Sunday, April 25, 2010

Untitled II

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

al-Baqarah: 155-157


This is a self-reminder.

Saturday, April 24, 2010

Hold Me

Please turn on the lights
'cause I can't see in the dark
Please let me hold your hand
'cause I might fall over now

Take me into your arms
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me you'll be there for me
Hold me, tell me it's gonna be okay

Please help me pick up all my pieces
'cause they're scattered on the ground
Please glue that heart in me again
'cause someone's just crushed it

Take me away from here
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me I'm worth your time
Hold me, tell me it's gonna be okay

Take me to Him, the most Benignant
Hold me, tell me it's gonna be okay
Tell me He understands me
Hold me, tell me it's gonna be okay

Just hold me tight
Just let me cry this time




...especially for Mingu & Hafsah

3rd day

"Good luck for this Sunday!"

"Oh." Terdiam kejap. "Oh, yeah."

Thursday, April 22, 2010

Untitled

O Allah.

You are The Only One who understands me.

Akulah hamba-Mu yang lemah.

Sesungguhnya tiada dayaku melainkan dengan keizinan-Mu.

Tuesday, April 13, 2010

The Dance

I'm glad I didn't know
the way it all would end
the way it all would go


Bila direnungi balik, betapa insaf rasa di hati.

Betapa besarnya kuasa Tuhan. Betapa hebatnya dia menyusun segala perkara dengan cantik. Betapa sayangnya Dia pada saya.

Peliknya bunyi "saya". Hehe. Saja la nak menekankan rasa rendah diri pada Dia Yang Menciptakan.

Sayang-Nya pada saya, saya dilindungi sentiasa. Meski banyak masalah dan cabaran dalam mencari redha-Nya, saya sentiasa dijaga oleh-Nya.

Cuma, saya selalu terlambat perasan yang ujian diberikan-Nya adalah bertujuan untuk melindungi saya. Bukan saja-saja nak uji. Sebenarnya Dia mahu menyelamatkan saya.

Kadangkala bila direnung balik, hati saya akan terdetik:

"Ya Allah, patutlah benda tu berlaku. Rupanya Allah nak jaga aku."

Sayangnya perkara ini hanya terdetik di hati bila dah macam-macam menyumpah dan merungut. Last sekali baru sedar... masya-Allah, begitu cantik aturan-Nya, betapa hebat pengetahuan-Nya.

Pernah saya terfikir, apalah yang akan jadi pada saya sekarang sekiranya saya turut serta dalam golongan bekas rakan-rakan sekolah dahulu. Adakah saya akan menjadi seperti mereka, atau adakah saya adalah saya yang sama seperti sekarang ini?

Pernah juga saya terfikir, apakah yang akan jadi pada saya sekiranya hati saya dipaling dari menghadap-Nya? Na'uzubillahi minzalik.

Pernah saya terfikir, andai manusia mengetahui awal-awal bila mereka akan menemui kematian, bila kiamat itu akan terjadi, dan di mana destinasi terakhir mereka (syurga/neraka), adakah dunia masih lagi dunia sekarang ini? Adakah ustaz dan ustazah masih lagi ustaz dan ustazah, adakah para daie masih lagi para daie, adakah Islam itu masih Islam?

Pernah juga saya terfikir, seandainya Allah tidak menggerakkan hati saya untuk mengambil keputusan itu dahulu, apa yang akan jadi pada saya sekarang? Adakah saya masih diri saya yang sekarang ini, atau adakah saya jadi lebih jauh dari-Nya?

Apabila persoalan ini menjengah perasaan saya, saya rasa malu dengan-Nya. Malu kerana di kala saya sibuk menambah koleksi dosa, Dia masih lagi mahu melindungi saya, mahu menyayangi saya. Lantas Dia membuka pintu hati saya, membuatkan saya nampak segala pekat hitam yang saya sendiri sembunyikan.

Betapa agung cinta-Nya. Betapa hina diri saya yang kerdil ini.

Sebab betapa hebat pun saya mendabik dada, saya tetap hamba-Nya.

Cuma, saya rasa bersalah kerana membiarkan dia terpinga-pinga sendiri. Mungkin bukan tanggungjawab saya untuk menegur dan mengajak dia kembali ke pangkal jalan, tapi saya tetap merasai kekesalan itu. Kesal kerana tidak mampu mengajaknya ke arah kebenaran. Kesal kerana saya pernah mengajaknya ke jalan kejahatan.

Ya Allah, cinta-Mu tiada tandingan. Lindungilah aku, ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, dan muslimin muslimat yang lain dengan kasih dan cinta-Mu dalam usaha kami dalam mencari redha-Mu, ya Allah.

Kepada 'dia', seandainya anda sedang membaca post ini, maafkanlah segala kekhilafan saya selama tempoh itu. Saya cumalah hamba-Nya yang jahil. Anda tahu siapa diri anda. Nasihat saya, kembalilah pada Dia. Saya banyak mengajak anda membuat kesilapan, oleh itu saya mahu menebus kembali kesalahan itu dengan mengajak anda kepada kebaikan. Kepada cinta dan redha-Nya.

Maafkan saya.

