Saturday, October 8, 2011

Fall-ing for you


After spending almost two years here, I've learned that if you really feel it's beautiful outside and have the intention of taking pictures, DO NOT wait until the weekend...


...and not even tomorrow.


Bring your camera everywhere you go because the scene you see today might not be the same with what you'll see the next day. It's true!


Like if today the trees have yellow leaves, you might find the same trees having no leaves at all tomorrow.


Lantak pi la orang nak kata hang syok sendiri ka apa ka...


Kalau pakai kamera fon pun kamera fon la... takde dslr buat la cara takde dslr, ye tak. Lol.

Fallen yellow leaves, unpredicted weather, (a lot of people with flu), warm but windy days...


...it's officially fall.
Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Maha Suci Allah yang menciptakan.

Thank You Allah.

Thank You Allah for this opportunity.

Monday, September 19, 2011

Random lagi

New Westlife single written by Gary Barlow :') A bit of ironic though, but the fact that my favourite men are finally working together is lovely. ♥

*

Back to papa kedana again. Mana la pergi gaji aku kerja selama ni... haihh. Kena berjimat la lepas ni.

*

I miss you, you idiot. Where the heck have you been?

*

"I forgive but I don't forget". Ah... kalau tak lupakan maknanya masih tak maafkan la betul tak? Susah la nak lupakan semua benda tu. Nak minta maaf dengan Tuhan tu lebih senang berbanding minta maaf dengan manusia.

*

Aku tak nak cakap besar sebab taknak ter-backfire balik pada aku... tapi jangan la kacau orang yang kau dah tahu kau tak boleh kacau. Haihh. Stay away, go away.

*

Kadang-kadang berharap ada pintu suka hati Doraemon, jadi bila terasa nak balik rumah, senang je terus balik, tak payah fikir harga tiket berapa ribu. Speaking of which, aku memang terasa tak nak balik summer depan. Tapi manusia merancang, Allah yang menentukan. Aku pun cakap je lebat ni, tengok-tengok nanti balik jugak hahaha.

*

Ramai orang makin busy dan tak update blog dah lately. Bosannya. Selamat datang ke alam dewasa.

*

Kadang-kadang terasa macam nak grad cepat-cepat sebab blablabla. Tapi kadang-kadang terasa kalau belajar bertahun-tahun lagi pun takpe.

*

Ketidakpastian ini sungguh menyeksa jiwa raga. Ah tunggu jela bila masanya datang, kalau Allah dah tentukan semua, benda tu akan terjadi jugak kan. Tak payah nak kejar-kejar benda tu. If it's meant to be, it will happen. Yakinlah dengan janji Tuhan. Berharap la pada Tuhan, jangan berharap pada manusia.

*

Sekarang ni dunia dah tak stabil, maknanya usia dunia dah makin ke penghujung. Bila fikir, takut. Bila lupa, tak ingat akhirat dah.

*

"Death is more certain than marriage". Takde siapa tahu kau akan kahwin ke tak dalam hidup ni but everybody knows satu masa nanti kau akan mati jugak.

*

Aku suka naik flight. Sebab bila kapal terbang tu dah naik atas, kau akan sedar sebenarnya manusia ni kecik je, you can hardly see people moving from this point of view. Allah tu Maha Besar kuasa dia, jadi bila kau bongkak dengan suruhan Tuhan, kau memang layak dipanggil tak pandai.

*

Bzzzzttt... *white noise*

Wednesday, September 7, 2011

What you see is not what you get

i.

If there is only one reason why I should go back, the reason is you.

I feel like there's nothing much I can do considering the fact that there are limits in being completely honest with everyone.

I've known you forever, I know each time you get hurt, I can tell when you're feeling genuinely happy and when you fake a smile.

I know you inside out. I can read your mind just by looking at your eyes.

I hurt deeply whenever you're not happy. I feel like a failure each time I fail to be there for you when you need me the most.


ii.

No matter what happens, nothing is ever going to change my love for you.

Not even with what's going on.

