Saturday, January 7, 2012

this is so... face-trating

back then there was friendster.

and now, woohoo, baru realise friendster is like 6 to 7 years ago.

and today friendster doesn't even exist anymore.

omaigad i am old.

well, i wouldn't have to worry about it... not until another one and a half year, or maybe another two years.

sometimes i hate having nothing to do because i'll be thinking about it.

again and again.

i'm a normal...... person, you know. i do worry sometimes.

sigh.

i feel like a high school girl again, having a crush on that handsome popular prefect in my class.

---

just finished watching The Social Network (ye aku memang ketinggalan zaman).

ugh cerita yang sungguh frustrating... hence the first word that came across my mind for the title of this post.

Thursday, January 5, 2012

Kembara mencari cinta yang paling agung

Alhamdulillah... selamat kembali dari kembara mencari cinta yang paling agung. Rasanya ni pertama kali aku travel sejauh dan selama ni.

Banyak kali rasa tak puas sebab stay kat setiap tempat tu terlalu kejap, dan masa terlalu banyak habis dalam kereta... tapi alhamdulillah. Syukur. Allah bagi rezeki untuk tengok bumi Dia.

Dalam semua tempat yang aku berkesempatan pergi, aku rasa tempat ni paling best:

Grand Canyon, Arizona
(untuk mengekalkan keaslian warna dan kebolehan kamera aku yang hanyalah seketul digital camera kecik dan bukanlah sebijik kamera dslr, aku tak edit dan men-touch-up gambar ni)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." 
(Ali-Imran: 190-191)
That place is so wide, so deep, so beautiful, so amazing, so perfect.

Bila kau dah nampak sendiri dengan mata kepala kau, kau akan terfikir yang mustahil benda sehebat tu akan terjadi dengan sendiri. Kau akan lebih yakin mesti ada satu kuasa yang jauh lebih hebat yang cipta tempat tu.

At that point kau akan terfikir yang betapa ruginya orang yang tak percaya Tuhan tu ada dan tak mahu ikut apa yang Tuhan suruh.

Seriously.

Takde la aku suruh semua orang pergi tempat tu baru boleh feel kan... cuma kita ni selalu sangat lupa yang kita ni kecik je sebenarnya. Kuasa Tuhan tu jauh lebih besar dan hebat.

Tak payah nak pergi jauh2 pun takpe. Tengok diri kita sendiri pun dah cukup. Betapa hebatnya kuasa yang menciptakan kita.

See, berapa banyak kali dah aku ulang perkataan hebat. Sebab Allah tu memang maha hebat. Terlalu sangat amat hebat. Jadi manusia yang turn away from Allah memang rugi la.

Pointnya sekarang senang je... kalau Tuhan suruh, buat la. Kalau Tuhan larang, jangan buat. Kita manusia, ada akal, Allah beri akal untuk kita fikir. 

Jadi jangan bazir kemampuan akal untuk bagi alasan/reasoning untuk bantah apa yang Tuhan suruh. Atau jangan cabar atau main2 kan hukum yang Allah dah tentukan. 

Thursday, December 22, 2011

Calling it a day


Honestly, this job is boring.

And it's not my fault that it's a boring job, because it really is.

But I can't really keep whining about it... the nature of setting up rooms for events is what it is. Angkat meja berat, golek meja berat, tolak meja berat...

...huff. Aku dah la lembik, nak angkat benda-benda berat macam tu pulak -.-

I mean it's not like I can't do it at all, *self-defense* boleh je kalau buat bersama-sama dengan orang lain. Kalau team mate jenis yang lembik dan badan kecik jugak, boleh la angkat bersama-sama.

Tapi kalau dah team mate badan tough (even perempuan pun), yang larat angkat meja 8-foot sorang-sorang, sedangkan aku nak angkat kerusi pun dah kena kerah tenaga satu badan... you can't help thinking "what the heaven am I doing here?"

Huff. Maybe I'm exaggerating because I used to have a different job before this. Kau memang tak boleh nak compare la kan that fun working at a dining hall with that boredom setting up a room for events.

Oh anyway, sejak lutut aku benjol (read: b.e.n.j.o.l) hari tu sebab terhantuk kat meja 8-foot yang berat gile babun tu, aku makin la rasa aku dah malas nak kerja kat situ dah.

(dah countless times kaki aku lebam sana sini masa kerja tapi ni first time sampai benjol ok)

Aku memang fikir nak quit pun next sem. Tapi tak tahu la kerja apa je aku boleh buat lepas ni. -_-

Atau... mungkin tak payah kerja dah? Mungkin perlu focus study sebanyak 100% lepas ni? ._.

