Sunday, January 26, 2014

the truth

Mula-mula rasa susah.

Rasa banyak sangat halangan.

Yang lagi sedih, akhirnya tak dapat apa-apa jawapan.

Yang lagi double sedih, wajah-wajah itu yang penuh pengharapan.

Susah.

Tapi yang kali ni rasa dipermudahkan sejak mula.

Setiap satu urusan memang lancar sejak dari detik pertama.

Yang syukurnya, rasa seronok dan suka.

Semuanya terasa indah, seakan-akan penantian selama ini telah diberikan penghargaan dari Yang Paling Tinggi di atas sana.

Sehinggalah, sampailah, hadirlah satu saat itu.

Satu saat yang semua perkara sebenar diceritakan.

Di sini terduduk, termenung sendiri.

Ada rasa keliru, ada rasa gelisah.

Rasa satu beban berat menghempap di ubun-ubun kepala.

Impian semua manusia mahu dijulang dan diangkat manusia lain.

Harapan semua manusia mahu dihargai dan dipuji manusia lain.

Tetapi apa gunanya julang tinggi itu kalau diri sendiri tahu tidak mampu untuk menggalas satu tanggungjawab yang jauh lebih besar?

Apa gunanya puji dan puja itu seandainya diri sendiri sedar langit itu sebenarnya nun di atas sana, tidak tergapai dek tangan?

Di sini masih terduduk, berfikir sendiri.

Terkeliru apakah ini nikmat kesenangan atau ujian di sebalik kesenangan.