baik tau kacau privacy orang. Haha.

Rindu la pulak dekat Mak dengan Ayah aku. Teringat pulak masa aku hancurkan hati Mak masa aku nak fly dulu. Tu yang siap tulis lagu tu wahkahkahkah. Tapi best jugak buat lagu. Bukannya sedap mana pun, suara menyanyi pun takde la macam Siti Nurhaliza, main gitar pun bukanlah pro sangat (yela kata Malay Noob, lol). It's just that I realise I can do something that not everybody can do. Cis bajet riak ujub takabbur. Haha. Sementelah pula aku selalu tak puas hati dengan sesetengah pihak, jadi kalau tulis lagu rasa best. Rasa release tension. Unlike poetry and essays, lagu ada tone dan nada sendiri. Jadi boleh buat bunyi sedih, depress, happy, sinis, etc. That's the best part of writing a song.

Btw sekarang rasa kelas Mandarin macam bosan. Bosan sebab takde geng dalam kelas kot. Padahal tu la kelas yang aku excited macam tahap apa awal sem hari tu. Lagipun macam banyak je nak ingat. -_- Aku bab hafal benda ni dah la lemah gila. Otak aku macam dah tak boleh ingat karakter yang pelik-pelik tu. Susah sungguh. Aihh. Baru je tinggal seminggu masa cuti hari tu, aku rasa dah separuh hilang dari ingatan aku. -_-

Tiba-tiba rasa English 118 pulak yang best. Sebab, bak kata Asilah, dapat belajar banyak sangat benda. Walaupun kertas outline aku tu penuh diconteng oleh instructor sebab banyak sangat yang tak betul. Stress betul la kalau tak sekepala dengan instructor ni. Tapi alhamdulillah la, kelas yang aku macam menyampah awal sem hari tu tiba-tiba jadi kelas yang aku suka. Jadi bila Allah janji dalam surah al-Baqarah ayat 216 ("...dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu..."), maksudnya Allah memang tak tipu la. Selalu je kita mengeluh yang banyak benda kita nak, semuanya tak dapat. Padahal yang Maha Mengetahui hanyalah Allah. Dia dah susun semua benda elok-elok untuk kita. Mat saleh pun selalu cakap, everything happens for a reason. Betullah tu. Setiap perkara, Allah je yang tahu hikmahnya.

Next? Aku rasa macam dah lemas dalam kelas math. Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik untukku. T-T Kurniakanlah semangat kepadaku sebagaimana semangat orang yang berjihad ke jalan-Mu, ya Allah. T-T

Post yang sangat random. Sebenarnya nak cerita pasal orang homeless hari tu. Tapi belum ada mood lagi. Tengoklah kalau ada mood, aku buat la.



PS: Semalam tiba-tiba mengidam makan KFC. Tahpape. -_-

Tuesday, March 30, 2010

Like Only a Woman Can

I'm addicted to this song. Played it hundreds of times on my guitar sampai sakit jari (yela gitar murah je). Leper sudah jari jemariku yang lemah gemalai. Hahahaha. Brian McFadden sure had made loads of good stuff since he'd left Westlife.

She changed my life
She cleaned me up
She found my heart
Like only a woman can
She pulls me up
When she knows I'm sad
She knows her man
Like only a woman can




PS: Especially dedicated to Mak. :) <333 I love youuuuu~~~ :DDD

Sunday, March 21, 2010

Tips Mengurangkan Mengantuk (haha)

Assalamualaikum.

Haha yeah. Hari ni aku nak jadi penulis dalam majalah kesihatan. Haha.

Tips Mengurangkan Mengantuk:

1. Lepas solat Subuh, sujud lebih kurang seminit. Korang pun tahu yang pasal bahagian otak/ oksigen/ sujud tu kan.

2. Lepas solat Subuh, jangan tidur. Nanti terlajak tidur dan terlambat ke kelas.

3. Lepas solat Subuh, baca al-Qur'an/ma'thurat untuk meningkatkan konsentrasi di pagi hari.

3. Jangan tidur lepas Asar. Nanti kepala jadi ngong.

4. Jangan gelojoh makan. Kalau gelojoh, makanan tak dikunyah dengan betul. Nanti perut penat nak kisar, kita pun mengantuk.

5. Mandi (basah kepala) di pagi hari.

6. Tidur yang cukup. Tahu sendirilah purata masa tidur korang berapa lama.

7. Basuh muka dengan air sejuk (untuk kesan yang cepat tetapi tak tahan lama).

Harap maaf kalau ada info yang tak tepat. Minta tolong betulkan kalau ada silap. Ada sesetengah yang tak dibuktikan melalui kajian saintifik pun. Sekian. :D



PS: Tulis je. Tak mampu nak ikut semua pun. Haha.

Sunday, March 14, 2010

Kau tahu apa?!!

Assalamualaikum.

