Biasanya kita akan menghakimi seseorang berdasarkan apa yang kita nampak pada zahirnya. Kalau kita suka apa yang kita nampak, kita akan judge benda tu positif. Kalau tak suka, kita mengutuk dalam hati. Macam tu la.
Saja nak kaitkan apa yang kita pandang, apa yang kita analisa dari pandangan mata itu, dan hakikat sebenar yang kita mungkin tak nampak. Aku nak fokus kat pemakaian kita sebagai orang Islam. Orang Islam yang setiap hari mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.
Ok. Kalau kita nampak perempuan Muslim tak pakai tudung contohnya. Confirm kita dah ada satu pandangan negatif atau pandangan steoreotaip terhadap perempuan tersebut. Kan? Macam-macamlah kita fikir pasal dia. One thought leads to another.
Tak pakai tudung... solatkah dia? Jaga pergaulankah dia? Ilmu agamanya dalamkah? Pemakanannya dijagakah? Blablabla.
Biasa la tu. Kadang-kadang kita yang terlebih buruk sangka. Dah nama pun manusia, senang sangat nak nampak keburukan manusia lain. Bila orang tu buat baik, tak ada pun kita nak kecoh-kecoh. Dia senyum kat kita sepuluh kali seminit, kita tak perasan. Dia termarah kita sekali je sepanjang kita kenal dia, confirm kita ingat sampai mati.
Ok. Berbalik kepada isu "judge a book by its cover" tadi. Atau patut aku kata, "judge a person's level of iman by his/her appearance". Salah ke kita judge orang tu "baik atau tidak" berdasarkan luarannya? Dan patut ke orang judge kita macam tu?
"Weh, kau tahu apa? Kau nampak je aku macam ni, tapi dalaman aku Tuhan je yang tahu. Iman aku, Allah je yang nampak. Kita kan manusia, iman boleh naik dan turun. Kau tak boleh tengok aku luaran je."
"Bab-bab pahala dosa ni kan semua kerja Allah. Tak payah la kau sibuk-sibuk nak tuduh aku tak beriman ke apa ke."
"Kau pakai tudung, tak semestinya kau lagi beriman dari aku. Kau pakai seluar panjang, tak semestinya kau lagi beriman dari aku."
Nah. Betul ke macam tu?
Dosa pahala kerja Allah, ok. Tapi Allah senang-senang ke nak bagi dosa pahala? Main campak-campak sajakah?
Beriman atau tidak, itu Allah yang nampak, ok. Tapi apa indikatornya?
Ni yang kita nak kena cek balik.
Since aku fokus pada isu pemakaian (a.k.a menutup aurat), aku nak cite apa yang saudara Hilal Asyraf pernah sebut dalam salah satu blog posts nya: (tak ingat exact phrase)
"Memang orang yang berjubah itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang memakai jeans. Memang orang yang tudung labuh itu tidak semestinya lebih baik dari orang yang tak bertudung. Memang betul, kita tak boleh cakap orang tu beriman atau tidak berdasarkan apa yang dipakainya. Tapi ingat, iman itu ada tandanya."
I like that one. IMAN ITU ADA TANDANYA.
Kita mengaku kita sembah Allah, dan menutup aurat adalah suruhan Allah. Kalau tak tutup aurat, maknanya kita tak ikut suruhan Allah. Kalau tak ikut suruhan Allah, macam mana nak cakap kita beriman? Layak ke kita terang-terangan cakap "tahap iman aku Allah je yang nampak"?
Jadi kalau ada manusia yang menghakimi kita sebab kita tak buat apa yang disuruh, kita tak boleh nak suka-suka hati marah depa, sebab benda tu dah jelas tak boleh buat. Tak susah pun nak fikir. Tak boleh la nak kata depa fikiran sempit, depa stereotaip, depa bersangka buruk, depa ingat depa lebih baik. Sebelum kita kutuk siapa-siapa yang kita label stereotaip atau buruk sangka, ceklah dulu betul ke tak apa yang depa cakap.
Benda macam ni dah jelas. Allah yang ciptakan kau, jadi Dia lagi tahu apa tujuan Dia suruh kau ikut cakap Dia. UNLESS kau nak berfikiran ala-ala Theory of Knowledge/ Philosophy/ Psychology/ Ethics whatever dan persoalkan kenapa Tuhan suruh kau ikut cakap Dia, itu kes lain dah. Itu kes aqidah/ pegangan/ kepercayaan kau. Itu kes hati kau. Itu kes ego kau. Bukan kes stereotaip dah.
...Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka. (as-Saff: 5)
Na'uzubillahi minzalik. Semoga Allah memelihara hati kita semua.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (al'i-Imran: 8)
Amin.
PS: Suka tahu kenapa Islam itu agama yang relevan sepanjang masa, sempurna, dan logik diterima. Jadi post ni mengingatkan diri ni sendiri supaya jangan poyo sangat nak persoalkan segala benda yang mungkin berbunyi riak dan takabbur.
PS2: Ya Allah, janganlah kau palingkan hatiku dari-Mu, ya Allah. Penulisanku ini hanya untuk mengingatkan diriku sendiri dan sahabat yang lain, ya Allah.
