Thursday, December 22, 2011

Calling it a day


Honestly, this job is boring.

And it's not my fault that it's a boring job, because it really is.

But I can't really keep whining about it... the nature of setting up rooms for events is what it is. Angkat meja berat, golek meja berat, tolak meja berat...

...huff. Aku dah la lembik, nak angkat benda-benda berat macam tu pulak -.-

I mean it's not like I can't do it at all, *self-defense* boleh je kalau buat bersama-sama dengan orang lain. Kalau team mate jenis yang lembik dan badan kecik jugak, boleh la angkat bersama-sama.

Tapi kalau dah team mate badan tough (even perempuan pun), yang larat angkat meja 8-foot sorang-sorang, sedangkan aku nak angkat kerusi pun dah kena kerah tenaga satu badan... you can't help thinking "what the heaven am I doing here?"

Huff. Maybe I'm exaggerating because I used to have a different job before this. Kau memang tak boleh nak compare la kan that fun working at a dining hall with that boredom setting up a room for events.

Oh anyway, sejak lutut aku benjol (read: b.e.n.j.o.l) hari tu sebab terhantuk kat meja 8-foot yang berat gile babun tu, aku makin la rasa aku dah malas nak kerja kat situ dah.

(dah countless times kaki aku lebam sana sini masa kerja tapi ni first time sampai benjol ok)

Aku memang fikir nak quit pun next sem. Tapi tak tahu la kerja apa je aku boleh buat lepas ni. -_-

Atau... mungkin tak payah kerja dah? Mungkin perlu focus study sebanyak 100% lepas ni? ._.

Tuesday, December 20, 2011

Let it Fall

Let it fall

Alhamdulillah... setelah tamatnya exam pukul 9.45 pagi waktu tempatan tadi, maka tamat dah sesi akademik Fall 2011/2012. Wowee... sekejap je kan. Walaupun aku rasa sem ni memang aku letih betul, tapi still aku rasa masa cepat gile berlalu.

Berapa hari je lagi nak 2012 dah. Start tahun depan aku kena start cakap umur aku 23 tahun, bukan 22 dah.

Ya Allah, dah 23 tahun dah aku wehhh o_o Dulu aku rasa 20-an tu macam dah dewasa betul dah... tapi aku rasa aku macam budak-budak lagi.

Dan melalui pemerhatian aku dari pos-pos aku kat blog ni, aku nampaknya makin pemalas nak tulis ayat panjang berjela dan makin malas nak fikir apa yang aku patut tulis. Tapi satu pencapaian, aku mendapati diri aku kurang emo dari dulu... hahaha.

Aku (seperti biasa) malas nak buat pos panjang-panjang walaupun aku dah takde exam final nak disengkang-matakan.

Pendek kata jela ye: (alang-alang nak tahun baru jugak)

Terima kasih ya Allah.
Syukur ya Allah, atas segala nikmat yang Kau berikan.
Redhailah perjuangan ini ya Allah.
Janganlah kau matikan aku melainkan aku dalam keadaan beriman kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku, dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sejak aku kecil sehingga ke saat ini.
Ya Allah,  peliharalah keluargaku, kenalanku, guru-guruku, dan semua muslimin serta muslimat.

Ya Allah, tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

---

V dah sakit balik la. Nasib la dapat belas ihsan universiti untuk pinjam laptop. -_-

Thursday, December 15, 2011

peperiksaan akhir semester

First of all, I would like to give a warm welcome to my boyfriend V... thanks for coming back. Thank Allah you're now like 70% better. I know you won't disappoint me dude :)

Aku pun memang malas nak berasak-asak kat library masa minggu finals macam ni.

---

Allah janji yang kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.

Setiap kali aku teringat balik semua benda yang pernah terjadi, aku rasa diri aku belum let go benda tu betul-betul lagi. Aku tak tahu la apa jenis perasaan ni, sama ada dendam ke, marah ke... tapi yang aku tahu, walaupun mulut aku dah kurang ungkit kisah tu, tapi dalam hati masih tak boleh lupa.

Mungkin sebab aku ego sangat kot. Mungkin aku tengah tunggu a very sincere apology from you.

Setiap kali fikir balik, aku cukup susah rasa macam aku perlu maafkan dan lupakan. Bila dua kali fikir, tak tahu la benda ni sampai bila. Susah nak let go.

Selalu je aku rasa macam nak bagitahu satu dunia... sebab aku sorang je yang hadapi benda tu.

Tapi aku selalu ingatkan diri aku sekarang ni: tak payah la cerita kat orang lain. Allah dah janji akan tutup aib kita pulak kalau kita jaga aib orang lain.

Ok deal. Tapi secara jujur, aku belum lepaskan benda tu sepenuhnya. I mean, aku takde la tak pernah buat silap langsung. Tapi, haihh...

Kesimpulannya, don't piss people off... even if they want to forgive you, most of the time they couldn't let go of that anger they've once felt because of you. Percayalah cakap aku. Nak mintak maaf dengan Tuhan tu senang, dengan manusia susah ok?

---

Kejap je dah akhir sem. Kejap je nak finals dah.

Bila berakhir sem ni, maknanya aku ada lebih kurang setahun setengah je lagi kat sini.

Subhanallah... cepatnya masa berlalu. Subhanallah. Rasa macam baru je lagi kat sini.

Ya Allah, permudahkan urusanku. Tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

Monday, December 5, 2011

greatest hits

I need to find the shore
'cause I can't swim anymore

they say time is everything
you came and opened up the silence

here I am with these imperfections
you know my flaws
you take them all

if you cut me wide open
there's a love here unspoken

whether the future has dark or bright days
I will still love you
to the last mile of the way

Lighthouse/ Poet's Heart/ Beautiful World/ Wide Open/ Last Mile of the Way
- Westlife

Friday, December 2, 2011

Bukan senang... kan?

manusia biasa
tak kebal, tak sempurna
sekali sekala akan terlutut jua
satu tahap akan berkerut wajahnya
satu masa akan menghela nafas sedalam-dalamnya
lalu mata dipejam seketika
kerana rasa pedih yang menyengat tiba-tiba

Monday, November 28, 2011

Lelaki berduka dari Tanah Rencong

Wahai sang laksamana impian kita,

Andai tidak dikhabarkan kedukaan itu...
manakan dapat kita menelahnya?

Andai sepi itu saja tuturnya...
manakan dapat kita mendengar?

Andai luka itu sengaja dikatup...
manakan dapat kita merawatnya?

...

Hokey. Bahana baca novel Laksamana Sunan la ni -_-

Sunday, November 20, 2011

Famous last words

Jangan campur urusan peribadi dengan urusan profesional.

Tu benda yang ideal la kan. But it doesn't always work that way.

Ntah la. To be honest I've been thinking about it for a while now.

Because some things if they change, they will change permanently.

Ntah la. :/

Responsibility is not something you can choose because it chooses you.

That's what we know la kan.

Tapi there are people who choose what they want to do and leave out what they don't want to do.

It happens. Orang kata "shit happens", haha.

Once again... ntah la. :/

I really feel like I just want to quit doing what I'm doing right now for good... and not coming back.

Saturday, November 12, 2011

If tomorrow never comes

Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan dapat gaji esok hari

Study lah kamu seolah-olah kamu akan final exam esok hari

Senyumlah kamu seolah-olah kamu akan kahwin esok hari

.
.
.

Dan buatlah paper seolah-olah paper tu due esok hari

T_T

Monday, November 7, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Kalau ada sumur di ladang...

A Beautiful Life movie poster :)

Aku rasa peringkat umur macam aku ni tak boleh avoid la dari fikir soal bercinta dan kahwin.

Oops. Ambik kau. Kan aku dah berterus terang. Haha.

Ala... standard la kan. Jangan kata kau tak pernah fikir pasal benda ni. Semua orang pernah kot. Tak kisah la kau straight ke, even kau gay pun (na'uzubillah), kau mesti ada perasaan nak berpasangan kan?

Kalau tak pernah, it's either kau innocent atau kau adalah malaikat. :)

So macam ni la ye. Aku taknak guna ayat klise yang orang selalu guna, so aku guna ayat aku la:

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Eh? Itu bukan ayat biasa ke? Hahaha.

Ok ok macam ni...

Tak kira la macam mana kau bercinta dengan orang tu pun,
macam mana sayang kau kat dia pun,
macam mana dia pun sayang kau jugak,
macam mana korang cuba elak dari bergaduh ke, hasutan orang (dan bukan orang) ke,
macam mana mak ayah korang dah restu hubungan korang ke,
macam mana korang dah planning nak kahwin ke,
macam mana lelaki tu dah cakap nak masuk meminang kau ke (uhuk uhuk),

percayalah satu benda ni:

KALAU ALLAH KATA KORANG TAKKAN END UP TOGETHER, MAKA KORANG TAKKAN END UP TOGETHER.

(Aku cakap senang la kan, bukan aku yang rasa.)

Kalau korang yang dah kahwin tu, cerita lain la. Ni bagi yang belum kahwin la ni.

Dude, memang la kena ada usaha nak cari pasangan nak kahwin. Tapi kena begin with the end in mind la. Tanam sikit perasaan "what-if" tu. Selagi kau belum nikah, selagi tu la hubungan kau dengan pasangan kau tak menjanjikan apa-apa.

Sakit tau putus cinta. So jangan janji macam-macam masa bercinta kalau kau tak nampak future kau lagi.

Okay? OKAY?

OK FIRST TIME CAKAP PASAL KAHWIN DEKAT BLOG NI. Don't blame me, I'm already 22 anddd... never mind.

PS: Pos ni ditulis bersebab ye, bukan sebab aku desperate nak kahwin :O

Friday, October 21, 2011

Under the Surface

it's come to the point where I wonder

if I could ever be luckier

when suddenly I'm back at the core


lend me your ears, I would like to confess:

I'm doubting that you can be real


say that it's true

I know that I want to believe you

but somehow

silence speaks louder than words


Marit Larsen;
some bits from "Under the Surface"

Thursday, October 20, 2011

Leaving


Westlife are splitting up after their farewell tour in 2012.

Official ok.

Patutlah korang beriya sangat tour Asia tahun ni.

