Tuesday, March 30, 2010

Like Only a Woman Can

I'm addicted to this song. Played it hundreds of times on my guitar sampai sakit jari (yela gitar murah je). Leper sudah jari jemariku yang lemah gemalai. Hahahaha. Brian McFadden sure had made loads of good stuff since he'd left Westlife.

She changed my life
She cleaned me up
She found my heart
Like only a woman can
She pulls me up
When she knows I'm sad
She knows her man
Like only a woman can




PS: Especially dedicated to Mak. :) <333 I love youuuuu~~~ :DDD

Sunday, March 21, 2010

Tips Mengurangkan Mengantuk (haha)

Assalamualaikum.

Haha yeah. Hari ni aku nak jadi penulis dalam majalah kesihatan. Haha.

Tips Mengurangkan Mengantuk:

1. Lepas solat Subuh, sujud lebih kurang seminit. Korang pun tahu yang pasal bahagian otak/ oksigen/ sujud tu kan.

2. Lepas solat Subuh, jangan tidur. Nanti terlajak tidur dan terlambat ke kelas.

3. Lepas solat Subuh, baca al-Qur'an/ma'thurat untuk meningkatkan konsentrasi di pagi hari.

3. Jangan tidur lepas Asar. Nanti kepala jadi ngong.

4. Jangan gelojoh makan. Kalau gelojoh, makanan tak dikunyah dengan betul. Nanti perut penat nak kisar, kita pun mengantuk.

5. Mandi (basah kepala) di pagi hari.

6. Tidur yang cukup. Tahu sendirilah purata masa tidur korang berapa lama.

7. Basuh muka dengan air sejuk (untuk kesan yang cepat tetapi tak tahan lama).

Harap maaf kalau ada info yang tak tepat. Minta tolong betulkan kalau ada silap. Ada sesetengah yang tak dibuktikan melalui kajian saintifik pun. Sekian. :D



PS: Tulis je. Tak mampu nak ikut semua pun. Haha.

Sunday, March 14, 2010

Kau tahu apa?!!

Assalamualaikum.

Biasanya kita akan menghakimi seseorang berdasarkan apa yang kita nampak pada zahirnya. Kalau kita suka apa yang kita nampak, kita akan judge benda tu positif. Kalau tak suka, kita mengutuk dalam hati. Macam tu la.

Saja nak kaitkan apa yang kita pandang, apa yang kita analisa dari pandangan mata itu, dan hakikat sebenar yang kita mungkin tak nampak. Aku nak fokus kat pemakaian kita sebagai orang Islam. Orang Islam yang setiap hari mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.

Ok. Kalau kita nampak perempuan Muslim tak pakai tudung contohnya. Confirm kita dah ada satu pandangan negatif atau pandangan steoreotaip terhadap perempuan tersebut. Kan? Macam-macamlah kita fikir pasal dia. One thought leads to another.

Tak pakai tudung... solatkah dia? Jaga pergaulankah dia? Ilmu agamanya dalamkah? Pemakanannya dijagakah? Blablabla.

Biasa la tu. Kadang-kadang kita yang terlebih buruk sangka. Dah nama pun manusia, senang sangat nak nampak keburukan manusia lain. Bila orang tu buat baik, tak ada pun kita nak kecoh-kecoh. Dia senyum kat kita sepuluh kali seminit, kita tak perasan. Dia termarah kita sekali je sepanjang kita kenal dia, confirm kita ingat sampai mati.

Ok. Berbalik kepada isu "judge a book by its cover" tadi. Atau patut aku kata, "judge a person's level of iman by his/her appearance". Salah ke kita judge orang tu "baik atau tidak" berdasarkan luarannya? Dan patut ke orang judge kita macam tu?

"Weh, kau tahu apa? Kau nampak je aku macam ni, tapi dalaman aku Tuhan je yang tahu. Iman aku, Allah je yang nampak. Kita kan manusia, iman boleh naik dan turun. Kau tak boleh tengok aku luaran je."

"Bab-bab pahala dosa ni kan semua kerja Allah. Tak payah la kau sibuk-sibuk nak tuduh aku tak beriman ke apa ke."

"Kau pakai tudung, tak semestinya kau lagi beriman dari aku. Kau pakai seluar panjang, tak semestinya kau lagi beriman dari aku."

Nah. Betul ke macam tu?

Dosa pahala kerja Allah, ok. Tapi Allah senang-senang ke nak bagi dosa pahala? Main campak-campak sajakah?

Beriman atau tidak, itu Allah yang nampak, ok. Tapi apa indikatornya?

Ni yang kita nak kena cek balik.

