Saturday, February 2, 2013

speak... and withdraw

website = laman sesawang

Memang dah literally bersawang dah la blog ni.

Terasa tergerak nak bermadah bicara dan bermain kata hari ni. Cewah.

Satu.

Pernah tak dengar, kata-kata tu kadang-kadang lebih tajam dari mata pedang?

Senda gurau mahupun teguran, masing-masing punya had.

Ada sesetengah perkataan macam kelakar pada zahirnya, tapi menghina pada batinnya.

Ada perkara boleh dibawa bergurau mengikut situasi, tapi tidak semua manusia itu sama tahap sensitivitinya.

Ada sesetengah benda kita rasa macam nak "confront", macam nak settle kan, biasanya sebab kita nak selesaikan masalah.

Tapi tak semua tahu yang bila nak selesaikan masalah, bertanya soalan itu lebih wajar berbanding menyatakan sesuatu yang kita belum pasti kebenarannya.

Dua.

Tahu tak, manusia itu in general memang pentingkan diri? Even aku pun. Kau pun. Semua pun.

"Nobody wants to be selfish, but everybody is."

Fakta. Sebabnya, kita lihat dunia dari kacamata kita sendiri. Apa-apa yang orang lain buat yang tak kena dengan diri kita, kita akan lihat orang tu pentingkan diri.

Tiga.

Pernah dengar tak orang cakap, kepercayaan adalah satu benda yang kau kena ambil masa untuk bina tapi mampu dimusnahkan dalam masa beberapa saat? Malahan milisaat atau mikrosaat?

Mungkin possible untuk meminta maaf dan memberi kemaafan... tapi benda yang dah jadi takkan boleh di-undo.

Last. 

Memang aku rasa luahan dan cerita yang tak perlu tu aku takkan tulis.

Tapi mungkin sebab apa yang dah jadi buat aku agak......... sedih, I guess,

maka wujud la pos ni untuk mengingatkan diri aku yang aku pun sebenarnya banyak buat silap kat orang lain.