You'll always earn my respect, and I'll look up to you no matter what happens.

Though sometimes I wish you could be stronger than what you are now, things that happened didn't change my perception towards you... not in a million years, even.

I can't really read what you feel inside, but for me you are still the same person I've known.

I really wish things won't go much worse than it is now.

All I want is that you should know what you should do.


iii.

I wish I can have the power to change things.

I am stuck. I can't really say whose fault it was.

Allah knows everything He's doing.

If this thing had happened 10 years ago I might easily put the blame on one of you... but I'm a grown up now and I am able to view things from different perspectives.

I have faith in Allah. I believe that nobody could escape from being tested.

I am caught in the middle. I am caught between the secrets and the lies. I am caught between the things I should say, the things I should never say, the things I should say but should never say...

...it's complicated.

O Allah, I rely on You. Please help us.


iv.

I hope this is the last time I'll talk about you in my blog.

I know that love can be learned.

It's weird thinking that we're not exactly what people think we are... but I know our friendship is something that I don't want to lose.

All those things that you kept from me for so many years... they make me think about it again.

Sometimes I hate the fact that you've been keeping things from me. But sometimes I feel grateful that I didn't know them earlier.

I don't really know how I feel. But if I have to say something, you actually make my days beautiful.

I'd smile remembering the sincerity that I saw in your eyes the other day.

And I hope it stays until the day comes.

And I really hope you don't suck everything up, you hear me?


v.

O Allah.

Please love my parents as much as they love me right from the beginning until now.

Please bless them with your eternal love.

Please protect them and keep them safe from any harm and danger.

O Allah, I beg You.

Amin.

Friday, August 26, 2011

Better

See all I'm trying to say is
you make things
better


Boyzone - "Better"

Thank you Allah for all of the wonderful things You have given me during all of these 22 years.

Thank you Allah.

Monday, August 15, 2011

Lapan huruf

"Aku rasa tak sedap badan... rasa macam nak demam..."

"Laa yeke? Kesian kau."

"Aku rasa tadi ada sekor nyamuk terbang dekat-dekat dengan aku... sekarang dia tiba-tiba dah hilang, I guess aku dah termakan nyamuk tu."

"Hah? Agaknya sebab tu kot kau nak demam ni."

"Badan aku sakit gile weh, aku rasa aku tengah transform jadi werewolf kot."

"Transform apa bendanya, mana ada werewolf transform pukul 3 petang?"

"Aku ikut time kat US kot, kan jet lag lagi ni."

"Ntah-ntah kau transform jadi nyamuk? Sebab kau termakan nyamuk?"

"Weh, mungkin jugak la."

"Nanti kau jadi weremosquito la ni?"

"Meremosquito la, mende weremosquito pulak."

"Ala, ntah-ntah kau transform jadi sotong."

*

"Nanti masa aku dah kahwin, mesti kau sedih kan. Takde orang nak manja dengan kau dah."

"Wuuuu wuuuu wuuuu... nanti kau dah kahwin, aku buli kau dengan suami kau."

"Apa pulak? Aku dengan kau la gang up untuk buli dia."

"Hahahaha. Kesian mamat tu."

*

"Kucing ni betina ke jantan?"

"Betina kot... kita panggil dia Gegurl la."

"Gegurllll. Gegurlll."

Mak: Gegirl siapa?

"Fasha Sandha."

*

"Kau busy tak?"

"Ye aku busy. Apa kau nak?"

"Aku nak pergi toilet ni..."

"Hah, nak aku temanlah tu."

"Cepat la weh, tak tahan ni."

"Dah tua bangka pun penakut nak pergi toilet."

*

"Kalau aku kahwin dengan dia, kau restui tak?"

"Hah?? Kahwin dengan dia?? Omaigod sotonggg kau nak kahwin dengan dia?"

"Weh, aku tanya jelaaaa."

"Hmm... aku kena jumpa dia dulu dan tengok dia macam mana, baru aku boleh bagi kata putus..."

