Thursday, March 24, 2011

and that was all that happened anyhow


Berapa juta kali dah aku ulang ayat ni. Haha. Nasib la. :P

Tapi ni memang ayat favourite la buat masa ni.

You can look back...

Muhasabah diri. Belajar dari kesilapan. Tengok di mana kelemahan, di mana kekuatan. Apa yang membuatkan kita berjaya, apa yang membuatkan kita gagal.

Nak kenang masa lepas, boleh. Nak menyesali kesalahan lampau, boleh. Nak nilai balik apa yang dah berlalu, boleh.

...but don't stare.

Tapi, jangan disebabkan kesilapan semalam, kita asyik salahkan diri dan tak nak move on. Jangan terlalu kenang sangat masa lepas sampai affect masa future yang kita tak tahu rezeki kita sampai tahap mana.

Allah itu Maha Adil. Dia takkan beri kita ujian atau kesenangan tanpa ada sebab.

Tak ada manusia yang tak pernah down. Tak ada manusia yang gembira setiap saat. You're not alone.

Yesterday is a past. View your mistakes as a lesson today to have a better tomorrow.

If you don't make mistakes, you won't learn. If you don't feel pain, you won't be able to empathize with other people. If Allah gives you every single thing you ask for, you will never appreciate what you have.

Come on... move on, move on. Jangan kurung diri dalam peti (peti? apakah? haha).

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


2: 155-157

PS: This post is especially dedicated to myself.

Tuesday, March 22, 2011

Itu peringatan

Siang tadi ternampak sorang mamat ni lintas jalan kat Langdon Street dan hampir-hampir kena langgar dengan kereta yang tengah membelok pada waktu tu. Lama gila oh driver tu hon kereta. Mamat yang melintas tu pulak rilek je. Kereta tu siap stop kejap kat tengah jalan, aku rasa dia marah kot dengan mamat sengal yang sengaja cari nahas tu.

Lepas tu masa naik bas tadi, ada kereta kecik (construction punya kot) tiba-tiba je laju memecut untuk memotong bas yang aku naiki... apa lagi terkejut la pakcik bas, lantas membrek mengejut, dan membunyikan hon dengan agak panjang (tapi orang Malaysia hon lagi panjang la). Nasib la pakcik bas tak berlumba sekali dengan kereta kecik tu... kalau tak, eksideng berlanggo la jawaknye.

Kalau korang nak tahu la... kat Madison ni sangat jarang dengar bunyi hon kereta. Sebab semua bawak kenderaan elok-elok. (Lain la dengan kat Chicago yang hon kereta setiap minit)

Lepas tu, tadi baru dapat berita yang sepupu aku accident masa naik motor, sampai patah tulang betis. Dan kalau korang nak tahu, sepupu aku tu bukanlah jenis yang suka pecut motor mahupun memotong sesuka hati. Dia seorang yang cermat.

Insafnya. Allah beri peringatan.

Banyaknya dosa ni. Kalau Allah nak tarik nyawa ni, bila-bila masa je.

Dua tiga empat hari ni rasa down je. Bila rasa down, aku kuat tidur. Tidur tidur tidur rasa macam tak nak bangun. Bukannya nak berzikir lama sikit ke apa ke. Allah uji sikit je, dah lembik macam sotong.

Ya Allah, ampunilah kesilapan dan kekhilafanku ya Allah.

Saturday, March 19, 2011

Thursday, March 3, 2011

Pelbagai & Berbagai-bagai

*Inspired by one of the posts from someone's blog.. jeng3*

Boleh ke tak sebenarnya ni?

Apa kes la mamat dua orang kat depan ni bermesra-mesra...

Tolong la reply e-mail aku. Tolong.

Berair... Ni bukan ada bekas pork ke?

APA BENDA LA YANG KIRK PETER AJAR KAT DEPAN NI??

Kalau taknak bagi, cakaplah taknak bagi. Takde la orang tertunggu-tunggu.

Nak kecik hati ke? Silalah, you deserve that.

Cool gile Professor ni. Dia minat Avril Lavigne ke?

Padahal aku yang berhak marah.

Nak hamster. Tapi malas nak jaga.

Sori la aku curang sekejap, I need to miss you!

Kau suka aku ke tak sebenarnya ni? :|

Sejak bila aku ambil kelas Confucianism??

Korok betul. Markah ok pun baru dapat BC je.

Aku memang seumur hidup watak jahat pun. Ada beza ke?

*Mamai* Eh cerahnya kat luar... *tengok jam* Aik? Baru pukul 6.30 pagi?

Penantian itu satu penyeksaan yang nyata.

Sunday, February 27, 2011

Lama dah

Pos tak berfaedah. Sila jangan baca jika anda mengharapkan sesuatu sebagai santapan rohani. Dulu masa rajin guna Friendster, kadang-kadang suka buat benda ni. Survey syok sendiri. Haha.

1. pernahkah anda rasa 'hot'?
Hahaha.

2. upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.
Malas la. Gambar tu dah ada kat page ni.

3. ceritakan pasal wallpaper tersebut.
Gary paling hensem. ♥

4. bila kali terakhir anda makan pizza.
Bulan 12. Ke bulan 1? Homemade pizza beb. Dengan Chef Farah.

5. lagu paling terbaru anda dengar.
Ntah la, Take That punya latest album kot.

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Melihat skrin laptop.

7. selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
Some people used to call me piglet in primary school. Not a nice name anyway.

8. tag lagi 5 orang
-1. Yasmingu
-2. Farah Wahida
-3. Hafsah
-4. Pipot
-5. Hani Hakim

9. siapa orang no. 1 kepada anda?
Partner meja sebelah time form 1 - 3, emo partner in crime, heart-to-heart conversations initiator, best friend. (haha tiru jawapan kau)

10. katakan sesuatu pada orang no. 5?
Hai sepupu! hahaha.

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Ntah... dah lama tak usik dia pasal bab ni. Hehe.

12. bagaimana pula dengan no. 2?
Hm? Hubungan ke? Ntah la jugak... ni lagi la misteri nusantara. Tup tup nanti tengok dapat kad jemputan... kehkehkeh.

13. kata-kata cinta dengan orang no.4?
Hahahahahaha.

14. 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag
-1. baik hati, lemah lembut, sopan santun, berbudi pekerti....... sila belanja aku nanti
-2. suka memuji dirinya cun
-3. emo people can change kan Hafsah. Gimme pai!
-4. she's... innocent.
-5. bermata keranjang terhadap artis Korea & Ian Somerhalder (ps: aku ada classmate muka macam dia)

Sekian.

PS: I tagged those people because I know they read my blog.

Monday, February 21, 2011

the only thing that matters

you can let them judge you
say bad things about you
but at the end of the day, the only judgment that matters is His
and He's the only one who knows everything

you might be the antagonist in the picture
and they might hate you for the things that they thought you did
but at the end of the day, the only judgment that matters is His
and He's the only one who knows everything