Patutlah korang tiba-tiba keluar dari Syco.

Patutlah tiba-tiba je buat album Greatest Hits.

Now we know.

:'(

Ah with everything that's been happening this week... sedihnya.

Wednesday, October 19, 2011

Just do it

Kalau dalam hati kau ada terdetik nak buat baik, buat je... don't hesitate. Don't wait until tomorrow comes.

Sebab most of the time kita tak sedar yang buat kita terdetik nak buat baik tu adalah Allah.

Bukan senang nak jadi orang yang terpilih sebab hidayah tu milik Allah.

Ingat... yang maha membolak-balikkan hati tu adalah Dia.

So kalau dah ada terdetik rasa nak buat baik tu, haa... tu tandanya Dia nak selamatkan kau.

Just do it, I tell you. Don't hesitate.

Kau rasa nak pakai tudung, pakai je. Rasa nak berzikir, buat je. Rasa nak basuh pinggan, buat je. Haha.

Sunday, October 16, 2011

No Promises

Manusia hanya mampu merancang.

Yang tentukan apa yang jadi hanya Tuhan.

Jadi serahkan pengharapan dan pergantungan tu pada yang berhak menerima.

Haha. Saje nak bagi sedap hati. :b

Friday, October 14, 2011

Kasih Sayang

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janji-NYA pasti

As cliche as it might sound, I really think that it is true:

...dalam semua kasih sayang dalam dunia (dan di akhirat nanti), sayang yang paling pasti dan yang memang dah dijanjikan ialah kasih sayang Tuhan.

Manusia kalau cakap manis ke, janji macam mana pun, cakap pung pang pung pang, berjanji macam-macam... kalau Tuhan tak izinkan, maka memang tak jadi la.

Seriously and honestly, berharap la pada Tuhan. Kalau berharap pada manusia, at one point kau akan kecewa jugak.

Janji Tuhan itu sentiasa pasti.

(ekstrak lagu Raihan - Kasih Sayang)

Saturday, October 8, 2011

Fall-ing for you


After spending almost two years here, I've learned that if you really feel it's beautiful outside and have the intention of taking pictures, DO NOT wait until the weekend...


...and not even tomorrow.


Bring your camera everywhere you go because the scene you see today might not be the same with what you'll see the next day. It's true!


Like if today the trees have yellow leaves, you might find the same trees having no leaves at all tomorrow.


Lantak pi la orang nak kata hang syok sendiri ka apa ka...


Kalau pakai kamera fon pun kamera fon la... takde dslr buat la cara takde dslr, ye tak. Lol.

Fallen yellow leaves, unpredicted weather, (a lot of people with flu), warm but windy days...


...it's officially fall.
Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Maha Suci Allah yang menciptakan.

Thank You Allah.

Thank You Allah for this opportunity.

Monday, September 19, 2011

Random lagi

New Westlife single written by Gary Barlow :') A bit of ironic though, but the fact that my favourite men are finally working together is lovely. ♥

*

Back to papa kedana again. Mana la pergi gaji aku kerja selama ni... haihh. Kena berjimat la lepas ni.

*

I miss you, you idiot. Where the heck have you been?

*

"I forgive but I don't forget". Ah... kalau tak lupakan maknanya masih tak maafkan la betul tak? Susah la nak lupakan semua benda tu. Nak minta maaf dengan Tuhan tu lebih senang berbanding minta maaf dengan manusia.

*

Aku tak nak cakap besar sebab taknak ter-backfire balik pada aku... tapi jangan la kacau orang yang kau dah tahu kau tak boleh kacau. Haihh. Stay away, go away.

*

Kadang-kadang berharap ada pintu suka hati Doraemon, jadi bila terasa nak balik rumah, senang je terus balik, tak payah fikir harga tiket berapa ribu. Speaking of which, aku memang terasa tak nak balik summer depan. Tapi manusia merancang, Allah yang menentukan. Aku pun cakap je lebat ni, tengok-tengok nanti balik jugak hahaha.

*

Ramai orang makin busy dan tak update blog dah lately. Bosannya. Selamat datang ke alam dewasa.

*

Kadang-kadang terasa macam nak grad cepat-cepat sebab blablabla. Tapi kadang-kadang terasa kalau belajar bertahun-tahun lagi pun takpe.

*

Ketidakpastian ini sungguh menyeksa jiwa raga. Ah tunggu jela bila masanya datang, kalau Allah dah tentukan semua, benda tu akan terjadi jugak kan. Tak payah nak kejar-kejar benda tu. If it's meant to be, it will happen. Yakinlah dengan janji Tuhan. Berharap la pada Tuhan, jangan berharap pada manusia.

*

Sekarang ni dunia dah tak stabil, maknanya usia dunia dah makin ke penghujung. Bila fikir, takut. Bila lupa, tak ingat akhirat dah.

*

"Death is more certain than marriage". Takde siapa tahu kau akan kahwin ke tak dalam hidup ni but everybody knows satu masa nanti kau akan mati jugak.

*

Aku suka naik flight. Sebab bila kapal terbang tu dah naik atas, kau akan sedar sebenarnya manusia ni kecik je, you can hardly see people moving from this point of view. Allah tu Maha Besar kuasa dia, jadi bila kau bongkak dengan suruhan Tuhan, kau memang layak dipanggil tak pandai.

*

Bzzzzttt... *white noise*

Wednesday, September 7, 2011

What you see is not what you get

i.

If there is only one reason why I should go back, the reason is you.

I feel like there's nothing much I can do considering the fact that there are limits in being completely honest with everyone.

I've known you forever, I know each time you get hurt, I can tell when you're feeling genuinely happy and when you fake a smile.

I know you inside out. I can read your mind just by looking at your eyes.

I hurt deeply whenever you're not happy. I feel like a failure each time I fail to be there for you when you need me the most.


ii.

No matter what happens, nothing is ever going to change my love for you.

Not even with what's going on.

You'll always earn my respect, and I'll look up to you no matter what happens.

Though sometimes I wish you could be stronger than what you are now, things that happened didn't change my perception towards you... not in a million years, even.

I can't really read what you feel inside, but for me you are still the same person I've known.

I really wish things won't go much worse than it is now.

All I want is that you should know what you should do.


iii.

I wish I can have the power to change things.

I am stuck. I can't really say whose fault it was.

Allah knows everything He's doing.

If this thing had happened 10 years ago I might easily put the blame on one of you... but I'm a grown up now and I am able to view things from different perspectives.

I have faith in Allah. I believe that nobody could escape from being tested.

I am caught in the middle. I am caught between the secrets and the lies. I am caught between the things I should say, the things I should never say, the things I should say but should never say...

...it's complicated.

O Allah, I rely on You. Please help us.


iv.

I hope this is the last time I'll talk about you in my blog.

I know that love can be learned.

It's weird thinking that we're not exactly what people think we are... but I know our friendship is something that I don't want to lose.

All those things that you kept from me for so many years... they make me think about it again.

Sometimes I hate the fact that you've been keeping things from me. But sometimes I feel grateful that I didn't know them earlier.

I don't really know how I feel. But if I have to say something, you actually make my days beautiful.

I'd smile remembering the sincerity that I saw in your eyes the other day.

And I hope it stays until the day comes.

And I really hope you don't suck everything up, you hear me?


v.

O Allah.

Please love my parents as much as they love me right from the beginning until now.

Please bless them with your eternal love.

Please protect them and keep them safe from any harm and danger.

O Allah, I beg You.

Amin.

Friday, August 26, 2011

Better

See all I'm trying to say is
you make things
better


Boyzone - "Better"

Thank you Allah for all of the wonderful things You have given me during all of these 22 years.

Thank you Allah.

Monday, August 15, 2011

Lapan huruf

"Aku rasa tak sedap badan... rasa macam nak demam..."

"Laa yeke? Kesian kau."

"Aku rasa tadi ada sekor nyamuk terbang dekat-dekat dengan aku... sekarang dia tiba-tiba dah hilang, I guess aku dah termakan nyamuk tu."

"Hah? Agaknya sebab tu kot kau nak demam ni."

"Badan aku sakit gile weh, aku rasa aku tengah transform jadi werewolf kot."

"Transform apa bendanya, mana ada werewolf transform pukul 3 petang?"

"Aku ikut time kat US kot, kan jet lag lagi ni."

"Ntah-ntah kau transform jadi nyamuk? Sebab kau termakan nyamuk?"

"Weh, mungkin jugak la."

"Nanti kau jadi weremosquito la ni?"

"Meremosquito la, mende weremosquito pulak."

"Ala, ntah-ntah kau transform jadi sotong."

*

"Nanti masa aku dah kahwin, mesti kau sedih kan. Takde orang nak manja dengan kau dah."

"Wuuuu wuuuu wuuuu... nanti kau dah kahwin, aku buli kau dengan suami kau."

"Apa pulak? Aku dengan kau la gang up untuk buli dia."

"Hahahaha. Kesian mamat tu."

*

"Kucing ni betina ke jantan?"

"Betina kot... kita panggil dia Gegurl la."

"Gegurllll. Gegurlll."

Mak: Gegirl siapa?

"Fasha Sandha."

*

"Kau busy tak?"

"Ye aku busy. Apa kau nak?"

"Aku nak pergi toilet ni..."

"Hah, nak aku temanlah tu."

"Cepat la weh, tak tahan ni."

"Dah tua bangka pun penakut nak pergi toilet."

*

"Kalau aku kahwin dengan dia, kau restui tak?"

"Hah?? Kahwin dengan dia?? Omaigod sotonggg kau nak kahwin dengan dia?"

"Weh, aku tanya jelaaaa."

"Hmm... aku kena jumpa dia dulu dan tengok dia macam mana, baru aku boleh bagi kata putus..."

"Ok... aku tanya je tau, bukannya aku ada apa-apa dengan dia."

"Yelah tu kau. Nanti aku bagitahu Mak yang dia ada calon menantu..."

"Woii aku cakap takde pape la, kau faham takkk."

"Hish yela yela, aku gurau je. Sikit-sikit nak menyotong. Kulu kulu kuluuu menyotong."

*

"Tisu sepah sana sini ni mesti kerja kau kan?"

"Biar la, at least aku sepahkan tisu je. Kau tu, semua benda kau sepahkan."

