Tuesday, October 23, 2012

aku memohon keampunan dari Allah

Astaghfirullah al'azim.

Jantung berdebar melihat keberanian manusia mencabar hukum Tuhan.

Aku mengaku aku memang tak pakar dalam bidang agama. Banyak perkara, aku masih jahil.

Tapi andai aku mahu bertanya pun, andai aku mahu tahu pun, aku takkan sesekali sampai ke tahap mempersoalkan hukum Tuhan.

Ilmu manusia itu, setinggi mana, seluas mana, takkan sesekali sampai ke tahap luasnya ilmu Allah.

Akidah itu, andai tergadai, bukan mudah untuk dibeli sesuka hati.

Ya Allah... selamatkanlah kami dari azab-Mu!

No comments: