Tuesday, October 23, 2012

aku memohon keampunan dari Allah

Astaghfirullah al'azim.

Jantung berdebar melihat keberanian manusia mencabar hukum Tuhan.

Aku mengaku aku memang tak pakar dalam bidang agama. Banyak perkara, aku masih jahil.

Tapi andai aku mahu bertanya pun, andai aku mahu tahu pun, aku takkan sesekali sampai ke tahap mempersoalkan hukum Tuhan.

Ilmu manusia itu, setinggi mana, seluas mana, takkan sesekali sampai ke tahap luasnya ilmu Allah.

Akidah itu, andai tergadai, bukan mudah untuk dibeli sesuka hati.

Ya Allah... selamatkanlah kami dari azab-Mu!

Saturday, October 13, 2012

wo xing nimen


Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan ditimpa si batang pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.

Thursday, October 11, 2012

labbaik allahumma labbaik


mungkin ni la perasaannya bila mak ayah aku kena lepaskan aku pergi belajar, walaupun niat belajar tu sebenarnya murni

semoga semuanya selamat dan dipermudahkan, insyaallah

amin amin ya rabb