Biasanya kita akan menghakimi seseorang berdasarkan apa yang kita nampak pada zahirnya. Kalau kita suka apa yang kita nampak, kita akan judge benda tu positif. Kalau tak suka, kita mengutuk dalam hati. Macam tu la.

Saja nak kaitkan apa yang kita pandang, apa yang kita analisa dari pandangan mata itu, dan hakikat sebenar yang kita mungkin tak nampak. Aku nak fokus kat pemakaian kita sebagai orang Islam. Orang Islam yang setiap hari mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.

Ok. Kalau kita nampak perempuan Muslim tak pakai tudung contohnya. Confirm kita dah ada satu pandangan negatif atau pandangan steoreotaip terhadap perempuan tersebut. Kan? Macam-macamlah kita fikir pasal dia. One thought leads to another.

Tak pakai tudung... solatkah dia? Jaga pergaulankah dia? Ilmu agamanya dalamkah? Pemakanannya dijagakah? Blablabla.

Biasa la tu. Kadang-kadang kita yang terlebih buruk sangka. Dah nama pun manusia, senang sangat nak nampak keburukan manusia lain. Bila orang tu buat baik, tak ada pun kita nak kecoh-kecoh. Dia senyum kat kita sepuluh kali seminit, kita tak perasan. Dia termarah kita sekali je sepanjang kita kenal dia, confirm kita ingat sampai mati.

Ok. Berbalik kepada isu "judge a book by its cover" tadi. Atau patut aku kata, "judge a person's level of iman by his/her appearance". Salah ke kita judge orang tu "baik atau tidak" berdasarkan luarannya? Dan patut ke orang judge kita macam tu?

"Weh, kau tahu apa? Kau nampak je aku macam ni, tapi dalaman aku Tuhan je yang tahu. Iman aku, Allah je yang nampak. Kita kan manusia, iman boleh naik dan turun. Kau tak boleh tengok aku luaran je."

"Bab-bab pahala dosa ni kan semua kerja Allah. Tak payah la kau sibuk-sibuk nak tuduh aku tak beriman ke apa ke."

"Kau pakai tudung, tak semestinya kau lagi beriman dari aku. Kau pakai seluar panjang, tak semestinya kau lagi beriman dari aku."

Nah. Betul ke macam tu?

Dosa pahala kerja Allah, ok. Tapi Allah senang-senang ke nak bagi dosa pahala? Main campak-campak sajakah?

Beriman atau tidak, itu Allah yang nampak, ok. Tapi apa indikatornya?

Ni yang kita nak kena cek balik.

Since aku fokus pada isu pemakaian (a.k.a menutup aurat), aku nak cite apa yang saudara Hilal Asyraf pernah sebut dalam salah satu blog posts nya: (tak ingat exact phrase)

"Memang orang yang berjubah itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang memakai jeans. Memang orang yang tudung labuh itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang tak bertudung. Memang betul, kita tak boleh cakap orang tu beriman atau tidak berdasarkan apa yang dipakainya. Tapi ingat, iman itu ada tandanya."

I like that one. IMAN ITU ADA TANDANYA.

Kita mengaku kita sembah Allah, dan menutup aurat adalah suruhan Allah. Kalau tak tutup aurat, maknanya kita tak ikut suruhan Allah. Kalau tak ikut suruhan Allah, macam mana nak cakap kita beriman? Layak ke kita terang-terangan cakap "tahap iman aku Allah je yang nampak"?

Jadi kalau ada manusia yang menghakimi kita sebab kita tak buat apa yang disuruh, kita tak boleh nak suka-suka hati marah depa, sebab benda tu dah jelas tak boleh buat. Tak susah pun nak fikir. Tak boleh la nak kata depa fikiran sempit, depa stereotaip, depa bersangka buruk, depa ingat depa lebih baik. Sebelum kita kutuk siapa-siapa yang kita label stereotaip atau buruk sangka, ceklah dulu betul ke tak apa yang depa cakap.

Benda macam ni dah jelas. Allah yang ciptakan kau, jadi Dia lagi tahu apa tujuan Dia suruh kau ikut cakap Dia. UNLESS kau nak berfikiran ala-ala Theory of Knowledge/ Philosophy/ Psychology/ Ethics whatever dan persoalkan kenapa Tuhan suruh kau ikut cakap Dia, itu kes lain dah. Itu kes aqidah/ pegangan/ kepercayaan kau. Itu kes hati kau. Itu kes ego kau. Bukan kes stereotaip dah.

...Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka. (as-Saff: 5)

Na'uzubillahi minzalik. Semoga Allah memelihara hati kita semua.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (al'i-Imran: 8)

Amin.



PS: Suka tahu kenapa Islam itu agama yang relevan sepanjang masa, sempurna, dan logik diterima. Jadi post ni mengingatkan diri ni sendiri supaya jangan poyo sangat nak persoalkan segala benda yang mungkin berbunyi riak dan takabbur.