Sunday, August 14, 2011

Aku nak kau ikut cakap aku no matter what it takes

Lately I've been thinking... am I becoming more and more egocentric each day?

Why do I always feel like I just HATE IT when people make unnecessary mistakes?

Maybe there have been a lot of people doing silly things around me, and a lot of other people notice the mistakes but nobody seems to have the guts to say that it's wrong to do some things, hence my sudden responsibility of voicing it out?

Seriously, I have no idea. It's either me or these people are too afraid to say what's on their minds. Aku selalu rasa aku yang terlebih berani nak membetulkan keadaan.

Aku jadi emo bila satu pihak menyakiti satu pihak yang lagi satu, tapi pihak lagi satu ni tak suarakan apa-apa sebab dia tak nak pihak lain tu berkecil hati. Last-last orang yang menyakiti tu tak tahu satu apa pun, orang yang disakiti pulak terus disakiti.

Why? Is it just me? Aku je ke yang oversee things? Aku je ke yang terlalu over analyze satu situasi tu?

Aku dah sampai satu tahap yang I don't care if I'm the one who receives all the frowns from other people but I certainly think some people need to stop acting too egocentric.

I kid around as much as I can but that doesn't mean I'm completely dumb.

Come on la. Have a little heart. Boleh tak for once kau fikir apa perasaan orang lain?

Aku boleh tahan kalau orang kutuk atau marah aku (ok la of course I'll feel offended but that's a different story altogether) but please stay away from the ones that I love. You have no idea who you're dealing with.

Aku tak kisah kalau ilmu kau setinggi gunung sekalipun, because you'll never ever earn my respect kalau perangai kau bajet kau betul all the time.

Tuhan tak pernah suruh hamba Dia ego atau bangga kalau dapat buat ibadah lebih dari orang lain. Tuhan tak pernah suruh hamba Dia yang banyak ilmu boleh cakap sarkastik sesuka hati kat orang yang kurang berilmu.

You know what, I've lost you a long time ago. Just stop making me feel it necessary to hate you.

Yes, aku emo. Fyi, aku emo atas sebab yang memang patut aku emo.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan & Hubungan Kita dengan...

Alhamdulillah. Seronoknya cuti kali ni.

Bukannya aku pergi berjalan mana pun. Cuma rasa seronok ada kat rumah. Hari-hari duduk rumah je. Tak ke mana. Kalau keluar pun dengan family je.

Tengok muka Mak, tengok muka Ayah, sakat Adik, jumpa abang-abang dan kakak-kakak ipar, dan of course si kecik Qhaireen aka Princess. Makin sehat si kecik. Haihh.

Kat Kuantan ada kucing datang, kat Taman Tun pun ada kucing jiran. Kucing Kuantan betina, tak berapa aktif sangat nak banding dengan kucing Taman Tun yang tak reti duduk diam dan suka gigit kaki aku.

Alhamdulillah. Seronok. Bahagia. Lebih-lebih lagi dapat sambut Ramadhan sama-sama kali ni dengan keluarga. Dan insya-Allah dapat raya sama-sama keluarga tahun ni. Alhamdulillah.

Dah dua tahun puasa dan raya tanpa perasaan dan dengan wajah straight. Haha.

Walaupun kalau balik Malaysia tak sah kalau tak demam dua kali, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya kalau demam kat rumah ada orang nak kesian.. hehe.

Walaupun frust Westlife nak datang Malaysia bulan Oktober ni masa aku dah balik sana......... tapi takpe la. Hnnsss. Nak buat macam mana kan. Kena la kumpul duit pergi UK, boleh tengok Take That sekali kan kan :D kuatnya berangan.. macam la ada banyak duit.

Anyway, ada orang tanya, tak bosan ke duduk rumah je? Tak pun. Lagi duduk rumah lagi aku suka.

Aku nak make up balik masa-masa yang aku dah berjauhan dengan Mak & Ayah. Biar la aku tidur je ke apa ke.. asalkan aku nak berada depan mata diorang semaksimum masa yang boleh sepanjang cuti ni.

Sebab tu la aku suka duduk rumah. Nak panggil aku anak Mak ke, anak Ayah ke, panggil la.. menggembirakan hati orang tua tu suruhan Allah, tak percaya pergi rujuk Quran.

Anyway aku nak pesan la kat sesiapa yang tengah baca blog ni.

Aku tahu sekarang tengah Ramadhan. Semua orang berebut nak buat amal ibadah sebab ganjaran berlipat kali ganda.

Tapi ingat la satu benda. Di kala kita busy memperbaiki Hablumminallah (hubungan baik dengan Allah), kita jangan lupa Hablumminannas (hubungan baik sesama manusia). Allah ada sebut dalam surah al-Imran ayat 112 pasal konsep hubungan ni.

Aku perhatikan perangai manusia depan mata aku, ramai yang nak kejar pahala. Bagus la kan, bulan baik ni. Tapi di kala sibuk sangat nak kejar pahala, hubungan sesama manusia jangan lupa jaga.

Berdasarkan apa yang aku tengok kat TV, banyak ceramah pasal pentingnya rebut peluang nak buat ibadah masa Ramadhan ni. Tapi aku rasa tak banyak yang emphasize pasal hubungan sesama manusia.

Contoh la kan, katakan la mak kau penat-penat masakkan untuk berbuka. Lepas tu masa berbuka kau makan kurma dan minum air lepas tu blah dari meja, dengan alasan nak join solat jemaah Maghrib kat masjid. Maka kau pun terlupa yang kau sebenarnya dah buat mak kau kecik hati. Ni contoh je ye. Contoh. Banyak lagi contoh lain. Tapi aku malas nak tulis. Haha.

Ingat-ingat balik, solat jemaah tu hukumnya fardu kifayah untuk lelaki tapi kewajipan tu akan gugur sekiranya ada sekumpulan lain yang melakukannya (this is according to Mazhab Syafie, please correct me if I'm wrong), but then menjaga hubungan baik dengan mak ayah tu WAJIB.

Kadang-kadang kan, kita kena ada rasa sensitif jugak. Cuba la ada perasaan jiwang atau karat sikit. Yela, ibadah tetap ibadah. Hidup kat dunia ni sebab nak buat ibadah sebanyak mungkin untuk bekalan akhirat. Betul la tu.

Tapi Allah takkan kata betapa pentingnya jaga perasaan mak ayah kalau benda tu tak penting. Memang la benda ni nampak kecik, tapi sebenarnya impact dia besar.

Nak buat pahala, nak dakwah orang, buat la. Tapi jangan lupa tuntutan untuk menjaga hubungan baik sesama manusia di kala kita sibuk menjaga hubungan dengan Allah.

Aku takde niat nak jatuhkan hukum ke apa ke dalam pos ni. Cuma aku rasa benda ni worth pondering on. Selalu kita struggle nak buat yang sunat, tapi yang wajib kita lupa, especially bulan puasa ni.

Yang pasal Hablumminallah & Hablumminannas tu, aku tak berani hurai panjang lebar sebab aku tak tahu dengan mendalam. Rujuk orang yang dalam ilmu agamanya kalau nak tahu. Tapi cukup la aku cakap, benda tu basically adalah pasal menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

This is a self-reminder just in case you forgot *with Baba Ali voice*.

Selamat menunaikan ibadah puasa dan amalan lain sempena Ramadhan Kareem. :)

Tuesday, July 26, 2011

Titik hitam di tengah kertas

Kalau nak tahu, aku benci ceramah motivasi, kecuali kalau diberi oleh sesetengah individu yang aku rasa layak memberi motivasi dan bukannya cakap pung pang pung pang macam dia la manusia paling perfect dalam dunia. Haha.

(Nota: Pos ni mungkin panjang... kalau tak nak baca, you better stop now. Aku tak nak ada orang salah faham sebab baca separuh-separuh. Cewah garang... haha)

Tapi ada satu ceramah ni yang diberi oleh seorang guru masa kat sekolah rendah dulu, yang aku masih ingat sampai sekarang. Nama cikgu tu Cikgu Kamaluddin. Muka dia pun aku still ingat sampai sekarang.

Dia beri setiap murid sehelai kertas putih. Lepas tu dia suruh setiap murid lukis satu titik kat tengah-tengah kertas. Lepas tu semua orang tunggu arahan selanjutnya, mana tahu cikgu nak suruh main sambung-sambung titik ke...

Tapi dia cakap, ok tu je.

Semua orang macam terpinga-pinga. Aikk... dia ni saje nak membazir kertas ke apa? Kesian pokok...

Then, cikgu tu cakap:

"Ok, sekarang beritahu cikgu apa yang kamu nampak kat kertas tu."

Rata-rata murid jawablah, nampak titik hitam. Ada yang ingat cikgu nak buat trick, dia pun jawab la titik hitam berbentuk bulat di tengah-tengah kertas yang berwarna putih (bajet jawapan penuh la kan. ok I made that up)

Cikgu tanya, ada orang nampak benda lain ke selain titik hitam? Takde orang angkat tangan. Lalu cikgu tersenyum bangga sebab trick dia menjadi.

Lalu dia pun bermadah bicara,

"Tengok... semua orang nampak titik hitam tu. Apa yang kita nampak hanya titik tu semata-mata. Tapi tak ada sorang pun perasan yang warna putih kertas tu lagi banyak dan besar daripada titik hitam yang kecil tu."

Uuuuffff. Aku terpana.

"Nampak tak, kita lebih senang nampak kecacatan kat atas kertas tu. Kita nampak titik hitam. Kita tak nampak warna putih tu."

Maksudnya... kita lebih senang nampak bila orang lain buat salah. Kita susah sekali nak tengok kebaikan orang. Betapa baik seseorang tu, kalau dia buat silap sikit je, confirm kita ingat sampai mati.

*

Aku sebenarnya dah lama jugak tergerak nak tulis pos ni. Cuma kalau korang perasan, aku tak pernah cakap pasal politik, sebab aku memang tak reti.

Aku masih dalam fasa mencari-cari pihak yang benar, tapi eventually aku realise yang tak ada manusia, hatta pemimpin sekalipun, yang betul-betul perfect zaman sekarang.

