Mula-mula rasa susah.
Rasa banyak sangat halangan.
Yang lagi sedih, akhirnya tak dapat apa-apa jawapan.
Yang lagi double sedih, wajah-wajah itu yang penuh pengharapan.
Susah.
Tapi yang kali ni rasa dipermudahkan sejak mula.
Setiap satu urusan memang lancar sejak dari detik pertama.
Yang syukurnya, rasa seronok dan suka.
Semuanya terasa indah, seakan-akan penantian selama ini telah diberikan penghargaan dari Yang Paling Tinggi di atas sana.
Sehinggalah, sampailah, hadirlah satu saat itu.
Satu saat yang semua perkara sebenar diceritakan.
Di sini terduduk, termenung sendiri.
Ada rasa keliru, ada rasa gelisah.
Rasa satu beban berat menghempap di ubun-ubun kepala.
Impian semua manusia mahu dijulang dan diangkat manusia lain.
Harapan semua manusia mahu dihargai dan dipuji manusia lain.
Tetapi apa gunanya julang tinggi itu kalau diri sendiri tahu tidak mampu untuk menggalas satu tanggungjawab yang jauh lebih besar?
Apa gunanya puji dan puja itu seandainya diri sendiri sedar langit itu sebenarnya nun di atas sana, tidak tergapai dek tangan?
Di sini masih terduduk, berfikir sendiri.
Terkeliru apakah ini nikmat kesenangan atau ujian di sebalik kesenangan.
Sunday, January 26, 2014
Friday, December 20, 2013
choices
When you're given choices, that means you're left with probabilities.
O Allah, please guide me.
O Allah, please guide me.
Monday, December 2, 2013
excuses
Growing up, I learned something important: tak semua benda kita perlu cerita pada orang.
Ada sesetengah perkara, walau macam mana panjang lebar kita jelaskan satu demi satu, akan ada pihak yang masih mempersoalkan.
Bila dah dicerita A, ditanya pulak perkara B. Lepas tu meleret sampai ke C. Dah tu, kalau tak cerita pasal D, banyak pulak persoalan tersangkut di tengah jalan.
Akhirnya, ceritalah sampai Z. Oh, tapi orang yang mendengar tetap akan ada judgment sendiri. Seolah-olah dia la yang faham situasi sebenar. Kemudian konon-kononnya memberi cadangan, lepas tu bukak lagi satu cerita, minta kita explain dari A sampai Z semula.
Tak berkesudahan. Memang takkan habis. Manusia dan judgmentnya, memang takkan habis.
Walau kau rasa sebetul mana tindakan kau, akan ada manusia yang akan menghakimi tindak tanduk kau.
Akhirnya kau jadi hamba penghakiman manusia.
Ah.
Sebab tu, aku sekarang ini hanya diam. Aku tak perlu beri sebarang alasan pada orang yang tidak perlu tahu.
Apa yang orang nak kata, orang akan kata jugak.

Sunday, December 1, 2013
meanwhile
Most people think that I'm unhappy...- from some post in 9gag
but I'm not.
I just appreciate silence in a world that never stops talking.
Tuesday, November 26, 2013
amazon
Dear you,
I'm still amazed at how amazing you can be.
You were once this shy person sitting behind me in class... and look at who you've become now.
You're amazing and I hope you know that I'm proud of you.
And I hope we'll still be around each other in many years to come.
Sincerely,
Yours truly

Wednesday, November 20, 2013
Sunday, October 13, 2013
back at one
Ya Allah, seandainya jalan itu halal dan diredhai-Mu, maka aku hamba-Mu yang daif ini memohon dari-Mu memudahkan segala urusanku.
Tapi ya Allah, seandainya jalan itu haram dan tidak diredhai-Mu, berilah petunjuk-Mu kepadaku, tenangkanlah jiwaku, dan jauhi aku dari fitnah dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, bantulah aku membezakan perkara hak dan batil. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah dan hanya mampu melihat dunia berdasarkan apa yang zahir pada penglihatanku.
Ya Allah, jauhi aku dari penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk bersabar dengan kata-kata sesetengah manusia dan bisikan syaitan yang menghasut.
Allahu Allah. Tiada dayaku melainkan dengan izin-Mu.

Subscribe to:
Posts (Atom)