Assalamualaikum.
Dari Madison, saya ke Denver, Colorado. Kemudian ke Los Angeles, California. Kemudian ke Taipei di Taiwan. Selepas itu terus ke Kuala Lumpur di Malaysia. Belum sempat saya bersenang-lenang, saya terus ke Melaka keesokan harinya. Kemudian pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Keesokannya pula, saya ke Kuantan.
Ya, saya masih nomad seperti dulu. Dan kemudahan internet tidak ada pada saya pada setiap masa.
Saya belum sempat menghilangkan semua kepenatan itu, tetapi saya merasa bahagia. Alhamdulillah. Saya cukup gembira dan tenang sekarang. Segala kekusutan dan masalah, saya tinggalkan di Madison buat sementara waktu.
Untuk beberapa hari ini, biarkan saya membayar hutang cinta saya pada mak saya yang patah hati berkali-kali ketika saya pergi jauh sembilan bulan lalu. Biarkan saya memberi sayang saya pada ayah saya yang selalu menyembunyikan gejolak perasaannya. Biarkan saya menumpahkan kasih saya pada satu-satunya adik saya yang berseorangan menghadapi dugaan itu sejak sembilan bulan lalu.
Jadi, maafkan saya sekiranya saya tidak contact anda buat seminggu dua ini. Saya perlukan masa untuk merawat kembali hati-hati yang pernah saya lukai itu.
Saya masih merasai kepahitan itu. Biarpun sudah hampir setahun, luka itu masih ada di hati saya. Oleh itu berilah saya sedikit masa. Jika saya berdiam diri, tidak bermakna saya tidak mahu bertemu semula dengan sahabat-sahabat saya, jauh sekali mahu melarikan diri dari sesiapa.
Terima kasih! :)
2 comments:
Selamat kembali ke tanah air tercinta... Semoga dengan kepulangan ini dapat meraih sinergi dalam perjuangan apabila menatap wajah-wajah insan yang tidak jemu memberikan kasih sayang walau di mana jua kita berada...
thanks asmaa! :)
Post a Comment