Since aku fokus pada isu pemakaian (a.k.a menutup aurat), aku nak cite apa yang saudara Hilal Asyraf pernah sebut dalam salah satu blog posts nya: (tak ingat exact phrase)

"Memang orang yang berjubah itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang memakai jeans. Memang orang yang tudung labuh itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang tak bertudung. Memang betul, kita tak boleh cakap orang tu beriman atau tidak berdasarkan apa yang dipakainya. Tapi ingat, iman itu ada tandanya."

I like that one. IMAN ITU ADA TANDANYA.

Kita mengaku kita sembah Allah, dan menutup aurat adalah suruhan Allah. Kalau tak tutup aurat, maknanya kita tak ikut suruhan Allah. Kalau tak ikut suruhan Allah, macam mana nak cakap kita beriman? Layak ke kita terang-terangan cakap "tahap iman aku Allah je yang nampak"?

Jadi kalau ada manusia yang menghakimi kita sebab kita tak buat apa yang disuruh, kita tak boleh nak suka-suka hati marah depa, sebab benda tu dah jelas tak boleh buat. Tak susah pun nak fikir. Tak boleh la nak kata depa fikiran sempit, depa stereotaip, depa bersangka buruk, depa ingat depa lebih baik. Sebelum kita kutuk siapa-siapa yang kita label stereotaip atau buruk sangka, ceklah dulu betul ke tak apa yang depa cakap.

Benda macam ni dah jelas. Allah yang ciptakan kau, jadi Dia lagi tahu apa tujuan Dia suruh kau ikut cakap Dia. UNLESS kau nak berfikiran ala-ala Theory of Knowledge/ Philosophy/ Psychology/ Ethics whatever dan persoalkan kenapa Tuhan suruh kau ikut cakap Dia, itu kes lain dah. Itu kes aqidah/ pegangan/ kepercayaan kau. Itu kes hati kau. Itu kes ego kau. Bukan kes stereotaip dah.

...Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka. (as-Saff: 5)

Na'uzubillahi minzalik. Semoga Allah memelihara hati kita semua.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (al'i-Imran: 8)

Amin.



PS: Suka tahu kenapa Islam itu agama yang relevan sepanjang masa, sempurna, dan logik diterima. Jadi post ni mengingatkan diri ni sendiri supaya jangan poyo sangat nak persoalkan segala benda yang mungkin berbunyi riak dan takabbur.

PS2: Ya Allah, janganlah kau palingkan hatiku dari-Mu, ya Allah. Penulisanku ini hanya untuk mengingatkan diriku sendiri dan sahabat yang lain, ya Allah.

Saturday, March 13, 2010

Duibuqi...

...because I naturally and permanently suck in socializing.

Haha. Statement yang sedih.

I need to marry someone who can talk. Lol.

That is, if I ever get married la.

Ego sungguh statement. Lol. Tengok-tengok aku yang kahwin awal.

I hope that person doesn't arrange any kind of matchmaking for me when I get home soon. Aku lari dari rumah kang baru tahu. -_-'

Thursday, March 11, 2010

Have some manners, please

Assalamualaikum.

Kesian Laoshi aku (Laoshi: guru/cikgu/teacher dalam bahasa mandarin). She didn't look too happy today in class. In fact, she didn't smile at all. A very rare sight of a usually genuinely-smiling teacher.

Ni semua mamat kuang hajaq tu punya pasal.

Isnin lepas, aku ada kelas mandarin macam biasa. Ada satu part tu, kitorang kena sebut apa yang di display kat skrin projektor. Biasa la nak belajar bahasa kan memang la merangkak-rangkak sikit. Laoshi tu nak kitorang yang sebut dulu perkataan tu. Lepas tu baru dia sebut sebutan yang betul. Kiranya macam dia nak kitorang cuba dulu. Tak mahu la terus-terusan suap macam ajar budak darjah 1.

Tapi tengah-tengah laoshi mengajar tu, tiba-tiba seorang mamat ni angkat tangan dengan muka menyampah dan bersuara:

(translated from English) "Kenapa kamu tak sebut perkataan tu, lepas tu biar pelajar lain ikut? Itulah caranya nak belajar bahasa pun. Kalau kamu terus buat macam ni, macam mana pelajar nak tahu yang mana betul dan yang mana salah?"

Masa tu SEMUA ORANG terdiam. Termasuklah Laoshi yang agak tergamam dengan soalan kuang hajaq mamat tersebut. Aku yang duduk betul-betul belakang mamat tu memang terasa macam nak penyepak kepala dia.

Bayangkanlah dia cakap tu depan semua orang, dengan suara menyampah dan lantang. Beb, kalau kau jadi cikgu dan pelajar kau cakap macam tu, apa kau rasa?