8 comments:
tahniah nina (ni bukan tahniah yg sarkastik tu tau).
bile aku bace post kau ni aku rase insaf. sebenarnya aku rasa wujud satu pressure utk tak tergolong dlm geng2 stereotype org2 yg tidak disukai kerana selalu menegur org lain ni. aku sendiri selalu ada perasaan tak nak dilabel stereotype ni, so aku selalu macam ade urge untuk berlagak cool dan buat2 tak nampak benda tak betul yang ada depan mata.
kira macam takut tak cool la konon kalau tegur orang lain kan. nanti org kate kuat berleter la, kecoh la etc etc. So aku rasa insaf bile baca post kau. T_T
Sebenarnya stereotype is just when you act in a certain way that has been generalized to a certain type/group of people. Unless you're a supremely unique individual, there is at least one stereotypical category out there that you belong in.
So rasenye lg elok distereotypekan sebagai org yg ske menegur ke arah kebenaran dari sebagai __________ .
Satu lagi pesanan penaja:
boyfren aku dalam crite batman pernah berkata (oleh kerana aku tak cukup ilmu nak quote ayat Quran mahupun hadis >.> )
"It's not who you are inside, it's what you do that determine who you are"
Sedangkan lelaki yang pakai kostum kelawar for fun pun tau benda ni, apetah lagi kite muslim dan muslimah yg pakai baju sopan lg menutup aurat ^^
hehe lama dah kau tak komen hebat2 kat post aku :P tahniah jugak kat kau (ni pun bukan sarkastik).
aku tergerak nak buat post mcm ni sebab aku geram/marah/tension (note the labels for this post, haha) la ada certain org yg terlalu membabi buta dalam mempersoalkan tentang Islam. nak tanya soalan tak mahu fikir apa implikasi.
sebab bila kita dah terlalu persoalkan, dah melibatkan hal pegangan/aqidah, bukan boleh suka hati je nak tanya/persoalkan apa yang kita nak. dah tu tanya soalan mengalahkan orang yg takde agama. memang la tak salah nak ambil tahu, tapi ada limit la.
takkan la selama ni tak pernah terdetik langsung yg Islam adalah agama yg relevan. ni semua benda pun nak persoalkan. silap haribulan boleh tergadai aqidah semata-mata kerana "curious" atau kata lainnya "TAK BOLEH NAK TERIMA".
hmm. aku pun insaf jgk. post ni sebenarnya nak marah diri aku jugak. gdk.
hmm. sebenarnya komen ni tak respon kpd komen kau pun. haha. tapi saja la nak bagitau. aku geram. haha.
lantak la orang nak kata apa kan, asalkan dah mati esok, Allah takkan persoalkan tanggungjwb kita utk menegur org lain. :D jazakillah farah.
Di dalam badan manusia terdapat segumpal daging yang mana jika baik ia maka baiklah seluruh anggotanya. Jika rosak ia, maka rosaklah seluruh anggotanya. Apakah ia? Itulah hati.
Rasulullah pernah mengingatkan kita akan perihal iman yang mana tidak ada yang di dalam atau luaran bahkan ia sebenarnya merangkumi kedua-duanya sekali. Tidak ada istilah 'di dalam baik maka boleh luarannya tidak baik' atau sebaliknya... sama-sama muhasabah diri kita..
thanks nina for this tazkirah.. reminds me a lot...
terima kasih asmaa kerana mengingatkan :D input best tu :D
hmm.. bile sebut pasal org2 yg ske tanye membabeng buta ni aku teringat sthg yang aku belajar dlm friday night aku hehe.
Ada sorang senior partner aku kata:
"If you wanna be successful in this business, you have to believe in the power of submission. You have to submit to your upline (mentor) and be teachable. You have to have faith in what they tell you to do, even if it is something that you are not comfortable in doing at the moment. In the future, once you've succeeded by using your upline's advises, we can sit down and you can talk and question and rebel all you want. But you gotta listen and do it first"
Haa... moral of the story is, faith atau kepercayaan kita dapat dilambangkan oleh kesanggupan kita untuk menyerah dan buat apa yang disuruh walaupun menyusahkann/x best langsung.
Aku rasa kalau kita yakin sepenuhnya yang Allah mmg tahu yang terbaik, kita tak akan ada byk sgt soalan2 yang menghalang kita dr ikut suruhan Dia.
It's true that kita tak boleh membabi buta dalam mengikut ajaran agama jugak, and it's important to have certain questions to ask.
But when you ask, you gotta be ready to accept the answer. If you cannot accept it, ask it again to someone else. Janganlah bila kau tanya sekali pastu org tu jawab tak best kau terus ban sme benda yg dia cakap.
And I'm sure no matter how many people you ask, and no matter what kind of answers you get, semuanya akan lead balik to the fact that Islam is the right path and Allah knows best.
Sekian tazkirah saya hari ini. Saya bukan naqib naqibah, cme sorang manusia yang nk share pendapat. Kih3.
star la farah :D terima kasih atas peringatan..
benar sungguh.
"first impression does count."
memg kebiasaan manusia seringkali menilai pada luaran sdgkn dlm Allah je yg tau. namun, itu bkanlah lesen utk kte mmberi alasan utk membuat perkara yg tidak baik zahirnya. ala kulli hal ;
" az-dzahir dalla alal bathin "
- yg zahir itu menunjkkn yg apa yg ada di dlmnya.
*tahniah ah korg due dh jadi naqibah dh
akhirnya instead of tulis "anonymous", kau dah mengrevealkan diri kau. haha. terima kasih atas tazkirah :D (naqibah? haha. tak layak kot.)
Post a Comment