Wednesday, January 20, 2010

Sindrom Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum.

Kenapa bila bukak sekolah je tiba-tiba tangan jadi GATAL nak tulis blog?

Berakhirlah sudah cuti yang sia-sia.. eh tak, tak.
"Cuti yang digunakan sepenuhnya untuk perkara sia-sia" bak kata kawan aku. Haha.

Takde lagi nak mengYouTube video Westlife sepanjang hari,
melihat aksi Jet Li menyepak penjahat-penjahat,
bersengkang mata baca fan fiction...
dan lain-lain.

Takde lagi nak tidur siang berjaga malam.

Tak boleh lagi nak menternak terlalu banyak lemak.
Bahaya untuk kesihatan.


------


Ya Allah.

Berkatilah usaha aku dan sahabat-sahabatku yang sedang cuba mencari ilmu di bumi-Mu ini.

"Berkatilah setiap semangat jiwa untuk selalu berjuang di jalan-Mu"




PS: Cepatlah sem ni habis. Boleh balik kampung muahmuahmuah. Lepas tu boleh pindah. Can't waitttt. Bukan apa. Susah nak jaga hati tau tak! Haha. Hati mahu selalu memaafkan tapi lama-lama tak larat dah. Jadi cepatlah semuanya berlalu. Semoga takde yang akan terluka lagi.

2 comments:

-Shafawati- said...

kembali ke sekolah? masih sekolah lagi ke?

Ainina Rosman said...

haha shafa. mat saleh kan panggil "school". :P