Friday, August 24, 2012

there's no better word than alhamdulillah

Alhamdulillah... sampai jugak bungkusan yang penuh dengan kasih sayang ni dari tanah air.

Punyalah risau, takut-takut tak sampai (sebab ada makanan & Mak aku tak declare haha).


"Orang kat post office tu tanya Mak, ada makanan ke, Mak cakap takde. Semoga Allah ampunkan Mak."

Wuuu suka buat ai sentap kan Mak? Hahaha. Sayang Mak.

Selain dari lambat sampai, bungkusan ni sampai ke alamat rumah lama aku (walaupun aku dah suruh dia hantar ke alamat baru tapi mat saleh memang tak faham bahasa kot).

Last2 aku pergi pick up sendiri kat post office, yang main road dia bizi nak mampus and aku memang dah cuak kalau2 syahid kena langgar lori tadi. T_T

(noob sangat nak lintas jalan pun tak reti)

Tapi bila dah pegang parcel tu memang peluk macam bantal busuk bawak balik rumah hahaha.

Alhamdulillah. Sanggup Mak Ayah susah2 cari barang dan hantarkan.

Ya Allah, sayangilah Mak Ayah.


Ni lah board yang dah lama beli tapi kertas2 yang serabut sampai berhabuk kat atas tu dah dibukak dan diganti dengan koleksi tag nama (hahaha) dan jugak gambar ayahanda bonda serta adinda.

Dan ada poskad yang belakang dia ada gambar lelaki New Zealand pakai cawat hahahaha mak ayah aku sengaja hantar sebab nak bagi aku gelak.

Dengan bertukar wajah board ni harap2 bertukar la perangai pemalas untuk menjadi lebih rajin (whattt?).

Tengok dua wajah yang penuh harapan tu jela motivasi untuk terus belajar... kalau orang lain letak gambar boyfriend kan, kuikuikui. Orang takde boyfriend kena la buat cara single :B (you: duhhh tak habis2 cakap pasal ni) hahahaha.

Alhamdulillah. Settle jugak kelas2 summer. Lepas ni dok risau kelas next sem pulak. Tapi takpe la, sebelum bukak sem kita rilek2 dulu... dah bukak sem baru kelam kabut cari buku hahahaha.


Raya, raya...

Haha secara jujurnya aku deep down ada la jugak rasa sayu tu sebab tak boleh balik beraya tahun ni.

Tapi disebabkan aku rasa bosan baca update orang yang tak boleh balik dan asyik endlessly buat status2 sayu, aku pun malas la nak kecoh2 sangat.

Control macho jela. Kalau orang tanya, jawab jela tak balik. Hahaha.

Lagipun ramai je yang beraya kat sini, jadi takde la bajet sayu sangat kot.

Alhamdulillah. Syukur la Allah bagi nikmat beraya kan. Meraikan hari kemenangan (walaupun puasa tak cukup 30 hari, nak wat guane haha).

Seronok je raya sini sebenarnya... because you have your friends around. Kawan2 yang semua pandai2, pandai masak, baik hati, tak berkira.

Jadi sebenarnya tak layak pun nak complain sangat kan. Allah dah pertemukan dengan orang2 yang baik. :)


Alhamdulillah... diam tak diam, umur dah 23 tahun. (ok, gambar agak random di situ)

Nikmat Allah yang sangat endless dan langsung tak boleh nak di list semuanya.

Alhamdulillah, banyak benda aku dah belajar dalam hidup ni, and there's much more to come.

Selalu aku dok terfikir (ok ni confession), kenapa la aku kurang dari segi tu, kurang dari segi ni... kenapa la orang lain lebih pandai, lebih cantik dan lain2 (especially bila kau duduk di kalangan kawan2 yang pandai dalam segala2nya memang sangat pressure la ye, haha).

Tapi bila fikir balik, ya Allah, kenapa la aku tak pernah merasa cukup. Allah dah bagi nikmat macam2, tak terkira, tu pun dok nak banding dengan orang lain lagi.

Padahal ramai je yang berharap mereka berada di tempat aku (atau korang) sekarang.

Alhamdulillah. Nikmat Allah tu sangat luas dan sangat banyak. Terlalu melimpah ruah. Sama ada kita bersyukur atau tak je.

Alhamdulillah.

- - -

"...but it was nice loving you, regardless."

-- Bazli in Dejavu di Kinabalu

(ok aku mengaku aku tengok cerita tu sebab Nazim Othman hensem)

Thursday, August 2, 2012

Green Day 5, 7, 13

Day 5: Pulut Panggang (failed attempt)

Selama ni kalau kat Msia, akulah satu-satunya manusia yang akan balun banyak gile pulut panggang ni kat rumah... orang lain memang makan sikit je.

Tapi sekarang baru aku realise betapa banyak santan & kelapa parut yang
digunakan untuk membuat pulut panggang ni -.-

First attempt yang tak berapa berjaya (banyak benda tak jadi).

Tak sepatutnya masak pulut guna microwave... susah nak agak bila dia dah masak.

Daun pisang tu patut kena lebih layu tapi kalau kau tengok tu macam segar bugar je kan hahaha sebab dapur aku tak guna apilah!!

Penat buat benda ni, mungkin ni kali pertama & terakhir aku buat. Lol.

Unless ada orang lain nak tolong :B

Day 7: Kuih Bakar

Sebenarnya senang je nak buat kuih ni rupanya... cuma kena pastikan kau mempunya stok daun pandan yang berkati-kati haha.

Otherwise kau terpaksa guna coloring hijau sikit (tak sihat, haha).

Aku rasa aku buat cair sangat, bake dalam oven hampir 2 jam pun dia still lembik lagi -.-
(padahal dalam resipi kata bakar 10 minit je... what the heaven)

Anyway, rasa-wise, memang nostalgic. Terubat kempunan hehehe.


Day 13: Kuih Ketayap

Sebenarnya kuih ni aku takde lah minat sangat sebab dia terlalu manis... aku pun tak berapa suka kuih yang lebih banyak inti daripada kulit.

Tapi tiba-tiba teringin buat sebab masa aku kecik-kecik dulu mak aku selalu buat,
jadi agak nostalgia lah di situ hehe.

So alang-alang rindu kat rumah & family, aku buatlah dengan rela paksa.

(mode: sentimental)

Yang kelakarnya, dulu aku akan un-roll kuih tu dan keluarkan inti lalu makan kulit dia je hahahaha lepas tu akan dibisingi oleh mak aku sebab telah hilang function inti kuih tersebut.

Anyway I opted for healthier choice by using milk instead of santan (cewah).

Dan intinya of course kurang manis... baru best. Hehe.

---
Ok aku macam dah jadi makcik-makcik yang tulis pasal masakan kat blog!!
Hahaha. Semua resipi boleh dicari di myresipi.com.

Renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia!

Wednesday, August 1, 2012

keluh kesah


setiap kali mahu letakkan titik penamat
setiap kali itu akan terhenti sendiri

mengapa mudah sangat memberi ampun?

atau mungkin memang selama ini buta menilai?
gagal melihat menerusi kaca mata orang lain?

mungkinkah tidak terbanding semuanya itu?

atau perlu sekadar menunggu kepastian akhir dari Tuhan?