PS2: Ya Allah, janganlah kau palingkan hatiku dari-Mu, ya Allah. Penulisanku ini hanya untuk mengingatkan diriku sendiri dan sahabat yang lain, ya Allah.

Saturday, March 13, 2010

Duibuqi...

...because I naturally and permanently suck in socializing.

Haha. Statement yang sedih.

I need to marry someone who can talk. Lol.

That is, if I ever get married la.

Ego sungguh statement. Lol. Tengok-tengok aku yang kahwin awal.

I hope that person doesn't arrange any kind of matchmaking for me when I get home soon. Aku lari dari rumah kang baru tahu. -_-'

Thursday, March 11, 2010

Have some manners, please

Assalamualaikum.

Kesian Laoshi aku (Laoshi: guru/cikgu/teacher dalam bahasa mandarin). She didn't look too happy today in class. In fact, she didn't smile at all. A very rare sight of a usually genuinely-smiling teacher.

Ni semua mamat kuang hajaq tu punya pasal.

Isnin lepas, aku ada kelas mandarin macam biasa. Ada satu part tu, kitorang kena sebut apa yang di display kat skrin projektor. Biasa la nak belajar bahasa kan memang la merangkak-rangkak sikit. Laoshi tu nak kitorang yang sebut dulu perkataan tu. Lepas tu baru dia sebut sebutan yang betul. Kiranya macam dia nak kitorang cuba dulu. Tak mahu la terus-terusan suap macam ajar budak darjah 1.

Tapi tengah-tengah laoshi mengajar tu, tiba-tiba seorang mamat ni angkat tangan dengan muka menyampah dan bersuara:

(translated from English) "Kenapa kamu tak sebut perkataan tu, lepas tu biar pelajar lain ikut? Itulah caranya nak belajar bahasa pun. Kalau kamu terus buat macam ni, macam mana pelajar nak tahu yang mana betul dan yang mana salah?"

Masa tu SEMUA ORANG terdiam. Termasuklah Laoshi yang agak tergamam dengan soalan kuang hajaq mamat tersebut. Aku yang duduk betul-betul belakang mamat tu memang terasa macam nak penyepak kepala dia.

Bayangkanlah dia cakap tu depan semua orang, dengan suara menyampah dan lantang. Beb, kalau kau jadi cikgu dan pelajar kau cakap macam tu, apa kau rasa?

Jadi, saja nak ingatkan kawan-kawan yang belajar kat US terutamanya. Walaupun kita berada kat negara yang mana budayanya menganggap semua orang adalah "equal" (contohnya panggil cikgu pun dengan first name je, tak payah nak ber"teacher-teacher"), tapi kita kena masih jaga tatasusila kita sebagai orang timur/ Malaysia/ Melayu/ Islam.

Aku tahu mesti ramai antara korang yang dulunya mungkin malu-malu nak cakap dalam kelas (aku la tu, even sampai sekarang pun -_-'), tapi sejak datang US dah ada sedikit keyakinan nak bersuara. Yakin nak bertanya, yakin nak bercakap bahasa Inggeris khususnya, yakin nak menjawab soalan, dll. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya tu satu budaya baik yang kita kena bawa balik nanti. Budaya yang harus disebarkan di kalangan orang Melayu yang bersifat pemalu.

Tapi jangan lupa, kita masih kena jaga adab. Terutamanya adab dalam menuntut ilmu.

Jangan sekali-kali kurang ajar. Walaupun yang mengajar kita tu mungkin bukan Muslim (yang mana di US majoritinya adalah bukan Muslim), tapi kita masih kena hormat orang tu sebagai guru.

Aku tahulah korang takkan buat macam yang mamat tu buat. Yela, kata anak Melayu kan. Budaya kita memang melatih untuk hormat orang yang lebih tua pun. Kan? Kan? Ke tak betul? Hehe.

Tapi sajalah nak mengingatkan. Tak baik melukai hati seorang guru, hatta orang kafir sekali pun. Masa kat US ni la kita nak tawan hati depa dengan peribadi dan akhlak seorang Muslim yang baik. Tawan hati supaya depa nampak keindahan Islam, bukan tawan hati untuk bercinta ye. Tawan hati untuk berkahwin tu tak tahu la pulak macam mana, haha. Gdk! :D




PS: Mengingatkan diri sendiri jugak!

Tuesday, March 9, 2010

Zikrulmaut

Assalamualaikum.

Tak kisah la kalau nak kawan banyak-banyak dengan mat saleh pun.

Ke orang Korea ke. Orang China ke. Orang Jepun yang comel ke. GDK! :D

Tapi janganlah ban orang Melayu terus. Tak nak kawan rapat takpelah, yang penting jangan benci. Jangan tarik muka masam, langsung tak nak layan baik-baik, malahan layan macam sampah. Macam tunggul kayu.

Jangan berlagak sangat hari ni.

Nak tahu sebab apa?

Sebab kalau Allah takdirkan kita mati kat sini, siapa je pun yang tinggal untuk uruskan jenazah kita.

