Tuesday, July 26, 2011

Titik hitam di tengah kertas

Kalau nak tahu, aku benci ceramah motivasi, kecuali kalau diberi oleh sesetengah individu yang aku rasa layak memberi motivasi dan bukannya cakap pung pang pung pang macam dia la manusia paling perfect dalam dunia. Haha.

(Nota: Pos ni mungkin panjang... kalau tak nak baca, you better stop now. Aku tak nak ada orang salah faham sebab baca separuh-separuh. Cewah garang... haha)

Tapi ada satu ceramah ni yang diberi oleh seorang guru masa kat sekolah rendah dulu, yang aku masih ingat sampai sekarang. Nama cikgu tu Cikgu Kamaluddin. Muka dia pun aku still ingat sampai sekarang.

Dia beri setiap murid sehelai kertas putih. Lepas tu dia suruh setiap murid lukis satu titik kat tengah-tengah kertas. Lepas tu semua orang tunggu arahan selanjutnya, mana tahu cikgu nak suruh main sambung-sambung titik ke...

Tapi dia cakap, ok tu je.

Semua orang macam terpinga-pinga. Aikk... dia ni saje nak membazir kertas ke apa? Kesian pokok...

Then, cikgu tu cakap:

"Ok, sekarang beritahu cikgu apa yang kamu nampak kat kertas tu."

Rata-rata murid jawablah, nampak titik hitam. Ada yang ingat cikgu nak buat trick, dia pun jawab la titik hitam berbentuk bulat di tengah-tengah kertas yang berwarna putih (bajet jawapan penuh la kan. ok I made that up)

Cikgu tanya, ada orang nampak benda lain ke selain titik hitam? Takde orang angkat tangan. Lalu cikgu tersenyum bangga sebab trick dia menjadi.

Lalu dia pun bermadah bicara,

"Tengok... semua orang nampak titik hitam tu. Apa yang kita nampak hanya titik tu semata-mata. Tapi tak ada sorang pun perasan yang warna putih kertas tu lagi banyak dan besar daripada titik hitam yang kecil tu."

Uuuuffff. Aku terpana.

"Nampak tak, kita lebih senang nampak kecacatan kat atas kertas tu. Kita nampak titik hitam. Kita tak nampak warna putih tu."

Maksudnya... kita lebih senang nampak bila orang lain buat salah. Kita susah sekali nak tengok kebaikan orang. Betapa baik seseorang tu, kalau dia buat silap sikit je, confirm kita ingat sampai mati.

*

Aku sebenarnya dah lama jugak tergerak nak tulis pos ni. Cuma kalau korang perasan, aku tak pernah cakap pasal politik, sebab aku memang tak reti.

Aku masih dalam fasa mencari-cari pihak yang benar, tapi eventually aku realise yang tak ada manusia, hatta pemimpin sekalipun, yang betul-betul perfect zaman sekarang.

So kali ni, aku nak utarakan pandangan aku sebagai orang yang berada atas pagar... which explains I'm not either pro or anti-govt. Aku punya pendapat berdasarkan apa yang aku perhatikan selama ni... dan aku agak mesti ramai yang kata aku ni perempuan yang tak tahu apa-apa pasal politik.

Ok, aku mengaku tu. Aku politik illiterate, aku benci cakap pasal politik simply because I don't know how to and which side I should be on.

But still, aku ada pendapat aku sendiri.

*

Tuntutan Bersih.

Based on apa yang aku baca selama ni (dan hanya pembacaan semata-mata, tak pasti la penulis tu pro-govt ke apa kan), benda-benda yang diorang tuntut tu ada relevannya. Media massa yang kebanyakan pro-govt kata tu perhimpunan haram. PM pulak tarik balik janji yang mula-mula kata nak bagi perhimpunan tu kat stadium, last-last dia haramkan (please correct me if I'm wrong).