If I'd only known
how the king would fall
hey who's to say
you know I might've changed it all

- "The Dance", Garth Brooks

Thursday, April 8, 2010

Rindu la pulak...

Assalamualaikum.

Semoga anda sentiasa berada di bawah lembayung kasih dan sayang-Nya.

Cewah. Dah lama tak tulis skema macam tu. Wakakaka.

Dah seminggu tak post apa-apa kat blog ni. Tiba-tiba rasa rindu la pulak. Sebenarnya bukan apa, kalau nak diikutkan banyak je benda nak dibebelkan. Tapi entahlah. Makin hari aku rasa macam makin kena jaga apa yang aku cakapkan (tuliskan).

Sebab apa? Sebab aku takut kalau-kalau ter-mengumpat. Yela, dah dok syok menulis tu confirm la ada cakap-cakap pasal keburukan orang lain.

Sekarang pun aku dah tak berapa nak mengupdate status kat Fb. Kat blog ni pun tak tulis benda-benda yang sebenarnya aku memang nak je tulis. Sebenarnya nak je kutuk orang, nak je mengeluh tu, mengeluh ni. Sebenarnya nak buang imej budak skema yang tulis benda-benda baik kat blog (takde la baik pun). Sebenarnya nak je tunjuk diri sendiri, nak kutuk terang-terangan, nak marah secara terbuka. Tapi aku sedar banyak hati yang perlu dijaga. Dah la aku tak reti nak bersosial, kawan pun tak ramai. Jadi kalau kenalan rapat pun aku nak kutuk, siapa la lagi yang nak berkawan dengan aku. Atau dengan lebih spesifik, siapa la lagi yang nak doakan aku masa aku dah mati nanti. Keluarga aku bukan ramai sangat orang pun. Lepas tu aku bukannya ada anak ke untuk doakan aku.

Besides I have my own Twitter account and also another private blog now, di mana ada seorang sahabat ni je yang boleh baca status-status aku yang merepek, gdk. Aku tak kisah sangat sebab aku tahu aku boleh percaya dia (haaa kembang la hidung kau kembang laaa, hahaha). Blog aku yang satu lagi tu memang takkan jadi publiclah. Memang dahsyat sangat penulisannya. Address pun korang takkan dapat cari kat Google punya wahkahkah. Unless korang stalker pakar dan suka meng-hack. Hey, tapi tak baik tau kacau privacy orang. Haha.

Rindu la pulak dekat Mak dengan Ayah aku. Teringat pulak masa aku hancurkan hati Mak masa aku nak fly dulu. Tu yang siap tulis lagu tu wahkahkahkah. Tapi best jugak buat lagu. Bukannya sedap mana pun, suara menyanyi pun takde la macam Siti Nurhaliza, main gitar pun bukanlah pro sangat (yela kata Malay Noob, lol). It's just that I realise I can do something that not everybody can do. Cis bajet riak ujub takabbur. Haha. Sementelah pula aku selalu tak puas hati dengan sesetengah pihak, jadi kalau tulis lagu rasa best. Rasa release tension. Unlike poetry and essays, lagu ada tone dan nada sendiri. Jadi boleh buat bunyi sedih, depress, happy, sinis, etc. That's the best part of writing a song.

Btw sekarang rasa kelas Mandarin macam bosan. Bosan sebab takde geng dalam kelas kot. Padahal tu la kelas yang aku excited macam tahap apa awal sem hari tu. Lagipun macam banyak je nak ingat. -_- Aku bab hafal benda ni dah la lemah gila. Otak aku macam dah tak boleh ingat karakter yang pelik-pelik tu. Susah sungguh. Aihh. Baru je tinggal seminggu masa cuti hari tu, aku rasa dah separuh hilang dari ingatan aku. -_-

Tiba-tiba rasa English 118 pulak yang best. Sebab, bak kata Asilah, dapat belajar banyak sangat benda. Walaupun kertas outline aku tu penuh diconteng oleh instructor sebab banyak sangat yang tak betul. Stress betul la kalau tak sekepala dengan instructor ni. Tapi alhamdulillah la, kelas yang aku macam menyampah awal sem hari tu tiba-tiba jadi kelas yang aku suka. Jadi bila Allah janji dalam surah al-Baqarah ayat 216 ("...dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu..."), maksudnya Allah memang tak tipu la. Selalu je kita mengeluh yang banyak benda kita nak, semuanya tak dapat. Padahal yang Maha Mengetahui hanyalah Allah. Dia dah susun semua benda elok-elok untuk kita. Mat saleh pun selalu cakap, everything happens for a reason. Betullah tu. Setiap perkara, Allah je yang tahu hikmahnya.

Next? Aku rasa macam dah lemas dalam kelas math. Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik untukku. T-T Kurniakanlah semangat kepadaku sebagaimana semangat orang yang berjihad ke jalan-Mu, ya Allah. T-T

Post yang sangat random. Sebenarnya nak cerita pasal orang homeless hari tu. Tapi belum ada mood lagi. Tengoklah kalau ada mood, aku buat la.



PS: Semalam tiba-tiba mengidam makan KFC. Tahpape. -_-