"Ok... aku tanya je tau, bukannya aku ada apa-apa dengan dia."

"Yelah tu kau. Nanti aku bagitahu Mak yang dia ada calon menantu..."

"Woii aku cakap takde pape la, kau faham takkk."

"Hish yela yela, aku gurau je. Sikit-sikit nak menyotong. Kulu kulu kuluuu menyotong."

*

"Tisu sepah sana sini ni mesti kerja kau kan?"

"Biar la, at least aku sepahkan tisu je. Kau tu, semua benda kau sepahkan."

Sunday, August 14, 2011

Aku nak kau ikut cakap aku no matter what it takes

Lately I've been thinking... am I becoming more and more egocentric each day?

Why do I always feel like I just HATE IT when people make unnecessary mistakes?

Maybe there have been a lot of people doing silly things around me, and a lot of other people notice the mistakes but nobody seems to have the guts to say that it's wrong to do some things, hence my sudden responsibility of voicing it out?

Seriously, I have no idea. It's either me or these people are too afraid to say what's on their minds. Aku selalu rasa aku yang terlebih berani nak membetulkan keadaan.

Aku jadi emo bila satu pihak menyakiti satu pihak yang lagi satu, tapi pihak lagi satu ni tak suarakan apa-apa sebab dia tak nak pihak lain tu berkecil hati. Last-last orang yang menyakiti tu tak tahu satu apa pun, orang yang disakiti pulak terus disakiti.

Why? Is it just me? Aku je ke yang oversee things? Aku je ke yang terlalu over analyze satu situasi tu?

Aku dah sampai satu tahap yang I don't care if I'm the one who receives all the frowns from other people but I certainly think some people need to stop acting too egocentric.

I kid around as much as I can but that doesn't mean I'm completely dumb.

Come on la. Have a little heart. Boleh tak for once kau fikir apa perasaan orang lain?

Aku boleh tahan kalau orang kutuk atau marah aku (ok la of course I'll feel offended but that's a different story altogether) but please stay away from the ones that I love. You have no idea who you're dealing with.

Aku tak kisah kalau ilmu kau setinggi gunung sekalipun, because you'll never ever earn my respect kalau perangai kau bajet kau betul all the time.

Tuhan tak pernah suruh hamba Dia ego atau bangga kalau dapat buat ibadah lebih dari orang lain. Tuhan tak pernah suruh hamba Dia yang banyak ilmu boleh cakap sarkastik sesuka hati kat orang yang kurang berilmu.

You know what, I've lost you a long time ago. Just stop making me feel it necessary to hate you.

Yes, aku emo. Fyi, aku emo atas sebab yang memang patut aku emo.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan & Hubungan Kita dengan...

Alhamdulillah. Seronoknya cuti kali ni.

Bukannya aku pergi berjalan mana pun. Cuma rasa seronok ada kat rumah. Hari-hari duduk rumah je. Tak ke mana. Kalau keluar pun dengan family je.

Tengok muka Mak, tengok muka Ayah, sakat Adik, jumpa abang-abang dan kakak-kakak ipar, dan of course si kecik Qhaireen aka Princess. Makin sehat si kecik. Haihh.

Kat Kuantan ada kucing datang, kat Taman Tun pun ada kucing jiran. Kucing Kuantan betina, tak berapa aktif sangat nak banding dengan kucing Taman Tun yang tak reti duduk diam dan suka gigit kaki aku.

Alhamdulillah. Seronok. Bahagia. Lebih-lebih lagi dapat sambut Ramadhan sama-sama kali ni dengan keluarga. Dan insya-Allah dapat raya sama-sama keluarga tahun ni. Alhamdulillah.

Dah dua tahun puasa dan raya tanpa perasaan dan dengan wajah straight. Haha.

Walaupun kalau balik Malaysia tak sah kalau tak demam dua kali, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya kalau demam kat rumah ada orang nak kesian.. hehe.

