Showing posts with label senjata mukmin. Show all posts
Showing posts with label senjata mukmin. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

lesson learnt


O Allah, 
make me better than what they think of me, 
and forgive me for what they do not know about me, 
and do not take me to account for what they say about me.

Monday, July 23, 2012

Day 2 & 3

Ramai orang bising yang terlalu ramai orang upload gambar makanan kat Fb bila bulan puasa ni..

(memang betul pun, gambar orang terus hilang, makanan je ada)

Jadi aku pun nak kecoh jugak pos gambar makanan. Tapi instead of letak kat Fb, where you have no choice but to view the pictures, aku letak kat sini jelah.

So kalau korang tengok dan tiba-tiba perut berbunyi, salahkan diri sendiri. Siapa suruh tengok, hahaha.

Day 2: Keropok Lekor (resipi di sini)


Day 3: Strawberry Oatmeal Muffins (resipi)


Anyway, di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan. Aku tahu bunyi ayat ni poyo, tapi seriously, kalau kau pernah rasa macam nak berubah jadi lebih baik dan tak tahu bila nak mula, bulan ni boleh jadi satu titik permulaan buat kau (dan aku, of course).

Mintak maaf la aku tak ingat siapa yang cakap, tapi bunyi ayat dia lebih kurang: jangan jadikan bulan ni sebagai bulan untuk buat ibadah ritual memanjang tanpa mengubah apa yang ada dalam diri kita.

Kalau selama ni kita tak reti hargai orang lain, lepas ni kita cuba cakap terima kasih setiap kali diorang tolong kita.

Kalau selama ni kita dengar 50 lagu jiwang sehari, lepas ni kita cuba kurangkan jadi 45 ke, yang 5 lagi kita ganti dengan surah-surah pendek macam al-Fatihah, an-Naas, dll.

Kalau selama ni kita tak pernah solat on time, kita cuba set kan time range untuk kita solat, contohnya within 30 minutes lepas azan je kena solat.

Kalau kita ni jenis yang kuat sangat merajuk, lepas ni kurang-kurangkan terasa dan merajuk sebab tak semua manusia boleh fulfill expectation kita.

Kalau selama ni kita suka buka YouTube cari cerita Korea, lepas ni pastikan setiap kali habis satu movie, kita browse lecture Nouman Ali Khan ke atau Ustaz Azhar yang seminit dua tu.

Kalau selama ni ada kawan atau mak ayah ajak solat jemaah ke puasa sunat ke yang kita jawab "takpelah", cuba biasakan diri cakap "orait".

(yang semua ni contoh jelah ye, aku pun dua kali lima je sebenarnya)

Takpe, biar perubahan tu sikit. Sebab yang penting kualiti dan istiqamah.

Ingat, Allah paling suka ibadah yang berterusan. Kalau kau paksa diri kau untuk berubah sedebuk pun boleh, tapi tu susah nak maintain. Biar sikit, asalkan maintain.

Ramadhan is the month where you do extra ibadah to cleanse yourself in and out, bukan sekadar penat-penat tahan lapar, terkejar-kejar 20 rakaat tarawih, atau khatam al-Quran semata-mata.

Hati ni. Hati ni yang penting.

Jangan habiskan ramadhan tanpa ramadhan itu mengubah apa yang ada di dalam diri kita. Kuantiti itu penting, tapi kualiti pun jangan lupa.

Contoh kalau kau ada pilihan nak beli coklat $2 dapat 10 tapi rasa dia kau tak lalu makan, atau coklat $2 dapat 5 ketul je tapi rasa fuhh mantap, atau coklat $5 sedap gilak tapi dapat seketul je dan kalau makan seketul tu tak puas. Yang mana kau nak? Mestilah rasa yang sedap dan kuantiti yang agak berbaloi dengan harga yang reasonable kan?

Jadi.. jom! Jadikan bulan ni turning point untuk kita. Insyaallah. :B

And this post is intended to remind myself, too.

Tuesday, February 8, 2011

Demi Waktu Dhuha

Ya Allah
bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu
kecantikan ialah kecantikan-Mu
keindahan itu keindahan-Mu
kekuatan itu kekuatan-Mu
kekuasaan itu kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu

Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, mudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika masih jauh, dekatkanlah

Ya Allah
berkat waktu dhuha
keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaan-Mu
limpahkanlah kepada kami segala yang telah Kau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.