Alhamdulillah... selamat kembali dari kembara mencari cinta yang paling agung. Rasanya ni pertama kali aku travel sejauh dan selama ni.
Banyak kali rasa tak puas sebab stay kat setiap tempat tu terlalu kejap, dan masa terlalu banyak habis dalam kereta... tapi alhamdulillah. Syukur. Allah bagi rezeki untuk tengok bumi Dia.
Dalam semua tempat yang aku berkesempatan pergi, aku rasa tempat ni paling best:
 |
| Grand Canyon, Arizona |
(untuk mengekalkan keaslian warna dan kebolehan kamera aku yang hanyalah seketul digital camera kecik dan bukanlah sebijik kamera dslr, aku tak edit dan men-touch-up gambar ni)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
(Ali-Imran: 190-191)
That place is so wide, so deep, so beautiful, so amazing, so perfect.
Bila kau dah nampak sendiri dengan mata kepala kau, kau akan terfikir yang mustahil benda sehebat tu akan terjadi dengan sendiri. Kau akan lebih yakin mesti ada satu kuasa yang jauh lebih hebat yang cipta tempat tu.
At that point kau akan terfikir yang betapa ruginya orang yang tak percaya Tuhan tu ada dan tak mahu ikut apa yang Tuhan suruh.
Seriously.
Takde la aku suruh semua orang pergi tempat tu baru boleh feel kan... cuma kita ni selalu sangat lupa yang kita ni kecik je sebenarnya. Kuasa Tuhan tu jauh lebih besar dan hebat.
Tak payah nak pergi jauh2 pun takpe. Tengok diri kita sendiri pun dah cukup. Betapa hebatnya kuasa yang menciptakan kita.
See, berapa banyak kali dah aku ulang perkataan hebat. Sebab Allah tu memang maha hebat. Terlalu sangat amat hebat. Jadi manusia yang turn away from Allah memang rugi la.
Pointnya sekarang senang je... kalau Tuhan suruh, buat la. Kalau Tuhan larang, jangan buat. Kita manusia, ada akal, Allah beri akal untuk kita fikir.
Jadi jangan bazir kemampuan akal untuk bagi alasan/reasoning untuk bantah apa yang Tuhan suruh. Atau jangan cabar atau main2 kan hukum yang Allah dah tentukan.