Ada orang kata, govt sekarang takut sebab rakyat dah celik, dah buka mata. Sebab tu la Bersih tu dikira "haram". Propaganda giat la kat media massa, kata jangan join Bersih, jangan join Bersih, sebab tu perhimpunan haram.

Pembangkang kata, govt sekarang penuh korupsi. Pemimpin semua pilih kroni. (oh that rhymes). Pilihanraya tak telus, pengundi hantu banyak.

Depa kata lagi, govt suka rakyat jadi bodoh. Sebab tu hiburan sekarang menjadi-jadi. Rancangan realiti tv makin popular. Media semua suka tulis cerita sensasi & putarbelit kenyataan. Media semua pro BN.

Lagi, Malaysia bukan negara Islam. Pemimpin liberal, negara sekular.

(Sekularisme: Satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. - definisi diambil dari pekanrabu.com)

Korupsi. Korupsi. Kita patut tukar pucuk pimpinan.

That was what the opposition says anyway.

*

Ok now... aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran claim-claim tersebut. Mungkin ada kebenarannya, mungkin ada yang terlalu digembar-gembur.

Tapi kalau fikir logik, even kalau pembangkang yang memerintah pun, semua benda tu boleh terhapus ke?

Mampu ke adil tanpa memilih kroni? Mampu ke beri keadilan samarata kalau opposition (please note that dalam ayat ni pembangkang tadi telah pun menjadi kerajaan) nak buat tuntutan yang memburuk-burukkan kerajaan? Mampu ke hapuskan semua bentuk hiburan sia-sia, tutup semua pusat judi, tutup semua kelab malam?

(Aku quote pasal judi, kelab malam, hiburan etc tu sebab benda tu selalu digunapakai pembangkang sebagai salah satu alasan yang govt ni korup... I'm not saying those things adalah betul)

Aku bukan cabar la ni... aku tanya jela. Kalau ye pun govt sekarang ni turun dan diganti dengan pucuk pimpinan lain, memang confirm takkan ada langsung kekurangan ke?

Aku nak tahu, what does justice exactly mean to you?

Kesamarataan hak kaum? Pemusnahan hak istimewa bumiputera? Penghapusan korupsi dalam kalangan pemimpin?

Melayu manja sangat? Sebab terlalu di pamper?

You know what? Kita banyak sangat nampak titik hitam. Kita tak realise apa yang kita ada sekarang.

Aku berani cakap sekarang ni... tak kisah la kau pro-govt atau pro-pembangkang:

Rakyat Malaysia memang majoritinya tak reti bersyukur.

Like seriously.

*

Aku ada pengalaman duduk di negara membangun (Malaysia) dan negara maju (Amerika Syarikat). I would say hujan emas dua-dua negara pun ada, tapi hujan emas kat Malaysia lebih berharga, walaupun negara kita belum capai tahap negara maju. I mean it.

Cuba bayangkan kau sakit. Ok sekarang apa yang kau terfikir?

Demam... pergi klinik... jumpa doktor... dapat ubat... makan ubat... dengan izin Allah, sembuh. Kalau tak pun, pergi checkup kat hospital kerajaan, servis lambat....... tapi kau tetap dapat rawatan.

Kau tahu tak kat US sistem dia macam mana?

Senang je. It's either you have insurance or not. Kalau takde, kau mesti ada banyak duit.

But if you have none, that's it. Takde orang nak layan kau. It's as simple as that. No money no talk. No money, kau mati and nobody cares.

Ada ke orang Malaysia yang appreciate sebab wujudnya hospital kerajaan yang walaupun servis lambat tapi at least it's still there?

Rata-rata yang kata, kerajaan servis lembap, tak efisien, asyik nak ulang alik sepuluh juta kali, nak tunggu berjam-jam.

Klinik 1Malaysia. Kau bayar RM1, kau dapat rawatan. Cuba beritahu aku negara mana yang buat macam tu jugak? (ok ni aku memang honestly tak tahu, kalau ada beritahu la) Ada ke kat US (aku asyik sebut US sebab aku tak pernah pergi negara lain) polisi yang kata bayar USD 0.33 dan akan dapat rawatan?

