Wednesday, May 12, 2010

Apabila Facebook tidak mati bersama tuannya

Assalamualaikum.

Wahh. Dah lama tak tulis post yang agak "berguna" kat blog ni. :D Almaklumlah tuan punya blog ni selalu tak reti nak hadapi masalah. Asal ada masalah je mula la stress. Asal stress je mula la tak reti kawal emosi. Last-last tidur memanjang. Konon nak lari dari masalah.

Sebenarnya pagi ni rasa mengantuk lagi. Kalau tidur sedap ni. Zzzz. Tapi tadi saya terlihat satu status di Facebook yang menyebabkan saya tergerak nak menulis pada hari ni.

Statusnya berbunyi:

"(Nama seorang hamba Allah), Tuhan lebih sayang kau. Kau budak baik. Aku tahu kau tenang kat sana. Aku akan sentiasa ingat kau. Al-Fatihah."

Al-fatihah buat hamba Allah tersebut. Saya bukan nak bercakap tentang orang yang pos status tu, tapi tentang orang yang disebut di dalam status itu. (orang yang namanya disebut itu telah di tag di status tersebut)

Sebenarnya kalau kita tengok balik, hidup kita memang ada satu je pengakhiran yang dinamakan kematian. Betapa hebat kita, betapa star kita, betapa banyak kita dapat Anugerah Dekan, betapa banyak kereta yang kita miliki, akhirnya kita akan menemui satu titik pengakhiran di dunia ini.

Semuanya sekejap saja. Pejam celik, pejam celik, eh, aku dah 21 tahun dah. Pejam celik, pejam celik, eh, aku dah habis dua semester kat universiti ni. Pejam celik, pejam celik, eh, aku nak graduate dah. Pejam celik, pejam celik, eh, aku nak kahwin dah. (ok, yang 2 last tu aku belum lagi la)

Ya, semakin kita pejam celik, pejam celik tu, semakin hampir kita dengan hakikat kematian yang hanya Allah tahu bila.

Nak kait dengan status Facebook tadi.

Era internet ini, ada sesetengah benda yang akan stay permanent di internet, unless kalau kita sendiri yang delete (dah delete pun kadang-kadang tak semestinya betul-betul dah "hilang", kan) atau Encik Admin sendiri yang buang website atau webpage tersebut. Atau tak tahulah, mungkin internet akan jadi obsolete 100 tahun lagi, diganti dengan teknologi lain pulak. Siapa tahu, kan.

Sedar tak, apa yang kita buat dengan Facebook, Friendster, MySpace, blog, website, blablabla, semuanya akan terus berada di internet walaupun kita mati nanti. Apa yang kita tulis, apa yang kita komen, apa yang kita upload, semuanya akan terus menjadi tatapan orang lain, terutamanya mereka yang ada dalam friend list kita.

Nampak tak konsekuensinya?

Ya, kalau apa yang kita tinggalkan itu adalah berguna (eg. ilmu, peringatan, benda-benda baik, etc.), maka peninggalan itu akan terus jadi berguna untuk orang lain. Contoh, kalau kita buat post yang baik-baik di blog, atau kita buat status yang elok di Facebook, post-post dan status-status itu akan terus kekal baik dan elok di blog dan Facebook kita.

"Eh, dia ni baik masa hidup dulu. Ya Allah, tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh."

"Masya-Allah, banyak peringatan dia beri masa dia hidup dulu. Semoga Allah beri ganjaran padanya."

Tapi, kalau apa yang kita letak di internet itu adalah benda-benda yang tidak elok, selalu mengumpat keji orang lain, selalu sangat mempersoalkan suruhan Allah, selalu sangat upload gambar-gambar yang tidak senonoh, maka, benda-benda itulah yang akan kita tinggalkan untuk orang lain. Benda-benda itulah yang akan dipersoalkan semula bukan saja oleh sesama manusia, tetapi dipersoalkan di kubur kelak.

Contoh, kalau kita buat post yang kurang enak di blog. Ia boleh mencetuskan persoalan di kalangan orang yang membaca, "eh, dia ni masa hidup asyik mengutuk orang je", "eh, dia ni sikit-sikit nak persoalkan hukum Allah", "eh, dia ni asyik pergi clubbing je".

Contoh lagi, kalau kita upload gambar kita yang free hair, atau gambar pakai short shorts. Kalau orang tengok, apa yang orang akan cakap? "Eh, dia ni free hair eh masa hidup dulu.. entah macam mana la dia handle soalan kubur sekarang ni ek?", "eh, tak senonohnya dia ni masa hidup dulu, ambil gambar peluk-peluk dengan jantan mana entah", "fuyo, seksinya masa hidup dulu, macam manalah dia sekarang ek?".

Nampak tak?

Apa yang kita tulis atau upload di internet, itulah yang akan jadi tatapan orang lain, itulah yang akan dihakimi orang lain, itulah yang akan menjadi penyebab sama ada mereka mendoakan kita atau mengutuk kita, hatta ketika kita sudah tidak wujud di dunia ini lagi. Itu juga yang menjadi sama ada saham akhirat kita atau penambah koleksi dosa kita.

Ingat, akaun Facebook kita tidak akan deactivate pada saat yang sama kita menemui kematian kita. Blog kita tidak akan lenyap dari internet selepas jenazah kita dikebumikan. Semuanya akan terus berada di situ, di akses oleh sesiapa saja, dilihat dan dihakimi oleh sesiapa saja.

Kalau upload gambar seksi, maka seksilah gambar itu sampai ke sudah. Seksalah juga untuk orang yang melihatnya. Kalau kutuk orang dan hebat sangat persoalkan hukum Allah sampai tak ingat dunia, maka kutukan itu akan terus berada di situ jugak sampai ke sudah.

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(al-Zalzalah: 6-8)

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda yang membaca. 99.99999% untuk diri sendiri kerana diri ini sering terlupa. Selebihnya, untuk peringatan bersama, insya-Allah.

4 comments:

NHAR said...

wow. tersusuk masuk ke dalam jiwa ku. thanks nina.

Ainina Rosman said...

haha. peringatan untuk diri ni yg suka kutuk orang. tak apa, sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik insyaallah. :D

sab said...

nice post nina, sab penah terfikir pasal ni tp tak tau nk put into words :) thumbs up :)

Ainina Rosman said...

alhamdulillah, thanks for reading sab! :) ni pun rasa post tak berapa best lagi. takpe la, asalkan mesej sampai. :D