Tak kan nak harap si Jepun kot.

Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Harap maklum.



PS: Sabar Nina, sabar. Doakanlah kebaikan dia. Dia pun ujian jugak tu. Sabar yeh! *tersenyum dengan paksa*

Monday, March 8, 2010

Talk Me Down II

...'cause we fought an endless war
'til we forgot what we were fighting for
now we can't stop
but we can withdraw
in the long night

Saturday, March 6, 2010

Ketidaksempurnaan

You have to handle things with maturity.

The problem arises when the person you're dealing with is immature.

Tak matang sampai ke sudah. A never-ending immaturity.

Susah nak berurusan dengan orang macam ni.

Sudah tentu ada kadangkalanya kita pun tak sengaja dahulukan emosi. Tak sengaja buat silap. Biasalah tu.

And sometimes you think that forgive and forget are the best two things that you could ever do.

Senanglah, tak payah nak berkejar-kejaran di akhirat kelak. Semua "hutang" dilangsaikan terus di dunia. Sama-sama memaafkan dan meminta maaf.

Tapi bila salah satu pihak tak redha atas perbuatan pihak yang satu lagi, tu yang masalahnya.

And sometimes they intentionally behave in an ill-mannered way just to show you how much they hate you.

Susah kita nak elak rasa marah tu. Cukup susah.

Rasanya semua orang pernah alami situasi ni, kan?

Ingatkan diri:

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
- Hadith riwayat Bukhari

Jangan benci dia. Biar dia benci kita. Tapi kita sayang padanya.

Doakannya. Moga terbuka pintu hatinya untuk memaafkan kita.



PS: dah bosan membenci. hati tak tenang.

Thursday, March 4, 2010

All-black Today

I enjoyed the silence.

I guiltily enjoyed the silence, anyway.

Maybe I should stay away from now on.

Stay away as far as I possibly can.

Because deep inside I know, at one point, I won't be able to take it anymore.



PS: Tajuk takde kena mengena dengan post. Haha. Maybe I shouldn't have worn black this morning. Semua orang macam cuak je. GDK! (Gelak dengan kuat: malay version of LOL)

Thursday, February 25, 2010

Snow White

Assalamualaikum.

Hari ni tiba-tiba nak buat satu confession.

Lol ayat sangat controversial.

Anyway here goes.

I think I've got a crush on...














nah.

Saja nak buat korang tertanya-tanya. Haha.

Bukan confess pasal cintan cintun la.

Confession sebenar ialah...







I think that walking in the snow is one of the best un-describable feelings.

Ever.

Ni datang dari lubuk hati ni. Haha.

(tak tahu perkataan sesuai la nak letak. undescribable is not even a word. lol.)

Mula-mula nak simpan je dalam hati. Tapi tadi Farah cakap "ala rugi tadi tak bawak camera". Lepas tu nampak status Fb Lei Kheng pasal snow jugak. Aku jadi lebih tersentuh.

Subhanallah.

Maha suci Allah yang menciptakan dunia dan segala isinya. :)




Update: Anyway, the correct word is INDESCRIBABLE. Haha. Nama je belajar US. Perkataan tu pun tak tahu. Hahahahaha.

Wednesday, February 24, 2010

Sigh

Assalamualaikum.

Laptop berbunyi menyebabkan tak ada mood nak buat homework. (Alasan je tu)

Aku rasa macam nak suruh sem ni cepat berakhir.

Pertama sebab aku nak balik kampung.

Kedua sebab aku nak pindah rumah baru.

Ketiga sebab aku dah tak nak tengok dia dalam kelas. Lol. Ni bukan jahat. Ni untuk kebaikan aku. Lol lol lolololololllll.




PS: kenapa kebelakangan ni banyak post aku yang remeh temeh? korang pulak rajin baca. padahal takde apa pun. terima kasih la sudi membaca karutan hamba yang ntah apa2 ni.

Monday, February 22, 2010

Salji Turun Lagi

..random thoughts..

1. I don't know what on earth is wrong with my laptop.

2. Two days without nasi and I feel like I've lost half of my weight. Aku tak faham macam mana orang Melayu diet tak makan nasi semata-mata nak kurus. And no, I'm NOT on a diet.

3. Aku dah mula rasa kepenatan sem ni.

4. Ada beberapa orang tanya kenapa aku tak pergi ISR kat Iowa. So let me tell you here. Aku ada exam hari Isnin tu.

5. Sometimes I think I love math. Sometimes I think I loathe math. Sometimes I think math is the only thing that I can do. Sometimes I think math is the only thing I cannot do. Kecelaruan pemikiran.

6. I don't understand why people can be so much in love in one day, argue like nak mati the next day, make up the next day, fight the next day, make up again... don't you ever get tired of it? (aku cakap ni secara umum je)

7. It feels tiring to be sick and to sleep in the bed for the whole day. And now I'll be having problems to fix my bedtime again.