Kan aku dah kata. Orang Malaysia rata-rata tak reti bersyukur. Last-last, kerajaan jugak yang salah.

*

Pada suatu petang yang hening aku sedang naik kereta dengan seorang kawan kat sana... seperti biasa aku terlepas cakap yang aku datang sana dengan bantuan kerajaan.

Dan seperti biasa, aku ditanya soalan ni:

"What's the minimum GPA you have to obtain in order to stay on the scholarship?"

Err... aku pun jawab, minimum CGPA 2.50, tapi terpulang pada siapa yang memberi biasiswa. Ada yang 3.00, mungkin ada yang lebih.

Lalu dia pun bercerita... dia ada seorang kawan dapat biasiswa dari Singapura (tak sure la govt scholar ke bukan ke). Kau nak tahu tak berapa CGPA dia kena maintain setiap sem untuk pastikan dia terus dapat biasiswa?

Yes. 4.00.

"What? You're on a scholarship? You must be very very intelligent!"

Kau tahu tak, bila foreigner tahu kau datang US dengan biasiswa, diorang akan ada satu assumption di mana kau adalah seorang yang sangat sangat SANGAT bijak pandai genius sebab kebanyakan orang negara lain yang dapat biasiswa memang creme of the creme la.

Kalau setakat nak maintain CGPA atas 2.50 macam aku, takde orang akan rajin tangan nak bagi aku duit.

"Is it difficult for Malaysians to get scholarships to study abroad?"

Aku pun jawab, "Um, compared to other countries... I would say no. I'm only an average student but I still get my scholarship..."

"Did you get to choose your major and which university you're going to?"

"Um... yeah."

"Oh....... wow. Did you say you're from Malaysia? Wow. You are very lucky. Malaysians are very lucky people!"

Ok. Tak payah cakap overseas la. Dalam negara pun. Pinjaman PTPTN? Pinjaman buku teks untuk sekolah kebangsaan? Maktab Rendah Sains Mara?

Yet we still blame kerajaan (esp. Mara) for "pampering the Malays". Dalam banyak-banyak NGO, (ok in this case Mara is half-govt, but still) Mara jugak kau nak kutuk.

Sebabnya? "Manjakan Melayu".

Lagi satu, cuba kau cari negara yang mana agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan (Constitution) selain Malaysia.

Kau takkan jumpa. (because I didn't search for it, kalau ada sila bagitahu)

Orang Melayu satu-satu bangsa di dunia ni yang kalau kau Melayu, kau adalah Muslim. Perlembagaan Persekutuan ada pasal benda ni (Perkara berapa aku tak ingat, maaf), at least nampak la Malaysia ada effort nak lindungi Islam.

Kalau kau tengok orang Arab pun, tak semuanya Muslim.

Kat Malaysia, orang agama lain even TAK ADA HAK nak sebarkan agama diorang kat kau. Perlembagaan ada take part jugak la kiranya nak lindungi orang Melayu (Islam) ni.

Tapi still ada jugak yang tak bersyukur duduk kat Malaysia. Kerajaan jugak yang salah.

*

"Even ada logo halal Jakim tak semestinya halal... kau kena seek the truth... depa ni dapat duit je terus bagi sijil halal... entah halal ke tak, kita tak tahu... Jakim kan gomen punya... kau ingat gomen buat kerja betul ke? Kau tengok pemimpin pun... blablabla..."

Seriously. Can you be any shallower than that?

Yang peliknya bila dah kat negara orang, boleh isytihar "darurat". Percaya Kosher lebih daripada percaya Zabiha. Kena yakin weh, kalau tak, tak makan. Kita kat negara orang Kafir ni.

Tapi bila kat negara sendiri, banyak pulak ragu-ragu dia... tak ke pelik?

Then tell me, apa sebenarnya function Jakim buat pensijilan halal tu? Logo tu sekadar hiasan kat atas pek Milo ke?