So kali ni, aku nak utarakan pandangan aku sebagai orang yang berada atas pagar... which explains I'm not either pro or anti-govt. Aku punya pendapat berdasarkan apa yang aku perhatikan selama ni... dan aku agak mesti ramai yang kata aku ni perempuan yang tak tahu apa-apa pasal politik.

Ok, aku mengaku tu. Aku politik illiterate, aku benci cakap pasal politik simply because I don't know how to and which side I should be on.

But still, aku ada pendapat aku sendiri.

*

Tuntutan Bersih.

Based on apa yang aku baca selama ni (dan hanya pembacaan semata-mata, tak pasti la penulis tu pro-govt ke apa kan), benda-benda yang diorang tuntut tu ada relevannya. Media massa yang kebanyakan pro-govt kata tu perhimpunan haram. PM pulak tarik balik janji yang mula-mula kata nak bagi perhimpunan tu kat stadium, last-last dia haramkan (please correct me if I'm wrong).

Ada orang kata, govt sekarang takut sebab rakyat dah celik, dah buka mata. Sebab tu la Bersih tu dikira "haram". Propaganda giat la kat media massa, kata jangan join Bersih, jangan join Bersih, sebab tu perhimpunan haram.

Pembangkang kata, govt sekarang penuh korupsi. Pemimpin semua pilih kroni. (oh that rhymes). Pilihanraya tak telus, pengundi hantu banyak.

Depa kata lagi, govt suka rakyat jadi bodoh. Sebab tu hiburan sekarang menjadi-jadi. Rancangan realiti tv makin popular. Media semua suka tulis cerita sensasi & putarbelit kenyataan. Media semua pro BN.

Lagi, Malaysia bukan negara Islam. Pemimpin liberal, negara sekular.

(Sekularisme: Satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. - definisi diambil dari pekanrabu.com)

Korupsi. Korupsi. Kita patut tukar pucuk pimpinan.

That was what the opposition says anyway.

*

Ok now... aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran claim-claim tersebut. Mungkin ada kebenarannya, mungkin ada yang terlalu digembar-gembur.

Tapi kalau fikir logik, even kalau pembangkang yang memerintah pun, semua benda tu boleh terhapus ke?

Mampu ke adil tanpa memilih kroni? Mampu ke beri keadilan samarata kalau opposition (please note that dalam ayat ni pembangkang tadi telah pun menjadi kerajaan) nak buat tuntutan yang memburuk-burukkan kerajaan? Mampu ke hapuskan semua bentuk hiburan sia-sia, tutup semua pusat judi, tutup semua kelab malam?

(Aku quote pasal judi, kelab malam, hiburan etc tu sebab benda tu selalu digunapakai pembangkang sebagai salah satu alasan yang govt ni korup... I'm not saying those things adalah betul)

Aku bukan cabar la ni... aku tanya jela. Kalau ye pun govt sekarang ni turun dan diganti dengan pucuk pimpinan lain, memang confirm takkan ada langsung kekurangan ke?

Aku nak tahu, what does justice exactly mean to you?

Kesamarataan hak kaum? Pemusnahan hak istimewa bumiputera? Penghapusan korupsi dalam kalangan pemimpin?

Melayu manja sangat? Sebab terlalu di pamper?

You know what? Kita banyak sangat nampak titik hitam. Kita tak realise apa yang kita ada sekarang.

Aku berani cakap sekarang ni... tak kisah la kau pro-govt atau pro-pembangkang:

Rakyat Malaysia memang majoritinya tak reti bersyukur.

Like seriously.

*

Aku ada pengalaman duduk di negara membangun (Malaysia) dan negara maju (Amerika Syarikat). I would say hujan emas dua-dua negara pun ada, tapi hujan emas kat Malaysia lebih berharga, walaupun negara kita belum capai tahap negara maju. I mean it.

Cuba bayangkan kau sakit. Ok sekarang apa yang kau terfikir?

Demam... pergi klinik... jumpa doktor... dapat ubat... makan ubat... dengan izin Allah, sembuh. Kalau tak pun, pergi checkup kat hospital kerajaan, servis lambat....... tapi kau tetap dapat rawatan.

Kau tahu tak kat US sistem dia macam mana?

Senang je. It's either you have insurance or not. Kalau takde, kau mesti ada banyak duit.

But if you have none, that's it. Takde orang nak layan kau. It's as simple as that. No money no talk. No money, kau mati and nobody cares.

Ada ke orang Malaysia yang appreciate sebab wujudnya hospital kerajaan yang walaupun servis lambat tapi at least it's still there?

Rata-rata yang kata, kerajaan servis lembap, tak efisien, asyik nak ulang alik sepuluh juta kali, nak tunggu berjam-jam.

Klinik 1Malaysia. Kau bayar RM1, kau dapat rawatan. Cuba beritahu aku negara mana yang buat macam tu jugak? (ok ni aku memang honestly tak tahu, kalau ada beritahu la) Ada ke kat US (aku asyik sebut US sebab aku tak pernah pergi negara lain) polisi yang kata bayar USD 0.33 dan akan dapat rawatan?

Kan aku dah kata. Orang Malaysia rata-rata tak reti bersyukur. Last-last, kerajaan jugak yang salah.

*

Pada suatu petang yang hening aku sedang naik kereta dengan seorang kawan kat sana... seperti biasa aku terlepas cakap yang aku datang sana dengan bantuan kerajaan.

Dan seperti biasa, aku ditanya soalan ni:

"What's the minimum GPA you have to obtain in order to stay on the scholarship?"

Err... aku pun jawab, minimum CGPA 2.50, tapi terpulang pada siapa yang memberi biasiswa. Ada yang 3.00, mungkin ada yang lebih.

Lalu dia pun bercerita... dia ada seorang kawan dapat biasiswa dari Singapura (tak sure la govt scholar ke bukan ke). Kau nak tahu tak berapa CGPA dia kena maintain setiap sem untuk pastikan dia terus dapat biasiswa?

Yes. 4.00.

"What? You're on a scholarship? You must be very very intelligent!"

Kau tahu tak, bila foreigner tahu kau datang US dengan biasiswa, diorang akan ada satu assumption di mana kau adalah seorang yang sangat sangat SANGAT bijak pandai genius sebab kebanyakan orang negara lain yang dapat biasiswa memang creme of the creme la.

Kalau setakat nak maintain CGPA atas 2.50 macam aku, takde orang akan rajin tangan nak bagi aku duit.

"Is it difficult for Malaysians to get scholarships to study abroad?"

Aku pun jawab, "Um, compared to other countries... I would say no. I'm only an average student but I still get my scholarship..."

"Did you get to choose your major and which university you're going to?"

"Um... yeah."

"Oh....... wow. Did you say you're from Malaysia? Wow. You are very lucky. Malaysians are very lucky people!"

Ok. Tak payah cakap overseas la. Dalam negara pun. Pinjaman PTPTN? Pinjaman buku teks untuk sekolah kebangsaan? Maktab Rendah Sains Mara?

Yet we still blame kerajaan (esp. Mara) for "pampering the Malays". Dalam banyak-banyak NGO, (ok in this case Mara is half-govt, but still) Mara jugak kau nak kutuk.

Sebabnya? "Manjakan Melayu".

Lagi satu, cuba kau cari negara yang mana agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan (Constitution) selain Malaysia.

Kau takkan jumpa. (because I didn't search for it, kalau ada sila bagitahu)

Orang Melayu satu-satu bangsa di dunia ni yang kalau kau Melayu, kau adalah Muslim. Perlembagaan Persekutuan ada pasal benda ni (Perkara berapa aku tak ingat, maaf), at least nampak la Malaysia ada effort nak lindungi Islam.

Kalau kau tengok orang Arab pun, tak semuanya Muslim.

Kat Malaysia, orang agama lain even TAK ADA HAK nak sebarkan agama diorang kat kau. Perlembagaan ada take part jugak la kiranya nak lindungi orang Melayu (Islam) ni.

Tapi still ada jugak yang tak bersyukur duduk kat Malaysia. Kerajaan jugak yang salah.

*

"Even ada logo halal Jakim tak semestinya halal... kau kena seek the truth... depa ni dapat duit je terus bagi sijil halal... entah halal ke tak, kita tak tahu... Jakim kan gomen punya... kau ingat gomen buat kerja betul ke? Kau tengok pemimpin pun... blablabla..."

Seriously. Can you be any shallower than that?

Yang peliknya bila dah kat negara orang, boleh isytihar "darurat". Percaya Kosher lebih daripada percaya Zabiha. Kena yakin weh, kalau tak, tak makan. Kita kat negara orang Kafir ni.

Tapi bila kat negara sendiri, banyak pulak ragu-ragu dia... tak ke pelik?

Then tell me, apa sebenarnya function Jakim buat pensijilan halal tu? Logo tu sekadar hiasan kat atas pek Milo ke?

Orang nak mudahkan kau, kau menyusahkan diri.

"Memanglah weh, apa yang kau makan tu jadi darah daging..."

Sebab tu la logo halal Jakim tu wujud, incik, so that kau tak payah susah-susah nak pergi kilang pembuat makanan tu dan buat siasatan sendiri.

Takpe la... kau punya mau la Labu. Sendiri mahu cari susah. Orang nak beri kemudahan pun kau boleh kutuk lagi, tuduh bukan-bukan lagi. Senang sangat terpedaya dengan khabar angin.

Last-last kerajaan jugak yang kena.

*

Apa kaitan bersyukur dengan politik?

Politik memerlukan kau bercakap banyak. Nabi dah kata, berkata benar atau diam. Sebab kalau banyak cakap, kau akan banyak silap cakap.

Bila kau dah banyak silap cakap, orang akan interpret lain. Bila orang dah interpret lain, orang akan tak setuju dengan kau. Maka mula la berbalah-balah.

Benda-benda baik yang kau buat sebelum ni orang akan lupa.

Lalu muncullah banyak titik-titik hitam di atas kertas putih.

Kertas putih pun tenggelam.

Ok, aku tak kata sokong pembangkang tu salah. Atau sokong govt tu betul. Tapi just take a moment dan cuba bersyukur dengan apa yang kau dapat. Kurangkan complain sana sini, telinga dah bingit dah dengar.