8. Aku tak beberapa faham sama ada patut ke tak aku sign petition untuk buat "prayer room" tu. Boleh ke main campur-campur je? Mula-mula ingat ok la nak ada tempat solat, tapi bila tahu untuk orang agama lain 'sembahyang' jugak, aku jadi keliru. Macam mana tu? It's not like I'm not supporting MSA. I'm just CONFUSED. Get me?

9. Ok. Kau buat silap. Lepas tu orang tegur kau baik-baik. Lepas tu kau ban orang tu dalam hidup kau terus.

10. Budak-budak jangan masuk campur urusan orang tua. Orang tua pun jangan masuk campur urusan budak-budak. Lol.

Saturday, February 20, 2010

The Easy Way

I love youuuu Mak I love youuuu Ayah :D

Insya-Allah saya belajar rajin-rajin :D




PS: happy tak post ni? haha.

Sunday, February 14, 2010

Sleep Disorder

Assalamualaikum.

Orang kata kalau mimpi buruk, jangan cerita kat orang lain.

Ok, at least I'm not telling anyone what exactly the nightmare was about.

But I guess it was so sad, so depressing, so heart-breaking that I woke up with tears streaming down my cheek.

Astaghfirullahal'azim.

I wanna go home so bad.



PS: hoho I'm turning into a frequent, depressed blogger :P no i'm not depressed... i'm just "ala biasalah perempuan" -_-

Saturday, February 13, 2010

Apabila...

Assalamualaikum.

"Laoshi!" I called my teacher.

"Yes?" she replied, quickly looking at me.

I was about to say 'Gong Xi Fa Cai' when I changed my mind on the last second before my mouth spoke:

"Um, happy Chinese New Year!"

"Oh! Thank you very much!"

And she gave me this wide, sincere, happy smile. Honestly, it was quite some time since I last saw someone giving me a genuine smile like that.

So it was true what other people said: a smile can brighten up another person's day.

Well, at least for me, the school hours ended quite happily today.

But... something's been bothering me lately, and I don't even know what on earth it is.

Dua tiga hari ni my mood is fluctuating like hell.

I mean it. Like hell.

Ok, maybe it wasn't exactly dua tiga hari. I think it's been the whole week.

Sigh.

Mengapa kah?

Kerana ada orang bertanya kenapa kena pakai tudung kah?

Kerana aku tak jujur dengan instructor kah?

Kerana aku selalu lapar sangat kah?

Kerana PMS kah?

Kerana aku tak mampu nak bersabar kah?

Kerana sink dan bath tub selalu tersumbat kah?

Kerana dia kah?

Sigh. This morning I ended up sitting at a different place because I didn't want to be near that person.

And I felt so stupid about it.

Kenapa aku rasa makin hari tempat duduk dia makin dekat?

Atau dengan kata lainnya, ada orang lain yang duduk tempat aku atau tempat dia, yang menyebabkan aku kena duduk dekat dengan dia.

Seriously.

The first day of class, tempat duduk dia was like 7 or 8 chairs away from me.

Dan tadi kalau aku tak pindah tempat, aku sebenarnya duduk sebelah dia!

Dah la kerusi yang kat bucu meja. Kalau sebelah tu aku tahan lagi.

Pergi main jauh-jauhlahhh!

You are torturing me.

Aku tak suka perasaan itu.

Sigh.

Ya Allah, ampunilah dosaku. Akulah hamba-Mu yang lemah.

T-T

... atau mungkin kerana post hari tu aku cakap besar kah? T-T




PS: "Why do you wear it here? *pointing at my tudung* Your parents are not here!"

Thursday, February 11, 2010

Saat Terindah



guess who's back!

new album's coming up this june.

they're even planning to make a re-record of Permata Ayah Bonda.
(wujud ke perkataan tu? huhu)

OMT. (oh my Tuhan)

can't waittttt. :DDD

Monday, February 8, 2010

Buat Nina

Assalamualaikum.

Buat Nina,

"Love is not about
finding the right person
but creating the right relationship.
It's not how much love you have
in the beginning,
but how much you build
till the end
and the faith to believe
it is possible."


i.

It all seems like yesterday.
But I didn't want to shed the welled up tears.
Instead, I let the pain remains there.

It's ironic how hard you'll have to strive to get something.
Yet it can be taken away from you in no time.

You can feel happy now and then.
But you won't have the power to decide what's going to happen next.

After all this time, I think I've been tested enough,
I think I've gone through too much that nobody will ever understand how I feel,
but I've forgotten the ones who'd gone through way, way too much than I am.

I'm ashamed to admit how selfish I can be at times
and how determined I am when it comes to blaming others.

ii.

And the idea about love, well...
I'm still going through a phase where I think I can never love a guy again
because I hate the word marriage.

And of course, I have some reasons for that.
Some personal reasons I won't bother telling anyone about.

But at least I still know
if he's somewhere out there,
and if it's meant to be,
he'll still be there for me to take care of me,
and to lead me closer to God.

