Marit Larsen & Marion Raven. They were once known as M2M. Hihi comelkan diorang?
Diorang ada satu lagu ni tajuk dia "The Day You Went Away". I think that's one of the best pop songs ever, and it's been my all-time favourite.
Ada satu line dalam lagu tu berbunyi:
Why do we never know what we've got 'til it's gone?
Ohoh. Selalu la terfikir. Kenapa eh kita tak pernah realise apa yang kita ada sampailah satu masa kita dah kehilangan benda tu?
Hm. Sebenarnya aku takde la nak complain apa sangat pun. Memang manusia macam tu kan.
Tapi sejak dua tiga menjak ni... I started to feel as if reality hits me hard.
Dulu, orang tu selalu cari aku. Selalu ada bila aku perlukan dia. Kalau aku tak perlukan dia pun, dia akan tetap ada. Dia selalu ada masa untuk aku, tak kira dia sibuk macam mana pun.
But now I feel like the gap is there. And it's widening, with each day passes.
Dia, knows a lot of things about me. But now I don't think dia knows me anymore. I don't think I know dia either.
Kalau tanya orang lain, mungkin orang lain akan cakap... ala biasalah tu. Manusia ni bukannya guardian angel kita ke apa kan. Kadang-kadang kita rapat dengan orang tu. Sampai satu masa, kita akan berjauhan. Sampai masa yang lain, kita mungkin dah tak sama macam dulu.
Masalahnya, dulu aku ada perasaan yang dia memang akan ada kaitan dengan hidup aku buat masa yang lama. Macam orang kata, "jodoh kuat" la. Nak kata kat sini, jodoh tu tak semestinya bermaksud kahwin.
Rasanya dulu, ada beberapa kata yang dilafazkan (pergh dilafazkan). Tapi aku tak tahu la dia anggap benda tu main-main ke, atau memang janji dia ke. Aku pun takde la tiba-tiba nak pergi kat dia dan tanya "do you really mean it?". Takde kerja namanya tu (ego pun ye jugak).
Mungkin salah aku jugak la kot. Sebab mungkin dulu aku tak pernah tunjuk yang aku appreciate kehadiran dia dalam hidup aku. Mungkin sebab tu, sekarang dia makin jauh hati... atau dia dah jumpa seseorang yang boleh ganti tempat aku, yang lebih, you know, worth it.
Aku pun bukanlah jenis yang bermanja-manja nak tanya "kenapa kau macam pelik dah sekarang ni?". Dulu pernah la tanya dia soalan yang lebih kurang "kau ok tak ni?", dan eventually aku akan dapat tahu jawapan.
Tapi sekarang ni... masing-masing macam cuba mengelak antara satu sama lain.
Hmm.
By the way, aku tak nak ada sesiapa tersalah faham mengenai pos aku ni. Jadi aku cakap awal-awal yang pos ni tak ada kaitan dengan housemate ke, kawan-kawan universiti ke, kawan-kawan sekelas ke.
Pos ni, lebih kepada kisah kawan lama. Bila kata kawan lama tu, bukanlah bermaksud pakwe ke crush ke ex-boyfriend ke... walaupun pos ni bunyi macam jiwang. Haha.