Instead of kutuk sana sini tanpa usul periksa, nak bagi orang lain naik marah, buat la pertimbangan dulu.

*

Nice links:

Bersih website - Official webpage, I guess?

SPR menjawab tuntutan Bersih - ni ada judgment dan explanation untuk bangkang tuntutan Bersih... pada masa sama dia sokong jugak sesetengah tuntutan. Cuma sesetengah data yang dia bagi mungkin tak ada reference.

Aku tak nak bagi link lain. Semua harap kutuk je. Ni antara dua website yang professional sikit.

*

Pos ni bukan pasal Bersih semata-mata... just about politics in Malaysia in general.

Maaf kepada sesiapa yang rasa offended. Hanya pendapat aku yang tak reti berpolitik dan yang tak pandai berkata-kata dan yang tak pandai organise apa yang aku nak sampaikan.

Thursday, July 21, 2011

...and words are all I have

"Berkata benar atau diam"
- Nabi Muhammad SAW -

Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- Peribahasa Melayu -

"Walau ke mana diri ini pergi, darah ini tetap darah Melayu... mana mungkin ia membutakan hati"
- Laksamana Sunan (Novel Bagaikan Puteri) -

Anda sopan, saya segan
- Peribahasa Cina... kot -

"Huh? Rilek la. Being kaya is not a bad thing."
- FWMA -

"Sesiapa menguasai Palestin, dia menguasai dunia"
- Salahuddin al-Ayyubi -

Well there's three versions of this story: mine, yours, and then the truth
- Robbie Williams & Gary Barlow in "Shame" -

"Marah itu mudah, sabar itu indah"
- NHAR -

"Ikhlaskan hati... memang susah"
- MRH -

Time was all we had but it was never ours to keep
- Take That in "Wonderful World" -

"Apa yang orang rasa tu tak penting... yang penting apa yang awak rasa"
- NAAR -

"Bestnya duduk rumah :D"
- Ainina Rosman -

Tuesday, July 19, 2011

The circus

Kadang-kadang rasa kelakar, tapi most of the time rasa annoying.

You know what, aku selalu nak guna alasan aku dah besar, aku dah 22 tahun. Alasan ni aku dah guna pakai berjuta kali dalam pos-pos aku sebelum ni.

Do you know why? It's because I can't keep pretending to not knowing anything.

Aku bukannya budak lagi, I can obviously notice what's going on around me. I'm not stupid.

I know there's nothing I can do. Nak masuk campur pun tak boleh. Which is why I chose to keep quiet.

*

Sebenarnya aku boleh je usahakan benda tu.

Tapi aku rasa I need to take a break.

Because when you've completely lost trust in that person, you wouldn't want to repeat the same mistake by feeling sorry for them.

Deep inside dah takde rasa nak percaya lagi kat kau. Bila benda ni jadi, everything you do is fake to me.

There's no more forgive and forget left because you've been wasting way too many chances I gave you.

I've been saying this for so many times but still... I find it hard to believe in you again.

*

As emo as this post might sound, I am actually extremely happy to be at home again.

Home is where the heart is.

Sunday, July 10, 2011

Malas nak cakap... but you just did

Aku rasa aku dah tua sebab aku jadi marah dengan bersebab.

Maksudnya aku dah jarang emo tak bersebab la. Macam mood swing kanak-kanak dah takde kot.

Anyway malas la nak cerita pasal apartment management yang menyakitkan hati. Tak faham bahasa ke aku suruh cash in lepas 15 haribulan? Bank dok kecoh-kecoh pergi e-mail banyak2 sebab balance duit aku dah negatif. Kalau negatif 100 ke 200 ke tahan lagi. Ni nak sampai $700.

Emo la. Setiap kali aku teringat pasal ni aku akan emo. Sebab benda ni tak settle lagi, aku jadi lebih emo.

Tak payah nak suruh aku sabar. Bersabar takkan selesaikan masalah. Tak payah nak nasihat apa-apa. Tak perlu. Lagi aku menyampah ada la.

.

Baru je nak enjoy balik Malaysia ni.

Aku pelik la, bila aku balik tak bagitahu, orang marah sebab tak bagitahu. Bila bagitahu aku balik, semua tak pasal-pasal bagi alasan busy la apa la.

Helo, aku tak kisah pun la kau busy ke apa ke. Aku cuma memenuhi courtesy je, aku just nak cukupkan syarat kata yang aku dah balik. Kang aku tak bagitahu bising-bising pulak.

Menyampah la. Bagitahu salah, tak bagitahu pun salah. Kau pergi belajar kelas sivik la. Belajar macam mana nak reply dengan cara yang betul, dengan cara yang ada ADAB sikit.

.

Sebut pasal sivik ni, satu benda yang aku benci pasal negara tercinta ni ialah semua orang suka drive sesuka hati.

Susah la. Mentaliti masyarakat susah nak ubah. Aku malas nak cakap banyak pasal ni, tapi yang aku tahu aku memang sakit hati dan menyampah dengan cara orang Malaysia bawak kereta.

.

Lagi satu pasal Bersih whatever tu, aku memang malas nak cakap apa-apa.

Anyway umur aku dah nak masuk 22 tahun, ada orang bising-bising kenapa aku tak daftar undi lagi.

Fyi, aku memang seorang yang patriotik. Kalau ada apa-apa hal aku memang nak backup negara aku sendiri. Aku rasa negara aku negara paling best dalam dunia.

Tapi kalau dah bab politik memang buat aku rasa mual. Aku dah tak tahu siapa yang patut dipercayai, hence aku jadi menyampah bila sebut pasal mengundi.

Jadi jangan salahkan aku kalau aku tak jalankan tanggungjawab. Politik semua sama je. Kau nak kata aku shallow kata la. Semua berani gunakan kuasa, tak ingat hukum Tuhan.

.

Lagi satu kan, aku rasa cukup payah nak bagitahu bila orang tanya aku belajar mana.

Selalu macam, ada perasaan bersalah. Takkan la nak tipu. Tapi bila bagitahu benda betul, nanti orang ingat riak.

"Belajar mana?"

Kau tahu tak susah nak jawab dua huruf tu. Hanya dua syllable je tapi susah nak sebut. Semata-mata sebab kau taknak kedengaran terlalu... boastful.

Aku malas nak ulang banyak kali. Belajar overseas ni tak semestinya hebat. Kau faham tak?


***Updated 12 July -_-

Tuesday, June 28, 2011

Kalau kita yang mula dulu, jangan salahkan orang lain

Aku nak cakap ni secara general dan straightforward jela. Bukan nak tuding jari tangan mahupun jari kaki pada sesiapa.

Memang betullah manusia tu secara fitrahnya memang suka pada kecantikan, kecomelan, kehenseman, kemachoan dan sebagainya.

Kalau kau dengar orang cakap, rupa paras tu tak penting, tipu la weh. Jangan percaya. Kalau rupa tu tak penting, takdenya berbagai-bagai iklan produk pencuci wajah untuk menghilangkan jerawat di televisyen. Atau iklan produk turunkan berat badan ke, nak tone up muscles ke, apa-apa la kan.

Senang cakap, kalau ada dua orang muka sama, tapi sorang ada jerawat, sorang lagi muka licin. Mana satu kau nak pilih jadi awek? Mestilah yang kulit licin kan? Takpe, tak perlu tipu diri sendiri. Suka kepada kecantikan adalah normal.

Unless kalau kau berfikiran yang jerawat adalah sesuatu yang menambah nilai estetika pada wajah seseorang..... itu lain cerita.

Yang masalahnya sekarang ni... bagi sesetengah orang, diorang suka kongsi kecantikan atau kehenseman diorang pada public. Ada yang takat syok sendiri, ada yang photoshop, ada yang pose Myspace, ada yang even dah jadi model, blablabla.

Itu pilihan sendiri la, kat Fb tu punya berlambak orang share article cakap jangan mendedah-dedah sangat kat gambar yang di upload. So semua tu pilihan sendiri, nak ikut ikutlah, tak nak ikut sudah. Sudah jelas jalan kebenaran dari yang salah, Allah sendiri dah sebut dalam al-Quran.

Seburuk-buruk Facebook tu, dia still waras in terms of bagi pilihan kat kita sama ada kita nak jaga privacy atau tak. Jadi boleh je kita nak sorok gambar kita (terutamanya perempuan la) yang comel dan sexy ni dari pandangan mata lelaki yang tak tahu malu, yang suka usha gambar perempuan ni. Kau bagi view kat perempuan straight jela, lepas tu tak payah risau dah.

At least kau ada usaha nak jaga diri kau. Kalau nampak kawan upload gambar kau yang not appropriate, suruh la dia buang gambar tu. Tak payah risau kau akan offend dia ke apa, sebab kau buat benda yang betul, Allah approve apa yang kau buat. Tapi yela, nak tegur orang kena cara betul la kan?

Masalah sekarang ni timbul bila kau dengan senang hatinya mendedahkan gambar-gambar kau kat public. Bila kau dah beri access pada orang ramai, maknanya takde boundary lagi bagi diorang untuk mencopet, meng-save atau meng-edit gambar kau. Semua diorang boleh buat SEBAB KAU YANG BAGI DIORANG BUAT MACAM TU. Faham tak? Kau yang beri access pada diorang, kau yang tak jaga diri kau.

JADI bila benda-benda macam ni terjadi, macam diorang curi gambar kau yang cun meletops you allz tu dan letak kat profile/blog/whatever diorang, kau tak boleh la nak emo. Sebab tu memang salah kau pun. Ye memanglah salah orang psycho tu jugak, tapi on the first place kau yang salah dulu. Kalau kau tak upload gambar tu, orang takkan dapat ambil.

Kalau kau yang mula dulu, jangan dok salahkan orang lain. Manusia ni tak semua normal. Ramai yang psycho kat luar sana tu. Jangan anggap semua manusia ni baik hati dan mampu jaga privacy kau.

Sori la pos ni kasar. Aku rasa benda ni buat aku rasa hot je. Hot yang emo, bukan hot chick ye.

Moga Allah lindungi kita dari fitnah dunia dan azab akhirat. Nauzubillahi min zalik.