I don't want to go out looking for him.
I've had enough of stupid fake crushes.

I wouldn't want to wait either.
It's either it happens or it doesn't.
Prince Charming doesn't exist for me.
But I do believe there's someone called "Mr Imperfect".

iii.

Life is too short.

Yesterday I was confused about what should I do in the future.
And how am I going to lead this life.
And where should I head to, where my direction is supposed to be.
Now and then I'd be thinking of the same thing again and again.

But in the end, I realise there'll be only one place left for everyone.





PS: Terima kasih, Aimi...

Saturday, February 6, 2010

Mobile

Assalamualaikum.

I used to think I couldn't live without my mobile phone. My mobile is my telephone, my short-message-system medium, my camera, my video recorder, my mp3 player, my alternative USB, and sometimes my internet. I don't own any Blackberry or any other super brand models, but I love my Nokia.

At the moment I own two of them; one is for my Malaysia number and the other one for my US number. I mean it's not like it's a weird thing for people to own more than one handphone at the same time, but it's something I'd never thought I would definitely have. I don't have that many friends who would call or text me, so there's no reason why I should own more than one. But I had the thought that my friends back in my country might want to keep in touch with me by sending text messages to me (because not all of my friends have Facebook or even Internet access at their homes), so I decided to have two for my own convenience.

And so I have to frequently recharge and carry these two phones wherever I go. Sometimes I end up looking pretty stupid because both of them would run out of battery. There isn't really any point in carrying two battery-less phones, though. Eventually, I left my Malaysia number at home whenever I go out. I only carry my US number with me.

However, I kind of notice that I don't really text or call people. There are only a few frequent contacts in my list who I'd text or call sometimes, but that's it. My US phone is useless. There's only a 1.3 megapixel camera, pathetic video recorder, and super limited memory storage. There isn't even any games to play with. And the most pathetic thing is that I couldn't make the mp3 I transferred into the phone as my alarm clock or my ringing tone because "the size is too big". It's like, a phone plainly for texting and calling. In the end I can't really blame the phone because it's a free one when I registered my US number!

I refused to insert my US sim card into my Nokia because I have some sentimental values for both the Nokia and my Malaysia number. Well, I did try it once, you know. I exchanged the sim cards so that my US sim card goes into my Nokia, and my Malaysia sim card goes into the "lovely" Samsung. Unfortunately, the Samsung wouldn't accept my Malaysia sim card - it only accepts the sim card it was registered for, which is my US number.

I tried to bring and recharge my Samsung as much as I could, but after some time later I feel so malas. Well, I normally contact people here using Facebook or YM. So that gives me another reason why I don't really use my handphone.

The other day, I received some spam calls from Tuhan-knows-who. I get pretty annoyed because there were 5 to 6 calls per day, and whenever I answer it, nobody but a machine answers it. So I left the phone vibrating each time the call comes in, and let the phone runs out of battery by itself.

Today I no longer bring my US phone when I go out. Instead, I bring my Malaysia phone, not to contact people, but to listen to the mp3 player!

In fact, I think my US phone has gone dead without battery for almost two weeks now!

So, to any of you who couldn't reach me, faham-faham jela. Insya-Allah I'll recharge the phone after this, haha.

Thursday, February 4, 2010

Sekadar Bebelan

Assalamualaikum.

I had a chat with my English classmate. A Malaysian Chinese. I get excited telling him that I'm taking Chinese lesson this semester, "at the moment we're still learning the Pinyin system!" and he went, "oh, I don't know Chinese". Buat malu je excited macam kanak-kanak.

I had sikit nasi for breakfast (sebelum kelas English). And the result was? I fell asleep in the Math Library when everybody else around me was busy burying their faces in some books. Padahal kat riba siap ada buku, bajet study la konon. Confirm kepala aku terlentok beribu kali macam orang tak cukup tidur (padahal cukup je). Kesimpulan: jangan makan nasi pagi-pagi buta, nanti mengantuk. Oh, and don't shower using hot water in the morning. Nanti lagi mengantuk.

Change in venue for Chinese class. Jalan punya jalan last sekali baru jumpa. Punyalah tawaf first floor tu macam apa. Dah la masa kelas blur gila. Berjuta kali cikgu ulang perkataan sama tu pun aku tak dapat tangkap.

Kelas Psychology. Apsal aku rasa budak-budak ni tak bersemangat pun berbanding sem lepas. Huhu. Henriques cakap contoh sama. Aku pulak hampir terlentok kat belakang.

Balik tu, bajet nak pergi Capitol Market. Jalan punya jalan. I wasn't wearing glasses, and suddenly I got LOST. Aku tak ingat kena ambil jalan yang mana! Ya Allah, punyalah berjuta kali pergi Capitol tu. Disebabkan malas nak ambil spek dalam beg, aku jalan balik rumah. Cis. Nasib baik dah nak maghrib masa tu, kalau tak confirm aku rayau jugak.

