Sunday, November 29, 2009

Nyumm

Assalamualaikum.

Aku rasa semua orang penat baca post-post yang depressed je kat blog ni kan. Aku pun penat jugak baca. Haha. Sebenarnya bukan la sampai tahap depress, tapi ni la tempat aku release tension pun. Yang lebih menambah tension, kalau aku nak tulis pasal siapa-siapa, aku kena tapis habis-habisan.

Rasa macam dah takde guna la pulak tulis blog. Kalau tak nak orang lain baca, buat apa buat blog, ye tak?

Tapi tadi sangat happy makan nasi impit dengan rendang ayam dengan sambal udang. Waaaaaaalah! :D



PS: Banyak maok madah. Kmk mauk madah rah fb pun dah sik boleh. Ada jak gago. Rah sitok pun sikda privasi. Lejuk gilak la cam tok. Kenak hidup tok banyak miak kecik gago jak? Sidak nya nang sik pandey faham orang lain. Asyik maok kmk faham nya. Ingat nya jak boleh buat camya? Nya sik nangga gik kmk emo cam ney. Aaaaa.

Friday, November 27, 2009

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum.

Korban itu banyak caranya. Bukan setakat korbankan harta.

Biarlah hidup kita ni bermakna. Bermakna untuk orang lain dan diri sendiri.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Sunday, November 22, 2009

Bukan Hanya Bicara...

Assalamualaikum.

Mak aku selalu pesan hidup ni kena berlebih kurang, terutamanya jika kita berkongsi sesuatu dengan orang lain. Contohnya, kongsi rumah ke, bilik ke, dorm ke, dan sebagainya. Selalunya kita jarang dapat housemate atau roommate yang sekepala dengan kita. Kalau dapat, tu dah kira bernasib baik.

Biasanya akibat ke-tidak-sekepala-an inilah yang menyebabkan ada yang terasa hati. Tak kurang jugak yang sakit hati. Kadangkala masalah kecil je, contohnya roommate tak tutup lampu. Ataupun housemate suka hempas pintu. Atau tak basuh pinggan ke, periuk ke. Selalunya kita tahu yang benda remeh-temeh sebegitu tidak perlu memeningkan kepala kita. Tapi bila selalu sangat berulang, kesabaran kita akan tercabar. Api kemarahan kita akan mula dicucuh oleh syaitan.

Semua orang pernah dan akan merasa begitu. Perbezaannya ialah cara kita mengatasi rasa marah dan bengang tersebut. Yang mana kita dahulukan... emosi atau akal?

Apabila hidup dalam masyarakat, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis manusia. Ada sesetengah orang fikir dia je yang betul memanjang. Tak pernah mahu mengalah. Dialah yang betul, orang lainlah yang selalu salah. Ada sesetengah orang pula lebih suka mengalah. Tetapi dalam hati, simpan terlalu banyak perasaan geram. Ada satu golongan lagi yang lebih neutral. Bertindak dengan waras, menegur apabila perlu dan tidak lekas melatah apabila ditegur. Golongan ini yang paling susah untuk didapati. Majoriti dari kita adalah yang pertama tadi... iaitu selalu fikir kita betul dan orang lain selalu salah.

Come to think of it. Kita semua manusia. Dan sebagai manusia, kita tidak sempurna. Apabila sudah dikatakan tidak sempurna, maka kita akan selalu melakukan kesilapan. Kita banyak membuat silap sebenarnya. Perkara ini berlaku sama ada kita sedar atau tidak. Jadi, apabila berlaku masalah dengan orang sekeliling kita, dan sebelum kita tuding jari kat siapa-siapa, kita perlu lihat kembali diri kita. Apakah kita terlalu sempurna untuk menyalahkan orang lain? Apakah kita tidak pernah melakukan salah terhadap orang yang kita marah itu?

Dalam Islam, konsep musyawarah itu penting. Musyawarah itu bukan dalam berdakwah je. Tapi boleh diaplikasi dalam hidup seharian. Kalau ada apa-apa masalah, bawa berbincang. Kesepakatan bersama itu yang diperlukan. Dan yang paling penting, selesaikan masalah itu secara profesional. Jangan mudah terasa hati sekiranya ada orang suarakan sesuatu yang tidak disenangi kita. Jangan cepat melatah sekiranya ada orang yang beri pendapat yang seolah-olah mencabar kita.

"Apa yang kau tahu? Duduk sini pun baru 3 bulan, dah nak berlagak macam tempat ni kau punya."

Tidak. Kita tidak mahukan ini. Kita tidak mahu emosi dan ego yang menguasai bicara, tetapi kita mahu akal dan rasional yang mengawalnya.

"Ingat senang ke nak bawak berbincang? Kau cakap senang la..."

Haha. Ya. Inilah masalah yang paling besar. Kekangan yang paling utama. Semua orang pun alaminya. Bukan mudah nak kumpulkan semua orang, nak bawak berbincang secara serius, nak selesaikan secara profesional. Ya, memang susah.

Tapi sampai bila? Sampai bila masalah itu perlu berterusan?

Kalau berdiam diri, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila.

Jadi pilihlah satu antara dua. Selesaikan masalah, atau kita terus dibelenggu masalah.

Sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu hilang sabar. :)

Sunday, November 15, 2009

Finite Series

I've been trying to stay patient for these almost 3 months.

"La taghdhob?"

My patience does not diverge to infinity.

And I'm serious.

Saturday, November 14, 2009

If I Let You Go

Assalamualaikum.

"Nina, kau tahu tak... I'm so grateful to be here."

I've heard that sentence for so many times. And I've told myself the same sentence for so many times to convince myself that this is what I wanna do and this where I want to be. But that was the first time that sentence struck me like a lightning.

Aku masa tu terdiam kejap.

On the way balik rumah, aku hanya terfikir apa yang Asilah cakap tu. And it did trigger a question in my mind:

"Adakah aku redha terhadap diri sendiri untuk berada di sini?"

It's not easy to let go of the past. It'll be haunting you no matter how hard you try to forget it. And when people don't understand, it gets even harder. That's why I didn't really bother to tell too many people about it, because I know I'll end up getting more annoyed by their fake responses.

But I realised it is what makes me even stronger than ever. I know those people are also leaving their families to be at wherever they should be, but I know they didn't leave in such situation in which I did.

When I see other spoilt people, I came to a realisation that they didn't go through much of those things just yet. And I realised that ujian makes us become mature, and stronger.

To see that she'd started having less and less hair on her head would shatter my heart into pieces. But eventually I know that it somehow has made the both of us really strong. It sure would be hard, but love can build a bridge.

I know Allah is going to stay with me, no matter what happens. He knows best. He is The One who knows what's the relevance of all of these.

I need to let go of the past. But that doesn't mean I have to let go of what I'm having right now.

Yes, I'm grateful to be here.

Monday, November 9, 2009

Miss You When I'm Dreaming

Di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapimu penuh girang
bak si kecil kehilangan...


Ya Allah,
aku pohon pada-Mu,
permudahkanlah urusannya,
tenangkanlah jiwanya,
kuatkanlah imannya,
tabahkanlah hatinya,
janganlah kiranya ketiadaanku di sisinya ketika saat ini akan menambah luka padanya,
aku cinta padanya, ya Allah.

I only
miss you when I'm dreaming
that's why I don't wanna close my eyes

Monday, November 2, 2009

Thanks...

Assalamualaikum.

I think you know I'm not the kind of person who stays up after Subuh on weekend.

I wouldn't have waited for you for the whole day if it's not so important.

You know what?

I'd appreciate a little smile from you, if you don't mind.