Walaupun frust Westlife nak datang Malaysia bulan Oktober ni masa aku dah balik sana......... tapi takpe la. Hnnsss. Nak buat macam mana kan. Kena la kumpul duit pergi UK, boleh tengok Take That sekali kan kan :D kuatnya berangan.. macam la ada banyak duit.

Anyway, ada orang tanya, tak bosan ke duduk rumah je? Tak pun. Lagi duduk rumah lagi aku suka.

Aku nak make up balik masa-masa yang aku dah berjauhan dengan Mak & Ayah. Biar la aku tidur je ke apa ke.. asalkan aku nak berada depan mata diorang semaksimum masa yang boleh sepanjang cuti ni.

Sebab tu la aku suka duduk rumah. Nak panggil aku anak Mak ke, anak Ayah ke, panggil la.. menggembirakan hati orang tua tu suruhan Allah, tak percaya pergi rujuk Quran.

Anyway aku nak pesan la kat sesiapa yang tengah baca blog ni.

Aku tahu sekarang tengah Ramadhan. Semua orang berebut nak buat amal ibadah sebab ganjaran berlipat kali ganda.

Tapi ingat la satu benda. Di kala kita busy memperbaiki Hablumminallah (hubungan baik dengan Allah), kita jangan lupa Hablumminannas (hubungan baik sesama manusia). Allah ada sebut dalam surah al-Imran ayat 112 pasal konsep hubungan ni.

Aku perhatikan perangai manusia depan mata aku, ramai yang nak kejar pahala. Bagus la kan, bulan baik ni. Tapi di kala sibuk sangat nak kejar pahala, hubungan sesama manusia jangan lupa jaga.

Berdasarkan apa yang aku tengok kat TV, banyak ceramah pasal pentingnya rebut peluang nak buat ibadah masa Ramadhan ni. Tapi aku rasa tak banyak yang emphasize pasal hubungan sesama manusia.

Contoh la kan, katakan la mak kau penat-penat masakkan untuk berbuka. Lepas tu masa berbuka kau makan kurma dan minum air lepas tu blah dari meja, dengan alasan nak join solat jemaah Maghrib kat masjid. Maka kau pun terlupa yang kau sebenarnya dah buat mak kau kecik hati. Ni contoh je ye. Contoh. Banyak lagi contoh lain. Tapi aku malas nak tulis. Haha.

Ingat-ingat balik, solat jemaah tu hukumnya fardu kifayah untuk lelaki tapi kewajipan tu akan gugur sekiranya ada sekumpulan lain yang melakukannya (this is according to Mazhab Syafie, please correct me if I'm wrong), but then menjaga hubungan baik dengan mak ayah tu WAJIB.

Kadang-kadang kan, kita kena ada rasa sensitif jugak. Cuba la ada perasaan jiwang atau karat sikit. Yela, ibadah tetap ibadah. Hidup kat dunia ni sebab nak buat ibadah sebanyak mungkin untuk bekalan akhirat. Betul la tu.

Tapi Allah takkan kata betapa pentingnya jaga perasaan mak ayah kalau benda tu tak penting. Memang la benda ni nampak kecik, tapi sebenarnya impact dia besar.

Nak buat pahala, nak dakwah orang, buat la. Tapi jangan lupa tuntutan untuk menjaga hubungan baik sesama manusia di kala kita sibuk menjaga hubungan dengan Allah.

Aku takde niat nak jatuhkan hukum ke apa ke dalam pos ni. Cuma aku rasa benda ni worth pondering on. Selalu kita struggle nak buat yang sunat, tapi yang wajib kita lupa, especially bulan puasa ni.

Yang pasal Hablumminallah & Hablumminannas tu, aku tak berani hurai panjang lebar sebab aku tak tahu dengan mendalam. Rujuk orang yang dalam ilmu agamanya kalau nak tahu. Tapi cukup la aku cakap, benda tu basically adalah pasal menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

This is a self-reminder just in case you forgot *with Baba Ali voice*.

Selamat menunaikan ibadah puasa dan amalan lain sempena Ramadhan Kareem. :)