Orang nak mudahkan kau, kau menyusahkan diri.

"Memanglah weh, apa yang kau makan tu jadi darah daging..."

Sebab tu la logo halal Jakim tu wujud, incik, so that kau tak payah susah-susah nak pergi kilang pembuat makanan tu dan buat siasatan sendiri.

Takpe la... kau punya mau la Labu. Sendiri mahu cari susah. Orang nak beri kemudahan pun kau boleh kutuk lagi, tuduh bukan-bukan lagi. Senang sangat terpedaya dengan khabar angin.

Last-last kerajaan jugak yang kena.

*

Apa kaitan bersyukur dengan politik?

Politik memerlukan kau bercakap banyak. Nabi dah kata, berkata benar atau diam. Sebab kalau banyak cakap, kau akan banyak silap cakap.

Bila kau dah banyak silap cakap, orang akan interpret lain. Bila orang dah interpret lain, orang akan tak setuju dengan kau. Maka mula la berbalah-balah.

Benda-benda baik yang kau buat sebelum ni orang akan lupa.

Lalu muncullah banyak titik-titik hitam di atas kertas putih.

Kertas putih pun tenggelam.

Ok, aku tak kata sokong pembangkang tu salah. Atau sokong govt tu betul. Tapi just take a moment dan cuba bersyukur dengan apa yang kau dapat. Kurangkan complain sana sini, telinga dah bingit dah dengar.

Instead of kutuk sana sini tanpa usul periksa, nak bagi orang lain naik marah, buat la pertimbangan dulu.

*

Nice links:

Bersih website - Official webpage, I guess?

SPR menjawab tuntutan Bersih - ni ada judgment dan explanation untuk bangkang tuntutan Bersih... pada masa sama dia sokong jugak sesetengah tuntutan. Cuma sesetengah data yang dia bagi mungkin tak ada reference.

Aku tak nak bagi link lain. Semua harap kutuk je. Ni antara dua website yang professional sikit.

*

Pos ni bukan pasal Bersih semata-mata... just about politics in Malaysia in general.

Maaf kepada sesiapa yang rasa offended. Hanya pendapat aku yang tak reti berpolitik dan yang tak pandai berkata-kata dan yang tak pandai organise apa yang aku nak sampaikan.

Thursday, July 21, 2011

...and words are all I have

"Berkata benar atau diam"
- Nabi Muhammad SAW -

Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- Peribahasa Melayu -

"Walau ke mana diri ini pergi, darah ini tetap darah Melayu... mana mungkin ia membutakan hati"
- Laksamana Sunan (Novel Bagaikan Puteri) -

Anda sopan, saya segan
- Peribahasa Cina... kot -

"Huh? Rilek la. Being kaya is not a bad thing."
- FWMA -

"Sesiapa menguasai Palestin, dia menguasai dunia"
- Salahuddin al-Ayyubi -

Well there's three versions of this story: mine, yours, and then the truth
- Robbie Williams & Gary Barlow in "Shame" -

"Marah itu mudah, sabar itu indah"
- NHAR -

"Ikhlaskan hati... memang susah"
- MRH -

Time was all we had but it was never ours to keep
- Take That in "Wonderful World" -

"Apa yang orang rasa tu tak penting... yang penting apa yang awak rasa"
- NAAR -

"Bestnya duduk rumah :D"
- Ainina Rosman -

Tuesday, July 19, 2011

The circus

Kadang-kadang rasa kelakar, tapi most of the time rasa annoying.

You know what, aku selalu nak guna alasan aku dah besar, aku dah 22 tahun. Alasan ni aku dah guna pakai berjuta kali dalam pos-pos aku sebelum ni.

Do you know why? It's because I can't keep pretending to not knowing anything.

Aku bukannya budak lagi, I can obviously notice what's going on around me. I'm not stupid.

I know there's nothing I can do. Nak masuk campur pun tak boleh. Which is why I chose to keep quiet.

