Jeng jeng jeng. Imam Muda. Topik paling hot kebelakangan ni.
Saya bukan nak komen atau beri apa-apa pandangan mengenai rancangan tersebut. Tak nak puji, tak nak kritik. Sebab saya tak ikuti sangat rancangan tu. Sebenarnya saya bukan jenis yang rajin ikut mana-mana rancangan di TV, baik dalam bentuk hiburan mahupun dalam bentuk keagamaan. (kalau kebetulan lalu depan tv, layan jela. i'm that kinda person) Jadi, saya tak ada hak nak beri apa-apa pandangan sebab saya memang tak tonton pun.
Yang saya tahu, dua finalisnya adalah Hizbur dan Asyraf. Betul?
Yang saya tahu, rancangan ini mendapat perhatian media antarabangsa. Itu yang saya baca di surat khabar. Semua komen yang diberi, semuanya yang baik-baik. Betul?
Dan yang saya tahu, ramai yang suka dengan rancangan itu. Oh -- dan tak kurang juga yang mengkritik.
Biasalah tu. Kalau nak buat benda baik, tak sah kalau tak ada orang yang sakit hati.
Saya tertarik nak meng-YouTube balik episod pertama Imam Muda. Saja nak tengok macam mana depa jalankan program itu. Macam biasa, ada segelintir manusia biasa dan manusia cerdik pandai yang memberi komen di bawah video tersebut.
Dan seperti yang saya jangkakan, tak sah kalau tak ada orang yang sakit hati.
Kalau nak tahu apa yang depa komen, anda boleh YouTube sendiri. Saya tak berapa cukup ruang dalam blog ini untuk memuatkan komen yang cetek dan sempit yang telah dipos oleh beberapa golongan "bijak pandai".
Tapi satu komen golongan ini cukup menarik perhatian saya.
Episod yang saya tengok itu adalah episod pertama, di mana dalam satu scene tu, salah seorang calon Imam Muda memakai jaket yang ada lambang pasukan bola Manchester United.
Ala korang tahu la kan isunya. Lambang MU kan ada gambar setan tu. (isu: lambang MU ada gambar setan. jadi sesiapa yang sokong MU a.k.a pakai jersey yang ada lambang MU, seolah-olah mengagungkan setan itu sendiri. tu dah kira menyekutukan Allah sebab macam sembah setan. blablabla.. you know the whole story) Jadi saudara yang bagi komen tadi macam-macamlah dia kritik. Memang hebat. Daripada scene yang tak sampai berapa saat yang memaparkan jaket merah tersebut, beribu patah perkataan dia boleh komen. Scene yang lain tak ada pulak dia komen.
Agaknya kalau dia ambil exam yang ada soalan "tulis karangan berdasarkan gambar yang diberi", dia boleh dapat A++. Yalah, sebab dia hebat. Macam-macam dia boleh komen daripada scene berapa saat tu.
Saya nak kaitkan dengan satu artikel yang saya baca semalam. Artikel dalam surat khabar tempatan tu sebut pasal lambang MU jugak. Saya kira penulisnya bukanlah seorang yang alim, sebab artikel tu pun berbentuk sebagai cetusan pemikiran yang tidak berjawab, bukan artikel yang membicarakan mengenai hukum.
Penulis artikel itu sebut pasal lambang MU yang ada setan. Dan kemudian kaitkan dengan jersey Liverpool FC yang ada tulis Carlsberg. Dan kemudian kaitkan dengan beberapa lambang pasukan bola yang ada tanda salib (yang saya ingat, dia ada sebut Brazil, Barcelona, etc.). Dia kata, ada pihak yang mengatakan hukum memakai barang yang ada lambang-lambang sebegitu adalah haram. Sebabnya, anda tahu sendiri.
Kemudian dia cakap lagi... apa hukumnya kalau seseorang Muslim itu pergi ke institusi pengajian yang ada perkaitannya dengan agama lain. Sekolah convent, contohnya? Kalau lambang sekolah ada gambar yang tidak sesuai, adakah aqidah mereka yang pergi ke sekolah-sekolah itu sudah terpesong?
Kemudian, cakap pasal movie pulak. Kalau dah lambang setan, arak, salib itu memang jelas haram... maka apa hukumnya kita tonton movie seperti Twilight contohnya? Harry Potter? Twilight itu pasal apa? Vampire. Tahukah kita apa sejarah makhluk yang bernama vampire ini?
Harry Potter? Cerita tentang ahli sihir. Nah, ahli sihir. Anda tahu sendiri.
Nampak tak, sampai ke mana cerita ini berlarutan, hanya bermula dari lambang pasukan bola Manchester United?
Saja nak cakap, apa yang saya tulis ni bukan liberal. Saya masih mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul. Saya tidak memutuskan apa-apa kesimpulan. Saya hanya terfikir mengenai perkara-perkara tersebut.
Yang saya tahu, Islam itu mudah tetapi tidak boleh dipermudahkan. Dan yang saya tahu, apabila yang halal dan haram itu bercampur, maka yang haram akan menang. Baginda juga pernah bersabda bahawa sebaik-baik perkara adalah yang di pertengahannya.
Let me know what you think. I know you guys are smart.

ps: sori la kepada peminat Imam Muda... sebab korang dah habis baca benda ni, aku tak sebut sangat pun pasal rancangan tu, hurhur :P
ps2: ketinggalan zaman ke isu ni? -,- nah. kalau ketinggalan zaman, give me an exact answer.
ps3: sesiapa yang dah jadi kaya esok, kalau nak beli kereta Alfa Romeo, kena fikir dulu...