PS: Siapa tahu cara nak menghilangkan jerawat dan parut jerawat dengan berkesan please PM me (hahaha jk)

Thursday, June 23, 2011

Start anew

O Allah, You know how grateful I am to You.
Thank You, Allah.
Subhanallah.

I just want to start things afresh.
What's done is done.
And at the moment I hope nobody's left behind.
Well... I can finally stop fretting about it, and start worrying about what's about to come next.

Friday, June 17, 2011

The day the work is done

Kadang-kadang kan (dan most of the time) bila kau tengah rasa sensitif tu, bukan sebab kau saje-saje dan sengaja nak salahkan hormones imbalance kau sebagai seorang perempuan.

Tapi benda tu, kau tak boleh tolong (you can't help it). Bila dah sampai masa kau rasa senang terasa (rasa senang terasa? o_O), kau memang akan senang terasa no matter how much you want to control it.

Bukan PMS jela... aku rasa orang meningkat remaja ke, orang mengandung ke, orang lepas bersalin ke, orang nak menopaus ke, etc etc ke (yang semuanya of course la perempuan), pun ada time di mana mereka akan sangat dan sangatlah sensitif.

I mean, benda tu kau boleh control sama ada kau lepaskan kat orang atau tak jela. Dalam kes RASA sensitif tu, memang confirm ada la.

Ye aku memang suka salahkan ketidakseimbangan hormon dalam badan aku. Sebab tu juga penyebab jerawat yang bermaharajalela di muka akuuu.

Salah seekor "lalat" yang Prof bagi. Cuba teka makhluk apa ada 8 kaki?


Aku tak percaya aku sedih sebab KELAS DAH HABIS. Oleh itu aku memang perlu salahkan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh.

Monday, June 6, 2011

Flowerbed

Selagi kita hidup di dunia ini...
selagi tu la Allah akan uji kita dengan macam-macam bentuk ujian.

Kesenangan. Kesusahan. Semua laa.

Sabar ye Mak. Kejap lagi saya balik rumah... insyaallah.

Saya tahu Mak tabah.

Saya tahu Ayah pun tabah.

But the truth is hard to find
when it's playing tricks with your mind

Saturday, June 4, 2011

Resolusi Baru Blog Ini


Tajuk sangat poyo.

Anyway... aku sedang slowly, and I mean slowly, bermuhasabah diri (ayat klise) tentang apa yang aku pos di blog ni selama ni.

Aku realise yang lately aku banyak sangat pos pasal benda yang supposed to be private atau benda yang melibatkan orang lain a.k.a mengumpat atau benda sia-sia.

Di sini aku nak minta maaf zahir batin dan minta sesiapa yang pernah terasa dengan penulisan aku di blog ni, tolonglah maafkan aku... like I said I am slowly trying to redefine what I'm trying to say to people. Maksud aku, adakah aku menulis semata-mata nak mengutuk kelemahan orang atau aku nak memperbetulkan diri aku dengan melihat ragam orang. (lain ke tu?)

Pernah dengar tak orang pernah cakap... kalau kau marah dengan sesuatu/ seseorang, cara terbaik ialah dengan menulis pasal benda tersebut supaya kau dapat lepaskan satu burden dari fikiran kau?

Aku tak rasa tu cara terbaik. Aku ada je blog private yang aku khaskan untuk luahkan perasaan marah aku. Tapi bila aku fikir balik... benda tu bukannya elok pun.

Sebabnya, bila aku baca balik blog entry yang selalunya aku dah lupa pun bila masa aku pos ntah, aku akan tiba-tiba teringat balik kenapa aku marah sangat masa aku menulis tu.

And as a result... aku jadi marah balik bila terkenangkan benda yang piss aku off tu.

Apa maknanya tu? Ye anda betul... maknanya, aku belum maafkan apa yang terjadi tu dengan sepenuhnya sebab aku still rasa marah.

Jadi nasihat aku, the best way to avoid kes ungkit mengungkit di belakang minda ni adalah jangan luahkan perasaan marah kau pada penulisan. Kalau nak buat macam tu pun buatlah, tapi jangan save lama-lama. Agak-agak rasa marah dah reda, delete je terus.

Sebabnya... kalau kau terus-terusan rasa marah, kau masih berhutang dengan orang tu sebab kau masih tak maafkan dia. Nanti lecehlah kat akhirat. You know what I mean.

Jadi... jom sama-sama fikir balik. Jom delete pos-pos yang ala-ala kutuk orang lain ni. Kita kena realise yang kadang-kadang kita fikir benda tu release stress tapi padahal tambah stress je.

Aku pun tengah slowly delete pos yang tak bermakna.

Jom... sama-sama berubah.

*lagu nasyid kedengaran*

Monday, May 23, 2011

Berat mulut

Pernah tak korang rasa dihargai bila seseorang cakap terima kasih kat korang, even untuk benda kecik?

Dan apatah lagi benda besar?

Most people won't ask you to thank them.

And because they won't, it becomes the reason why you have to.

I've met a lot of people yang tak jadikan berterima kasih sebagai rutin.

Believe it or not, saying thank you can make people feel happy.

Tahu tak menggembirakan orang lain tu adalah satu pahala?

Bukan susah pun. Two little words that can brighten up someone's face.

Sekurang-kurangnya they will know you appreciate them.

Ah well. Aku pun selalu lupa nak cakap terima kasih.

Terima kasih pada Tuhan.

Wo xihuan kan dianshi

Hidup ni penuh dengan drama yang tak perlu.

Tu lah kau, tengok tv banyak sangat siapa suruh.

Monday, May 16, 2011

Boys Avenue

Kenapa aku selalu rasa berkawan dengan lelaki
lebih senang berbanding berkawan dengan perempuan?

Adakah aku tak normal?

Atau adakah kerana sikap semulajadi aku
yang tak pandai bermanja dengan kawan perempuan?

-_______-"

Boyce Avenue


PS: Walaupun aku rasa adik dia sangat sangat sangattt comel (yang aku tak tahu pun nama haha), tapi Alejandro is still my favourite in the group because he's the lead singer. I always have a soft spot for the lead singers... lol.

Sunday, May 15, 2011

Pulau Buih

- Prologue -

Malasnya nak kerja hari ni.

Malasnya.

4 jam.

Malasnya.

Malasss.

*

- Chapter 1-

Me:

*terkebil-kebil baca announcement yang Bubble Island tutup May 15*
"Um, will you be closing today or tomorrow?"

Abang Bubble Island:
*muka separuh sedih separuh lega*
"Oh we'll be closing today... actually we're gonna close anytime now."

Me:
*buat muka aww...*
"So today's your last day then?"

Abang Bubble Island:
*shrugging*
"Yeah today's our last day... Well, actually you might be our last customer though!"
*sambil mendepakan tangan dengan riang ria*

Me:
*mode mengusik ala-ala macam kat pasar malam*
"Oh yeah? Don't you want to give me some free drinks or anything?"
*tersengih-sengih dengan muka tembok*

Abang Bubble Island:
*tergamam dan terkesima dengan ketidakseganan minah berbungkus di hadapannya*
*memandang abang lagi satu dengan mengangkat-angkat kening*
*memandang aku semula*
"Oh... yeah, we could! What kind of drink do you want?"

Me:
"Oh... just anything, I don't mind."

Abang Bubble Island:
"What about yogurt?"

Me:
*terdiam kejap sebab takut yogurt ada gelatin*
"Oh I don't drink yogurt. Any drinks other than yogurt is fine."

Abang Bubble Island:
*haihh minah ni tadi kata apa-apa pun boleh -_-*
"Oh okay."
*buat air apa ntah*
*beri kat aku*
"There you go!"

Me:
*tersengih lagi*
Thanks!

Abang Bubble Island:
*memandang my handful of bubble tea drinks*
"Do you need a bag for those?"

Me:
"Sure!"

Abang Bubble Tea:
*masukkan air dalam beg plastik*
"Have a good one!"

Me:
"Tengkiuuuu."

Abang Bubble Tea:
"Don't forget your straws!"

Bubble tea dalam kenangan.

*

- Chapter 2 -

*flashback: beberapa jam sebelum itu*

*written on a small white board*


Pop's Quiz of the Day

*vote vote*

"*NSync"
||||

"Backstreet Boys"
||||| ||

"Boyz II Men"
|||

*a few minutes later*

"New Edition"
||

*half an hour later*

"Take That"
|

...which was obviously written and voted by me and only me. What a pity the people here are missing out on such an awesome manband (haha). Was tempted to write Westlife, too, but there wasn't much space left though.

Luckily someone changed the radio channel today. I don't think I can stand listening to any of Tinie Tempah's songs anymore. Or even worse, "What The Hell", a song by that fake blond whose name I forgot...

*

- Chapter 3 -

"What's your major?"

"Um, actuarial science."

"What? Really? How come I never saw you at any of the events?"

"Events? You mean..."

"Actuarial Club?"

"Um, because..."

...I hate socializing. Kehkehkeh.

*

- Chapter 4 -

"Hey Ainina how are you doing?"

*senyum senyum tengok muka comel Kakak H*

"I'm good how are you?"

"Good!"

*mengeluh*

Kakak H, saya nak cakap yang saya akan rindu awak tapi saya orang Melayu dan imissyou imissyou ni is so not me maka saya hanya pendamkan saje haha.

Poyo betul.

*

- Epilogue -

Oh cawan teh nak habis dah.

Berjalan dengan lembap ke bilik dishmachine yang bising gile.

Terkesima kejap melihat seseorang di sebalik dishmachine.

Senyum malu-malu sambil bagi bahasa isyarat "hai".

Ambil cawan dan blah.

*

Silly post. I know.

I just thought that I had a funny day today despite the rainy weather. Haha. Funny tau, bukan fun.

Farewell Spring 2011.

Friday, May 6, 2011

I made it obvious

as much as I feel silly being shy around you,
I can't help feeling sad at the thought of getting over you

~_~

huff

talking about feeling sentimental at the end of a semester

-_-

Monday, May 2, 2011

Dirty Pop


Boleh tak nak pos benda mengada sikit kali ni?

Pos kali ni kena dalam BM. Haha. Macam la tak pernah pos dalam BM kan.