My head was aching like mad when I reached home. If my mum ever knew this she's going to bising about how important it is NOT to let my stomach grumbling for food. (I had classes from 9.50am until 3.45pm, and I didn't eat anything within that period) "Jangan biar perut kosong nanti angin la blablabla..." It's weird because other people only burp when they have this angin thingy, but if I get that angin I don't only burp; my head feels like it's going to explode.

By the way aku ada baca beberapa blog. Tak mahu cakap la depa cakap pasal apa. Tapi I just want to tell them that I've been living like THIS for 20 years so don't expect me to change in a blink of an eye. You didn't grow up in the same environment like I did, so shut up. Childhood experience, family background, semua tak sama (tak caya tanya Henriques). Jadi jangan la tulis benda yang berat sebelah. (Blog tu tak cakap directly pasal aku pun. Tapi saje menggatal tiba-tiba nak terasa. Haha.)

I've started loving my daily schedule now. I wake up early and sleep early. And I'm surprised that it feels really good. My days feel longer, healthier and more organized. I even feel happier and more energetic than I used to be. Everything seems to be running more smoothly than before, and hopefully this will continue until the end of this semester, dan harap sampai bila-bila. Seems like the warning letter from Mara has given me a real slap in the face lol. Harap-harap semua kesalahan dapat ditebus semula. Banyak benda yang menginsafkan terjadi, and I realised I haven't worked to my optimum level yet. I know I can do this. I trust Ar-Ra'd: 11!

Ohhhhhh and "Reach Out" is going to be Westlife's next single! OH MY TUHAN I LOVE THAT SONG SO MUCH I CAN'T WAIT FOR THE VIDEO.

...

Ok. Seriously aku rasa sangat VAIN tulis post macam ni. THAT'S WHY I'VE NEVER WRITTEN ANY DIARY-LIKE POST BECAUSE I KNOW NOBODY'S GOING TO BE INTERESTED TO READ. LOL. ("lol"? I used to hate that word so much) Dah la there's a lot of exclamation marks "!!!!!!!" Excited macam kanak-kanak tak matang. Vain macam apa.

Okay, so I might've written something like this before, tapi jarang ok. This one might be one of those rare meaningless posts in this blog. Not saying there are a lot of so-called meaningful posts pun! Just so you know I don't really like writing a post like this. Don't ask me, I don't know why, haha.

Saturday, January 30, 2010

Butterfly Kisses

There's two things I know for sure
She was sent here from heaven
And she's daddy's little girl
As I drop to my knees by her bed at night
She talks to Jesus and I close my eyes
And I thank God for all of the joy in my life
Oh but most of all for..

Butterfly kisses after bed time prayer
Sticking little white flowers all up in her hair
"Walk beside the pony daddy; it's my first ride
I know the cake looks funny daddy
But I sure tried"
Oh with all that I've done wrong
I must have done something right
To deserve a hug every morning
And butterfly kisses at night

Sweet sixteen today
She's looking like her mother a little more everyday
One part woman; the other part girl
To perfume and make up
From ribbons and curls
Trying her wings out in a great big world
But I remember..

Butterfly kisses after bed time prayer
Sticking little white flowers all up in her hair
"You know how much I love you daddy
But if you don't mind
I'm only gonna kiss you on the cheek this time"
Oh with all that I've done wrong
I must have done something right
To deserve a hug every morning
And butterfly kisses at night

She'll change her name today
She'll make a promise and I'll give her away
Standing in the bedroom just staring at her
She asked me what I'm thinking
And I said I'm not sure
I just feel like I'm losing my baby girl
She leaned over, and gave me

Butterfly kisses with her mother there
Sticking little white flowers all up in her hair
"Walk me down the aisle daddy; it's just about time
Does my wedding dress look pretty daddy?
Daddy don't cry!"
Oh with all that I've done wrong
I must have done something right
To deserve a hug every morning
And butterfly kisses
a hug in every morning
And butterfly kisses at night



Salam.

Abaikanlah unsur-unsur agama Kristian di situ. Huhu.

Yang penting kita kena tahu,
seseorang yang bernama ayah atau bapa itu
selalunya tak ekspreskan kasih sayang diorang
secara langsung terhadap anak-anak
(terutamanya Melayu la).

Tapi di hati dia, kita masih permata.



Ayah, no matter what happens, I'll always love you.

30 January 2010.

Happy birthday Ayah. :')

I can't wait to come home for you and Mak.




PS: huhu.. nangis dengar lagu tu first time dulu :(

Thursday, January 28, 2010

When I'm Missing You

Assalamualaikum.

Hey.

I don't know if you're reading this or not. I don't have any idea if you're secretly reading my blog.

I know some people would go through a phase in their lives where they'd change completely. I know you've had the time. And I know you're still trying to change for the better.

Thank you for the e-mails you've given me. I know you care about me, in other words I know you love me.