Tuesday, December 20, 2011

Let it Fall

Let it fall

Alhamdulillah... setelah tamatnya exam pukul 9.45 pagi waktu tempatan tadi, maka tamat dah sesi akademik Fall 2011/2012. Wowee... sekejap je kan. Walaupun aku rasa sem ni memang aku letih betul, tapi still aku rasa masa cepat gile berlalu.

Berapa hari je lagi nak 2012 dah. Start tahun depan aku kena start cakap umur aku 23 tahun, bukan 22 dah.

Ya Allah, dah 23 tahun dah aku wehhh o_o Dulu aku rasa 20-an tu macam dah dewasa betul dah... tapi aku rasa aku macam budak-budak lagi.

Dan melalui pemerhatian aku dari pos-pos aku kat blog ni, aku nampaknya makin pemalas nak tulis ayat panjang berjela dan makin malas nak fikir apa yang aku patut tulis. Tapi satu pencapaian, aku mendapati diri aku kurang emo dari dulu... hahaha.

Aku (seperti biasa) malas nak buat pos panjang-panjang walaupun aku dah takde exam final nak disengkang-matakan.

Pendek kata jela ye: (alang-alang nak tahun baru jugak)

Terima kasih ya Allah.
Syukur ya Allah, atas segala nikmat yang Kau berikan.
Redhailah perjuangan ini ya Allah.
Janganlah kau matikan aku melainkan aku dalam keadaan beriman kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku, dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sejak aku kecil sehingga ke saat ini.
Ya Allah,  peliharalah keluargaku, kenalanku, guru-guruku, dan semua muslimin serta muslimat.

Ya Allah, tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

---

V dah sakit balik la. Nasib la dapat belas ihsan universiti untuk pinjam laptop. -_-

Thursday, December 15, 2011

peperiksaan akhir semester

First of all, I would like to give a warm welcome to my boyfriend V... thanks for coming back. Thank Allah you're now like 70% better. I know you won't disappoint me dude :)

Aku pun memang malas nak berasak-asak kat library masa minggu finals macam ni.

---

Allah janji yang kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.

Setiap kali aku teringat balik semua benda yang pernah terjadi, aku rasa diri aku belum let go benda tu betul-betul lagi. Aku tak tahu la apa jenis perasaan ni, sama ada dendam ke, marah ke... tapi yang aku tahu, walaupun mulut aku dah kurang ungkit kisah tu, tapi dalam hati masih tak boleh lupa.

Mungkin sebab aku ego sangat kot. Mungkin aku tengah tunggu a very sincere apology from you.

Setiap kali fikir balik, aku cukup susah rasa macam aku perlu maafkan dan lupakan. Bila dua kali fikir, tak tahu la benda ni sampai bila. Susah nak let go.

Selalu je aku rasa macam nak bagitahu satu dunia... sebab aku sorang je yang hadapi benda tu.

Tapi aku selalu ingatkan diri aku sekarang ni: tak payah la cerita kat orang lain. Allah dah janji akan tutup aib kita pulak kalau kita jaga aib orang lain.

Ok deal. Tapi secara jujur, aku belum lepaskan benda tu sepenuhnya. I mean, aku takde la tak pernah buat silap langsung. Tapi, haihh...

Kesimpulannya, don't piss people off... even if they want to forgive you, most of the time they couldn't let go of that anger they've once felt because of you. Percayalah cakap aku. Nak mintak maaf dengan Tuhan tu senang, dengan manusia susah ok?

---

Kejap je dah akhir sem. Kejap je nak finals dah.

Bila berakhir sem ni, maknanya aku ada lebih kurang setahun setengah je lagi kat sini.

Subhanallah... cepatnya masa berlalu. Subhanallah. Rasa macam baru je lagi kat sini.

Ya Allah, permudahkan urusanku. Tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

Monday, December 5, 2011

greatest hits

I need to find the shore
'cause I can't swim anymore

they say time is everything
you came and opened up the silence

here I am with these imperfections
you know my flaws
you take them all

if you cut me wide open
there's a love here unspoken

whether the future has dark or bright days
I will still love you
to the last mile of the way

Lighthouse/ Poet's Heart/ Beautiful World/ Wide Open/ Last Mile of the Way
- Westlife

Friday, December 2, 2011

Bukan senang... kan?

manusia biasa
tak kebal, tak sempurna
sekali sekala akan terlutut jua
satu tahap akan berkerut wajahnya
satu masa akan menghela nafas sedalam-dalamnya
lalu mata dipejam seketika
kerana rasa pedih yang menyengat tiba-tiba