Showing posts with label seolah-olah macam puisi. Show all posts
Showing posts with label seolah-olah macam puisi. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

these days

back then
i saw you and i loved you

and now
i know you and i love you even more

Wednesday, August 1, 2012

keluh kesah


setiap kali mahu letakkan titik penamat
setiap kali itu akan terhenti sendiri

mengapa mudah sangat memberi ampun?

atau mungkin memang selama ini buta menilai?
gagal melihat menerusi kaca mata orang lain?

mungkinkah tidak terbanding semuanya itu?

atau perlu sekadar menunggu kepastian akhir dari Tuhan?

Friday, December 2, 2011

Bukan senang... kan?

manusia biasa
tak kebal, tak sempurna
sekali sekala akan terlutut jua
satu tahap akan berkerut wajahnya
satu masa akan menghela nafas sedalam-dalamnya
lalu mata dipejam seketika
kerana rasa pedih yang menyengat tiba-tiba

Monday, November 28, 2011

Lelaki berduka dari Tanah Rencong

Wahai sang laksamana impian kita,

Andai tidak dikhabarkan kedukaan itu...
manakan dapat kita menelahnya?

Andai sepi itu saja tuturnya...
manakan dapat kita mendengar?

Andai luka itu sengaja dikatup...
manakan dapat kita merawatnya?

...

Hokey. Bahana baca novel Laksamana Sunan la ni -_-

Saturday, November 12, 2011

If tomorrow never comes

Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan dapat gaji esok hari

Study lah kamu seolah-olah kamu akan final exam esok hari

Senyumlah kamu seolah-olah kamu akan kahwin esok hari

.
.
.

Dan buatlah paper seolah-olah paper tu due esok hari

T_T

Monday, November 7, 2011

Tuesday, February 8, 2011

Demi Waktu Dhuha

Ya Allah
bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu
kecantikan ialah kecantikan-Mu
keindahan itu keindahan-Mu
kekuatan itu kekuatan-Mu
kekuasaan itu kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu

Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, mudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika masih jauh, dekatkanlah

Ya Allah
berkat waktu dhuha
keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaan-Mu
limpahkanlah kepada kami segala yang telah Kau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Saturday, November 20, 2010

Kisah lepas kelas

Aku menghabiskan ayat terakhir di atas kertas.

*muka senyum-senyum*

*walaupun frust jugak sebab kantoi tak baca buku*

Aku hantar kertas exam.

*hihihi*

Nak pergi Madison Market lah!

*senyum*

*berjalan dengan riang ria*

Eh tapi hari tu baru beli barang. Takkan nak belanja lagi.

*ala kan baru lepas exam. rilek lah bah*

*tapi last week tak ada exam pun kau pergi berjoli jugak*

Ala, tapi cheese kat rumah nak habis dah.

Harus pergi beli jugak la ni.

*jalan jalan jalan*

Wah sejuknya cuaca. Kuatnya angin.

*jalan cepat-cepat*

Alamak lampu berjalan nak padam dah cepat lintasss.

*berlari-lari anak melintas jalan*

*fuh fuh*

Yeay Madison Market!

*hihihi*

Eh tapi jangan beli banyak sangat tau. Baru hari tu kau berjoli.

Simpan la duit sikit beb.

*yelah yelahhh. bisinglahhh.*

*hihihi*

Ok. Dah ambil cheese. Jom bayar.

*weh weh bukan tadi nak ambil macaroni ke?*

*berlari anak ke tempat pasta*

*ternampak benda lain*

*terdiam kejap*

*gigit ibu jari*

Benda tu dah habis kat rumah kan?

*ye kot. kalau tak pun tinggal sikit*

Ambil la. Kang leceh nak datang balik. (menipu. padahal dekat je)

*ambil barang yang tak termasuk dalam list*

*berjalan ke tempat lain*

*ternampak aiskrim*

*terdiam kejap*

Ala ambil jela. Kang teringin.

*hihihi. ambil aiskrim. pilih pilihhh*

*dah pilih. berjalan lagi*

*ternampak kon aiskrim*

Weh, aiskrim kalau takde kon, tak sedaplah.

*ok*

*ambil*

*berjalan-jalan lagi*

*ternampak keropok*

Kau dah habiskan Pringles siang tadi.

*yelah nak ambillah ni*

*ambil keropok*

*berjalan-jalan*

Weh dah dah. Bayar. Kang macam-macam lagi kau ambil.

*ok ok jom bayar*

*berlari lari anak ke kaunter*

Hello! Plastic please!

*ka-ching!*

Oh. Whaddaheck. DUA PULUH DOLLAR?

Hoh.

*keluarkan debit card dengan bergaya*

*swipe swipe*

*tut tut tut tut* (nombor pin)

Have a good night!

*berjalan dengan cepat*

*cepat nak balik rumahhh*

WEH. ROTI KAU TAK BELI LAGI TADI.

*wargh!*

Tak apa, Walgreen ada on the way balik nanti.

*berlari-lari anak ke kedai Walgreen*

*cepat-cepat pergi kat tempat roti*

*tiba-tiba ternampak cereal*

Oh, cereal kat rumah dah nak hab--

*lantas mencapai kotak cereal*

*berjalan ke arah kaunter*

Adoi. Masa ni la ramai orang pulak.

Eh wait. Coklet tu nampak sedap.

*tangan menggapai coklet*

Eh orang juice tu macam best.

*tangan mangambil orange juice*

*dah sampai kat cik kaunter*

I'm great thank you!

Yes receipt in the bag please!

*debit card. hihihi swipeeeeee*

*tut tut tut tut*

*ka-ching!*

OPOCOT KAU DUA PULUH DOLLAR LAGI.



PS: cerita ini mungkin telah di-exaggerate sedikit

Thursday, October 28, 2010

Soundless

My day is your night
It's the difference in the time zone
Spare me the never-ending jet lag
It aches my heart right to the core

We're one thousand light years apart
When one step closer's taken
one heart's gonna get broken

This frown you cause
will never fade away
What a frustration!
Of all the lessons learned
the numbers will never fit in your formula

The red sky is raining
endlessly
But still, unseen
'cause you're inside the building


- Ainina Rosman