The only thing I'm asking you is to please understand me.

I appreciate all the words you've given to me. But most of the time the words didn't come out at the right time. And the tone of the words wasn't what I liked, either.

Please understand there's no such thing as ceteris paribus. There's no such thing as everything being equal. So don't expect me or eveybody else to follow whatever you want to say.

Forgive me for ignoring you e-mails. I've been thinking too many times whether I should reply or not, but seeing as how you ended up hurting me with the same issue, made me choose for the mails to stay in the inbox.

I don't want to be sappy but I miss the old you. Even though you're changing for the better, you seem to forget the ones who are more important to you and thus deserve your respect.

If you want to change the situation, I'd be glad to accept that. But you have to remember you can't change everything overnight. Things take time.

Take care of your words, you know. You don't have any idea how many people you've hurt. You're so blunt. You're too innocent, and sometimes silly.

I miss the old you. They all do, too, just in case you don't know.

Monday, January 25, 2010

Klise

"Kalau I ada buat salah, you kena bagitahu I supaya I dapat perbaiki diri I. Kita kena saling tegur menegur untuk memperbaiki diri masing-masing. Yela, kalau you tak bagitahu salah I, kadang-kadang I tak perasan. So sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik."

---------

"Asyik-asyik I salah! Asyik-asyik I salah! You je yang betul! You ingat you tu siapa! Berlagak! Asyik nak tunjuk salah orang je! Macam bagus!"

---------

Fuh fuhhhh pedasnya.

Wednesday, January 20, 2010

Sindrom Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum.

Kenapa bila bukak sekolah je tiba-tiba tangan jadi GATAL nak tulis blog?

Berakhirlah sudah cuti yang sia-sia.. eh tak, tak.
"Cuti yang digunakan sepenuhnya untuk perkara sia-sia" bak kata kawan aku. Haha.

Takde lagi nak mengYouTube video Westlife sepanjang hari,
melihat aksi Jet Li menyepak penjahat-penjahat,
bersengkang mata baca fan fiction...
dan lain-lain.

Takde lagi nak tidur siang berjaga malam.

Tak boleh lagi nak menternak terlalu banyak lemak.
Bahaya untuk kesihatan.


------


Ya Allah.

Berkatilah usaha aku dan sahabat-sahabatku yang sedang cuba mencari ilmu di bumi-Mu ini.

"Berkatilah setiap semangat jiwa untuk selalu berjuang di jalan-Mu"




PS: Cepatlah sem ni habis. Boleh balik kampung muahmuahmuah. Lepas tu boleh pindah. Can't waitttt. Bukan apa. Susah nak jaga hati tau tak! Haha. Hati mahu selalu memaafkan tapi lama-lama tak larat dah. Jadi cepatlah semuanya berlalu. Semoga takde yang akan terluka lagi.

Saturday, January 16, 2010

Leaving

Assalamualaikum.

Kena cuit sikit je. That's all it takes, you know.

Sebab kita takkan sedar kita ada rambut sampai la satu masa rambut dah mula ada uban.

Sebab kita takkan sedar kita ada gigi sampai la satu masa kita rasa gigi kekal kita dah mula bergoyang.

Sebab kita takkan sedar kita ada kulit yang macam bulan purnama sampai la satu masa kulit tu berkedut.

Sebab kita takkan sedar kita tengah bernafas sampai la satu masa tu kita tersedak sebab tercekik.

Sebab kita takkan sedar kita tengah mendengar sampai la satu masa tu telinga sebelah kita tiba-tiba berdesing.

Dan yang paling penting, kita takkan sedar nikmat yang kita sesedap rasa pakai setiap mikrosaat, sampai la satu masa tu Allah cuit sikit je sebab nak jagakan hati kita yang sedang terlena.

Saturday, January 9, 2010

Parody

Assalamualaikum.

Original version:

When I am down and oh my soul's so weary
When troubles come and my heart burdened be
And I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me

You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

(Westlife/ Josh Groban/ Secret Garden/ siapa2 yang pernah nyanyi)

New version:

When I am down and oh my soul's so weary
When troubles come and my heart burdened be
At once I know the reason why I feel these
It's when you come and sit a while with me

You stress me out, I feel like strangling you to death
You stress me out, the tense is built up in me
I am strong when you're far away from me
You stress me out to more than I can bear

You stress me out, I feel like strangling you to death
You stress me out, the tense is built up in me
I am strong when you're far away from me
You stress me out to more than I can bear

You stress me out, I feel like strangling you to death
You stress me out, the tense is built up in me
I am strong when you're far away from me
You stress me out to more than I can bear

(belum ada orang nyanyi lagi. haha)

Sila klik lagu You Raise Me Up di sebelah kanan post ini dan mari kita menyanyikannya bersama-sama :)

"YOU STRESS ME OUT"

Out now in stores.




PS: Aku dah remove link lagu, malangnya tak dapat kita berkaraoke bersama-sama.