Sunday, November 22, 2009

Bukan Hanya Bicara...

Assalamualaikum.

Mak aku selalu pesan hidup ni kena berlebih kurang, terutamanya jika kita berkongsi sesuatu dengan orang lain. Contohnya, kongsi rumah ke, bilik ke, dorm ke, dan sebagainya. Selalunya kita jarang dapat housemate atau roommate yang sekepala dengan kita. Kalau dapat, tu dah kira bernasib baik.

Biasanya akibat ke-tidak-sekepala-an inilah yang menyebabkan ada yang terasa hati. Tak kurang jugak yang sakit hati. Kadangkala masalah kecil je, contohnya roommate tak tutup lampu. Ataupun housemate suka hempas pintu. Atau tak basuh pinggan ke, periuk ke. Selalunya kita tahu yang benda remeh-temeh sebegitu tidak perlu memeningkan kepala kita. Tapi bila selalu sangat berulang, kesabaran kita akan tercabar. Api kemarahan kita akan mula dicucuh oleh syaitan.

Semua orang pernah dan akan merasa begitu. Perbezaannya ialah cara kita mengatasi rasa marah dan bengang tersebut. Yang mana kita dahulukan... emosi atau akal?

Apabila hidup dalam masyarakat, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis manusia. Ada sesetengah orang fikir dia je yang betul memanjang. Tak pernah mahu mengalah. Dialah yang betul, orang lainlah yang selalu salah. Ada sesetengah orang pula lebih suka mengalah. Tetapi dalam hati, simpan terlalu banyak perasaan geram. Ada satu golongan lagi yang lebih neutral. Bertindak dengan waras, menegur apabila perlu dan tidak lekas melatah apabila ditegur. Golongan ini yang paling susah untuk didapati. Majoriti dari kita adalah yang pertama tadi... iaitu selalu fikir kita betul dan orang lain selalu salah.

Come to think of it. Kita semua manusia. Dan sebagai manusia, kita tidak sempurna. Apabila sudah dikatakan tidak sempurna, maka kita akan selalu melakukan kesilapan. Kita banyak membuat silap sebenarnya. Perkara ini berlaku sama ada kita sedar atau tidak. Jadi, apabila berlaku masalah dengan orang sekeliling kita, dan sebelum kita tuding jari kat siapa-siapa, kita perlu lihat kembali diri kita. Apakah kita terlalu sempurna untuk menyalahkan orang lain? Apakah kita tidak pernah melakukan salah terhadap orang yang kita marah itu?

Dalam Islam, konsep musyawarah itu penting. Musyawarah itu bukan dalam berdakwah je. Tapi boleh diaplikasi dalam hidup seharian. Kalau ada apa-apa masalah, bawa berbincang. Kesepakatan bersama itu yang diperlukan. Dan yang paling penting, selesaikan masalah itu secara profesional. Jangan mudah terasa hati sekiranya ada orang suarakan sesuatu yang tidak disenangi kita. Jangan cepat melatah sekiranya ada orang yang beri pendapat yang seolah-olah mencabar kita.

"Apa yang kau tahu? Duduk sini pun baru 3 bulan, dah nak berlagak macam tempat ni kau punya."

Tidak. Kita tidak mahukan ini. Kita tidak mahu emosi dan ego yang menguasai bicara, tetapi kita mahu akal dan rasional yang mengawalnya.

"Ingat senang ke nak bawak berbincang? Kau cakap senang la..."

Haha. Ya. Inilah masalah yang paling besar. Kekangan yang paling utama. Semua orang pun alaminya. Bukan mudah nak kumpulkan semua orang, nak bawak berbincang secara serius, nak selesaikan secara profesional. Ya, memang susah.

Tapi sampai bila? Sampai bila masalah itu perlu berterusan?

Kalau berdiam diri, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila.

Jadi pilihlah satu antara dua. Selesaikan masalah, atau kita terus dibelenggu masalah.

Sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu hilang sabar. :)

2 comments:

NHAR said...

hahaha...
aku pun rasa macam tu juga..
tapikan
aku rasa aku je yang ada masalah ngan housemate
housemate aku tak kot masalah ngan aku..
sebab apa???
aku kan KAKAK... hahaha

Ainina Rosman said...

"aku rasa aku je.." kau nak tulis "kau" ke? haha. can't wait to move out next year.