Walaupun ada ramai supervisor, tapi aku tak beberapa suka yang tuuu dan yang tuuu.

Sebab mereka agak bajet kot. Bila aku tengok video pasal racism semalam, tiba-tiba terasa kakak bajet tu racist dengan aku. Haha. Aku je kot terasa. Takde la sampai tahap racist (tapi ada possibility).

Haihh. Nasib la ada Abang S yang hensem, takde la aku rasa annoyed sangat dengan mereka yang tuuu.

Tapi lepas ni Kakak H yang comel nak graduate dah. Kakak yang paling manjakan aku. Haha.

Lepas ni takde siapa dah nak manjakan aku. Kalau aku kena marah, tak tahu nak mengadu kat siapa dah. :(

Tinggal Abang J jela. Tapi dia lelaki, mana boleh manja sangat dengan dia kan. Lagipun aku jarang cakap dengan dia. :(

Oh. Macam dahagakan perhatian je aku ni.

Oh. Sejak tahu Pakcik S tu muslim, aku segan pulak bila terserempak dengan dia. Selalu nak rebut bagi salam kat dia, tapi biasanya dia yang berjaya bagi salam dulu.

Pakcik S baik jugak. Dia siap tanya lagi supervisor lain layan aku baik-baik tak. Haha.

Btw. Kakak B pun nak graduate dah. Walaupun dia selalu nampak stress tapi dia takde la poyo sangat dengan aku. Lagipun dia yang tolong arrange shift aku mula-mula dulu supaya tak payah deal dengan pork... sampai chef kat tingkat bawah pun dah kenal aku siapa. Dia memang mengfamouskan aku.

Oh lupa, Abang L pun still ada jugak. Walaupun mula-mula dulu aku cuak dengan Abang L tapi dia macam dah faham kot sekarang, dia dah tak pegang bahu aku lagi... haha.

Oh... makcik baik tu mesti ada lagi kan lepas ni. Dia memang suka tolong aku di saat aku blur.

Harap lepas ni takde sama shift dengan mana-mana minah bajet sorot dah. Tak tahan la aku tengok perempuan pakai mekap tebal lepas tu kerja kat dining hall. Tak sesuai langsung.

Makcik garang macam dah mula bercakap dengan aku. Haha thank God. Aku benci kot kena marah dengan dia. Dah la dia suka marah aku kuat-kuat. Harap-harap mood dia stabil la lepas ni.

Tapi. Kakak H nak graduate dah. Oh. Sedihnya.

Kakak H yang baik. Semoga Kakak H terima hidayah-Nya.

Wednesday, April 27, 2011

When I see you smile

Kejap je dah besar kan. Haihh. Dia ni memang version perempuan abang aku. Haha.





Setelah penat bermain, akhirnya si manja tidur dengan lenaaaa.

Haihh budak kecik. Perfect sungguh anda.

Wooo kecik-kecik dah pandai main dengan kamera. Tssskk.

Waaaa kecik-kecik lagi hidung dah mancung. Aku dah tua hidung tak mancung pun.

Waaaaa nanti aku jumpa kau siap laaa.

♥

Sunday, April 24, 2011

Easy Virtue

I think we both know we have big conscience eating up on us yet we never really want to think of the best solution to remove the big hurdle.

Have we tried to do so, we did reach peace to a certain short amount of time, but even at the start of it, we knew the smiles on our faces were not genuine.

Somehow there was something inside of us predicting that it was only a matter of time before things get worse than before, hence the languid way of saying hello to each other.

Our inability to read each others' hearts and minds are only fulfilling our expectations that sooner or later, this will all lead to an awkward end.

I wasn't too sure about you, but I never asked. I knew you weren't either, and I know you didn't have the courage to ask why, too.

We've left everything to assumptions. If we frowned upon each other's behaviour, we would never ask but assume. It happens all the time. We never asked.

Those things we thought we knew of each other were actually and only assumed of. We didn't want to feel stupid of trying to dive deep into the situation to get hold of the real idea of what's going on.

We could conceal from everyone as much as we want to, but the more we lie, the more we feel like everybody is watching the way we act towards one another.

Though most of the time I knew you'd win all along because you have more people on your side, I don't think human's judgment is the only thing that matters when it comes to being fair and just.

This time, just for this time, I am telling you that I am not the hero or the angel. I just want you to know that it wasn't your mistake that this had happened.

It is our mistake. Both of us did the wrong things at some time.

I feel angry and annoyed at times whenever my emotions told me it was your fault, but at the end of the day I knew at once that your mistakes might be the consequences of my own attitude towards you.

And vice versa.

Friday, April 22, 2011

Cancer

It doesn't only kill the patient.

It literally kills the patient's loved ones.

Ya Allah, lindungi aku dan mereka.


PS: No I don't suffer from it of course. I'm just looking back for a while.

Monday, April 18, 2011

Randomization

Why do you keep looking at my blog when you don't even want to look at me?

Why even bother?

If you can't take it anymore, just let me go.

I'm just a burden to you and you know that.

.

Out of nowhere tiba-tiba kau muncul.

You're gone a long time ago.

That means I got over you a long time ago, too.

.

As much as I want to get into the B______s School,
I don't think I can manage the aftermath of being accepted.

Aftermath: The outcome of an event especially as relative to an individual.

No no... B______s is not a bad word.

.

Ben Barnes is so pretty, he is flawless... whatever.

.

I wish my dapur is like the dining hall.

With halal food of course.

.

My portable heater is no longer usable.

The only way I can keep myself warm,
other than staying for hours in the comforter,
is to eat warm food and drink a lot of hot drinks.

My house is now as cold as the fridge, if not colder.

.

I told you the symptoms would last for a few days, didn't I?

Chuckles.

Friday, April 15, 2011

Godzilla

Sakit gigi. Gusi bengkak. Tak cukup duit nak jumpa dentist. Can it be worse? -_-

Sakit yang paling sakit adalah mati. Lepas tu beranak. Lepas tu sakit gigi. =_=

Lepas tu ada petanda-petanda tak baik lagi.

1.
Rasa emo gile bila tak dapat jawab exam.

2.
Bila ada orang lain kerja sama shift dengan kau you should feel relieved sebab tak payah susah-susah buat banyak kerja tapi sebaliknya emo lagi.

3.
Rasa emo lagi bila tak dapat jawab soalan homework.

4.
Rasa emo bila terasa diri kurang diberi perhatian oleh supervisor (padahal ada je diorang tegur).

5.
Rasa emo bila tak dapat cari extra shift untuk weekend ni.

6.
Bila lapar and find out there's no heavy meal to eat (atau baru habiskan makanan terakhir tengahari tadi), kau rasa emo lagi.

7.
Bila orang usik/gurau sikit je pun kau dah rasa sensitif, rasa nak emo, kadang-kadang mata berair tak pasal-pasal.

8.
Kau jadi emo bila orang yang selama ni kau tak kisah pun kalau dia tak reply kat YM sebab dia tengah busy study tapi kali ni tiba-tiba kau rasa macam nak penyepak orang tu.

9.
Kau happy plus angau bila tengok video Gary Barlow main piano sambil nyanyi lagu Nobody Else best gile youwishhewassingingitforyousigh tapi kau emo bila kau realise dia dah umur 40 dan dah kahwin dan dah ada anak tiga orang dan realise the fact yang "WHO THE HECK ARE YOU TO GARY ANYWAY??".

10.
Pendek kata kau rasa emo kat semua benda.

11.
Oh ye LEPAS TU KAU BERTAMBAH SEPULUH KALI GANDA LEBIH EMO BILA KAU PUNYA PORTABLE HEATER BUAT BUNYI BISING GILE MACAM KILANG BUAT BESI AND YOU HAVE NO CHOICE BUT TO SLEEP IN THE COLD.

These symptoms will last for a few days, sometimes even for the whole week.

Oh I'm only human. Duh.

Monday, April 11, 2011

Let it shine


Don't you let your demons pull you down
'cause you can have it all
you can have it all


This second year, especially this semester, I've started to move with my own pace without any worries.

Instead of sitting there, regretting the mistakes and stupid things I've done before, I finally managed to pick up the courage and say hello to the positive world.

I am finally walking down the State Street with my head looking forward, not staring at my orange shoelace anymore.

I can finally move my mouth to say hello to other people, to ask them how they've been doing, and to let my voice be heard.

I no longer feel nervous going to places I've never been to before, and I no longer stutter whenever I need to meet new people.

And it's not like I'm great whatsoever.

It's just a matter of mindset.

Positiveness. Optimism. Self-assurance.

You don't have to be "budak pandai" to be positive. You don't have to get your name on the dean list to be optimistic.

It IS hard to change the way you view the world in a matter of days. It took me 21 years to finally realise that I can actually do this.

Really. I'm not a genius or smart or whatever.

All I've done is that I've stopped blaming myself. I've started to appreciate myself more than I've ever done before.

If things start to get serabut between me and other people, I'd stop, ponder on things for a moment, and try to do my part.

But when the other party is ignoring, or making things more complicated, I'm telling you:

I won't wait. I simply will not.

I'd do my part and move on.

---

But you know what?

No matter how much I want to move on, some things don't change.

Or at least they haven't.

I still have some people that I've to take care of, even when I'm far away.

I still have my own responsibility towards some people who are hundreds miles away from me.

Many times I wish I can be there for them. Many times I wish I'm right there beside them.

Sometimes I wish those tears don't belong to them.

---

Lately my posts are full of Take That's stuff. Can I just wish that Gary Barlow is my personal counselor? I'll let him sing to me and play the piano anytime he wants to. That'd make my days. Lolll. :P

So come on, so come on, get it on
Don't know what you're waiting for
Your time is coming, don't be late
Hey hey!

Saturday, April 9, 2011

Innocence

"Hi Miss Nina!"

Hello! How are you doing? (sorry I don't remember your name!)

"Do you always have to wear that?"

Yeah, I don't wear it at home though!

"How's the weather? Is it hot? Or is it like really, really, really, really hot?"

Well, sometimes it's hot. Sometimes it can get really, really, really hot.

"I know someone called Nina, she's on a TV show."

Oh yeah? Is she pretty?

"Yeah!"

Am I pretty?

"Yeah!"

Lol.