Jadi, saja nak ingatkan kawan-kawan yang belajar kat US terutamanya. Walaupun kita berada kat negara yang mana budayanya menganggap semua orang adalah "equal" (contohnya panggil cikgu pun dengan first name je, tak payah nak ber"teacher-teacher"), tapi kita kena masih jaga tatasusila kita sebagai orang timur/ Malaysia/ Melayu/ Islam.

Aku tahu mesti ramai antara korang yang dulunya mungkin malu-malu nak cakap dalam kelas (aku la tu, even sampai sekarang pun -_-'), tapi sejak datang US dah ada sedikit keyakinan nak bersuara. Yakin nak bertanya, yakin nak bercakap bahasa Inggeris khususnya, yakin nak menjawab soalan, dll. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya tu satu budaya baik yang kita kena bawa balik nanti. Budaya yang harus disebarkan di kalangan orang Melayu yang bersifat pemalu.

Tapi jangan lupa, kita masih kena jaga adab. Terutamanya adab dalam menuntut ilmu.

Jangan sekali-kali kurang ajar. Walaupun yang mengajar kita tu mungkin bukan Muslim (yang mana di US majoritinya adalah bukan Muslim), tapi kita masih kena hormat orang tu sebagai guru.

Aku tahulah korang takkan buat macam yang mamat tu buat. Yela, kata anak Melayu kan. Budaya kita memang melatih untuk hormat orang yang lebih tua pun. Kan? Kan? Ke tak betul? Hehe.

Tapi sajalah nak mengingatkan. Tak baik melukai hati seorang guru, hatta orang kafir sekali pun. Masa kat US ni la kita nak tawan hati depa dengan peribadi dan akhlak seorang Muslim yang baik. Tawan hati supaya depa nampak keindahan Islam, bukan tawan hati untuk bercinta ye. Tawan hati untuk berkahwin tu tak tahu la pulak macam mana, haha. Gdk! :D




PS: Mengingatkan diri sendiri jugak!

Tuesday, March 9, 2010

Zikrulmaut

Assalamualaikum.

Tak kisah la kalau nak kawan banyak-banyak dengan mat saleh pun.

Ke orang Korea ke. Orang China ke. Orang Jepun yang comel ke. GDK! :D

Tapi janganlah ban orang Melayu terus. Tak nak kawan rapat takpelah, yang penting jangan benci. Jangan tarik muka masam, langsung tak nak layan baik-baik, malahan layan macam sampah. Macam tunggul kayu.

Jangan berlagak sangat hari ni.

Nak tahu sebab apa?

Sebab kalau Allah takdirkan kita mati kat sini, siapa je pun yang tinggal untuk uruskan jenazah kita.

Tak kan nak harap si Jepun kot.

Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Harap maklum.



PS: Sabar Nina, sabar. Doakanlah kebaikan dia. Dia pun ujian jugak tu. Sabar yeh! *tersenyum dengan paksa*

Monday, March 8, 2010

Talk Me Down II

...'cause we fought an endless war
'til we forgot what we were fighting for
now we can't stop
but we can withdraw
in the long night

Saturday, March 6, 2010

Ketidaksempurnaan

You have to handle things with maturity.

The problem arises when the person you're dealing with is immature.

Tak matang sampai ke sudah. A never-ending immaturity.

Susah nak berurusan dengan orang macam ni.

Sudah tentu ada kadangkalanya kita pun tak sengaja dahulukan emosi. Tak sengaja buat silap. Biasalah tu.

And sometimes you think that forgive and forget are the best two things that you could ever do.

Senanglah, tak payah nak berkejar-kejaran di akhirat kelak. Semua "hutang" dilangsaikan terus di dunia. Sama-sama memaafkan dan meminta maaf.

Tapi bila salah satu pihak tak redha atas perbuatan pihak yang satu lagi, tu yang masalahnya.

And sometimes they intentionally behave in an ill-mannered way just to show you how much they hate you.

Susah kita nak elak rasa marah tu. Cukup susah.

Rasanya semua orang pernah alami situasi ni, kan?

Ingatkan diri:

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
- Hadith riwayat Bukhari

Jangan benci dia. Biar dia benci kita. Tapi kita sayang padanya.

Doakannya. Moga terbuka pintu hatinya untuk memaafkan kita.



PS: dah bosan membenci. hati tak tenang.

Thursday, March 4, 2010

All-black Today

I enjoyed the silence.

I guiltily enjoyed the silence, anyway.

Maybe I should stay away from now on.

Stay away as far as I possibly can.

Because deep inside I know, at one point, I won't be able to take it anymore.



PS: Tajuk takde kena mengena dengan post. Haha. Maybe I shouldn't have worn black this morning. Semua orang macam cuak je. GDK! (Gelak dengan kuat: malay version of LOL)