*

Sebenarnya aku boleh je usahakan benda tu.

Tapi aku rasa I need to take a break.

Because when you've completely lost trust in that person, you wouldn't want to repeat the same mistake by feeling sorry for them.

Deep inside dah takde rasa nak percaya lagi kat kau. Bila benda ni jadi, everything you do is fake to me.

There's no more forgive and forget left because you've been wasting way too many chances I gave you.

I've been saying this for so many times but still... I find it hard to believe in you again.

*

As emo as this post might sound, I am actually extremely happy to be at home again.

Home is where the heart is.

Sunday, July 10, 2011

Malas nak cakap... but you just did

Aku rasa aku dah tua sebab aku jadi marah dengan bersebab.

Maksudnya aku dah jarang emo tak bersebab la. Macam mood swing kanak-kanak dah takde kot.

Anyway malas la nak cerita pasal apartment management yang menyakitkan hati. Tak faham bahasa ke aku suruh cash in lepas 15 haribulan? Bank dok kecoh-kecoh pergi e-mail banyak2 sebab balance duit aku dah negatif. Kalau negatif 100 ke 200 ke tahan lagi. Ni nak sampai $700.

Emo la. Setiap kali aku teringat pasal ni aku akan emo. Sebab benda ni tak settle lagi, aku jadi lebih emo.

Tak payah nak suruh aku sabar. Bersabar takkan selesaikan masalah. Tak payah nak nasihat apa-apa. Tak perlu. Lagi aku menyampah ada la.

.

Baru je nak enjoy balik Malaysia ni.

Aku pelik la, bila aku balik tak bagitahu, orang marah sebab tak bagitahu. Bila bagitahu aku balik, semua tak pasal-pasal bagi alasan busy la apa la.

Helo, aku tak kisah pun la kau busy ke apa ke. Aku cuma memenuhi courtesy je, aku just nak cukupkan syarat kata yang aku dah balik. Kang aku tak bagitahu bising-bising pulak.

Menyampah la. Bagitahu salah, tak bagitahu pun salah. Kau pergi belajar kelas sivik la. Belajar macam mana nak reply dengan cara yang betul, dengan cara yang ada ADAB sikit.

.

Sebut pasal sivik ni, satu benda yang aku benci pasal negara tercinta ni ialah semua orang suka drive sesuka hati.

Susah la. Mentaliti masyarakat susah nak ubah. Aku malas nak cakap banyak pasal ni, tapi yang aku tahu aku memang sakit hati dan menyampah dengan cara orang Malaysia bawak kereta.

.

Lagi satu pasal Bersih whatever tu, aku memang malas nak cakap apa-apa.

Anyway umur aku dah nak masuk 22 tahun, ada orang bising-bising kenapa aku tak daftar undi lagi.

Fyi, aku memang seorang yang patriotik. Kalau ada apa-apa hal aku memang nak backup negara aku sendiri. Aku rasa negara aku negara paling best dalam dunia.

Tapi kalau dah bab politik memang buat aku rasa mual. Aku dah tak tahu siapa yang patut dipercayai, hence aku jadi menyampah bila sebut pasal mengundi.

Jadi jangan salahkan aku kalau aku tak jalankan tanggungjawab. Politik semua sama je. Kau nak kata aku shallow kata la. Semua berani gunakan kuasa, tak ingat hukum Tuhan.

.

Lagi satu kan, aku rasa cukup payah nak bagitahu bila orang tanya aku belajar mana.

Selalu macam, ada perasaan bersalah. Takkan la nak tipu. Tapi bila bagitahu benda betul, nanti orang ingat riak.

"Belajar mana?"

Kau tahu tak susah nak jawab dua huruf tu. Hanya dua syllable je tapi susah nak sebut. Semata-mata sebab kau taknak kedengaran terlalu... boastful.

Aku malas nak ulang banyak kali. Belajar overseas ni tak semestinya hebat. Kau faham tak?


***Updated 12 July -_-