"Which grade are you?"

Grade? Nah, I'm already in the university!

"How old are you?"

Well how old do you think I am?

"Hm... thirteen!"

*Laughs* No, no, I'm wayyyyy older than that!

"Are you from Africa???"

No, I'm from Malaysia!

*

I didn't know it takes up a lot of patience.

But all of you remind me of how innocent I was back then.

A doctor is not the only noble profession out there.

Dear teachers and future teachers, I look up to you guys.

Monday, April 4, 2011

Well I wonder, could it be...


Marit Larsen & Marion Raven. They were once known as M2M. Hihi comelkan diorang?

Diorang ada satu lagu ni tajuk dia "The Day You Went Away". I think that's one of the best pop songs ever, and it's been my all-time favourite.

Ada satu line dalam lagu tu berbunyi:

Why do we never know what we've got 'til it's gone?

Ohoh. Selalu la terfikir. Kenapa eh kita tak pernah realise apa yang kita ada sampailah satu masa kita dah kehilangan benda tu?

Hm. Sebenarnya aku takde la nak complain apa sangat pun. Memang manusia macam tu kan.

Tapi sejak dua tiga menjak ni... I started to feel as if reality hits me hard.

Dulu, orang tu selalu cari aku. Selalu ada bila aku perlukan dia. Kalau aku tak perlukan dia pun, dia akan tetap ada. Dia selalu ada masa untuk aku, tak kira dia sibuk macam mana pun.

But now I feel like the gap is there. And it's widening, with each day passes.

Dia, knows a lot of things about me. But now I don't think dia knows me anymore. I don't think I know dia either.

Kalau tanya orang lain, mungkin orang lain akan cakap... ala biasalah tu. Manusia ni bukannya guardian angel kita ke apa kan. Kadang-kadang kita rapat dengan orang tu. Sampai satu masa, kita akan berjauhan. Sampai masa yang lain, kita mungkin dah tak sama macam dulu.

Masalahnya, dulu aku ada perasaan yang dia memang akan ada kaitan dengan hidup aku buat masa yang lama. Macam orang kata, "jodoh kuat" la. Nak kata kat sini, jodoh tu tak semestinya bermaksud kahwin.

Rasanya dulu, ada beberapa kata yang dilafazkan (pergh dilafazkan). Tapi aku tak tahu la dia anggap benda tu main-main ke, atau memang janji dia ke. Aku pun takde la tiba-tiba nak pergi kat dia dan tanya "do you really mean it?". Takde kerja namanya tu (ego pun ye jugak).

Mungkin salah aku jugak la kot. Sebab mungkin dulu aku tak pernah tunjuk yang aku appreciate kehadiran dia dalam hidup aku. Mungkin sebab tu, sekarang dia makin jauh hati... atau dia dah jumpa seseorang yang boleh ganti tempat aku, yang lebih, you know, worth it.

Aku pun bukanlah jenis yang bermanja-manja nak tanya "kenapa kau macam pelik dah sekarang ni?". Dulu pernah la tanya dia soalan yang lebih kurang "kau ok tak ni?", dan eventually aku akan dapat tahu jawapan.

Tapi sekarang ni... masing-masing macam cuba mengelak antara satu sama lain.

Hmm.

By the way, aku tak nak ada sesiapa tersalah faham mengenai pos aku ni. Jadi aku cakap awal-awal yang pos ni tak ada kaitan dengan housemate ke, kawan-kawan universiti ke, kawan-kawan sekelas ke.

Pos ni, lebih kepada kisah kawan lama. Bila kata kawan lama tu, bukanlah bermaksud pakwe ke crush ke ex-boyfriend ke... walaupun pos ni bunyi macam jiwang. Haha.

Thursday, March 24, 2011

and that was all that happened anyhow


Berapa juta kali dah aku ulang ayat ni. Haha. Nasib la. :P

Tapi ni memang ayat favourite la buat masa ni.

You can look back...

Muhasabah diri. Belajar dari kesilapan. Tengok di mana kelemahan, di mana kekuatan. Apa yang membuatkan kita berjaya, apa yang membuatkan kita gagal.

Nak kenang masa lepas, boleh. Nak menyesali kesalahan lampau, boleh. Nak nilai balik apa yang dah berlalu, boleh.

...but don't stare.

Tapi, jangan disebabkan kesilapan semalam, kita asyik salahkan diri dan tak nak move on. Jangan terlalu kenang sangat masa lepas sampai affect masa future yang kita tak tahu rezeki kita sampai tahap mana.

Allah itu Maha Adil. Dia takkan beri kita ujian atau kesenangan tanpa ada sebab.

Tak ada manusia yang tak pernah down. Tak ada manusia yang gembira setiap saat. You're not alone.

Yesterday is a past. View your mistakes as a lesson today to have a better tomorrow.

If you don't make mistakes, you won't learn. If you don't feel pain, you won't be able to empathize with other people. If Allah gives you every single thing you ask for, you will never appreciate what you have.

Come on... move on, move on. Jangan kurung diri dalam peti (peti? apakah? haha).

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


2: 155-157

PS: This post is especially dedicated to myself.

Tuesday, March 22, 2011

Itu peringatan

Siang tadi ternampak sorang mamat ni lintas jalan kat Langdon Street dan hampir-hampir kena langgar dengan kereta yang tengah membelok pada waktu tu. Lama gila oh driver tu hon kereta. Mamat yang melintas tu pulak rilek je. Kereta tu siap stop kejap kat tengah jalan, aku rasa dia marah kot dengan mamat sengal yang sengaja cari nahas tu.

Lepas tu masa naik bas tadi, ada kereta kecik (construction punya kot) tiba-tiba je laju memecut untuk memotong bas yang aku naiki... apa lagi terkejut la pakcik bas, lantas membrek mengejut, dan membunyikan hon dengan agak panjang (tapi orang Malaysia hon lagi panjang la). Nasib la pakcik bas tak berlumba sekali dengan kereta kecik tu... kalau tak, eksideng berlanggo la jawaknye.

Kalau korang nak tahu la... kat Madison ni sangat jarang dengar bunyi hon kereta. Sebab semua bawak kenderaan elok-elok. (Lain la dengan kat Chicago yang hon kereta setiap minit)

Lepas tu, tadi baru dapat berita yang sepupu aku accident masa naik motor, sampai patah tulang betis. Dan kalau korang nak tahu, sepupu aku tu bukanlah jenis yang suka pecut motor mahupun memotong sesuka hati. Dia seorang yang cermat.

Insafnya. Allah beri peringatan.

Banyaknya dosa ni. Kalau Allah nak tarik nyawa ni, bila-bila masa je.

Dua tiga empat hari ni rasa down je. Bila rasa down, aku kuat tidur. Tidur tidur tidur rasa macam tak nak bangun. Bukannya nak berzikir lama sikit ke apa ke. Allah uji sikit je, dah lembik macam sotong.

Ya Allah, ampunilah kesilapan dan kekhilafanku ya Allah.

Saturday, March 19, 2011

Thursday, March 3, 2011

Pelbagai & Berbagai-bagai

*Inspired by one of the posts from someone's blog.. jeng3*

Boleh ke tak sebenarnya ni?

Apa kes la mamat dua orang kat depan ni bermesra-mesra...

Tolong la reply e-mail aku. Tolong.

Berair... Ni bukan ada bekas pork ke?

APA BENDA LA YANG KIRK PETER AJAR KAT DEPAN NI??

Kalau taknak bagi, cakaplah taknak bagi. Takde la orang tertunggu-tunggu.

Nak kecik hati ke? Silalah, you deserve that.

Cool gile Professor ni. Dia minat Avril Lavigne ke?

Padahal aku yang berhak marah.

Nak hamster. Tapi malas nak jaga.

Sori la aku curang sekejap, I need to miss you!

Kau suka aku ke tak sebenarnya ni? :|

Sejak bila aku ambil kelas Confucianism??

Korok betul. Markah ok pun baru dapat BC je.

Aku memang seumur hidup watak jahat pun. Ada beza ke?

*Mamai* Eh cerahnya kat luar... *tengok jam* Aik? Baru pukul 6.30 pagi?

Penantian itu satu penyeksaan yang nyata.

Sunday, February 27, 2011

Lama dah

Pos tak berfaedah. Sila jangan baca jika anda mengharapkan sesuatu sebagai santapan rohani. Dulu masa rajin guna Friendster, kadang-kadang suka buat benda ni. Survey syok sendiri. Haha.

1. pernahkah anda rasa 'hot'?
Hahaha.

2. upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.
Malas la. Gambar tu dah ada kat page ni.

3. ceritakan pasal wallpaper tersebut.
Gary paling hensem. ♥

4. bila kali terakhir anda makan pizza.
Bulan 12. Ke bulan 1? Homemade pizza beb. Dengan Chef Farah.

5. lagu paling terbaru anda dengar.
Ntah la, Take That punya latest album kot.

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Melihat skrin laptop.

7. selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
Some people used to call me piglet in primary school. Not a nice name anyway.

8. tag lagi 5 orang
-1. Yasmingu
-2. Farah Wahida
-3. Hafsah
-4. Pipot
-5. Hani Hakim

9. siapa orang no. 1 kepada anda?
Partner meja sebelah time form 1 - 3, emo partner in crime, heart-to-heart conversations initiator, best friend. (haha tiru jawapan kau)

10. katakan sesuatu pada orang no. 5?
Hai sepupu! hahaha.

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Ntah... dah lama tak usik dia pasal bab ni. Hehe.

12. bagaimana pula dengan no. 2?
Hm? Hubungan ke? Ntah la jugak... ni lagi la misteri nusantara. Tup tup nanti tengok dapat kad jemputan... kehkehkeh.

13. kata-kata cinta dengan orang no.4?
Hahahahahaha.

14. 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag
-1. baik hati, lemah lembut, sopan santun, berbudi pekerti....... sila belanja aku nanti
-2. suka memuji dirinya cun
-3. emo people can change kan Hafsah. Gimme pai!
-4. she's... innocent.
-5. bermata keranjang terhadap artis Korea & Ian Somerhalder (ps: aku ada classmate muka macam dia)

Sekian.

PS: I tagged those people because I know they read my blog.