Assalamualaikum.
Jam sekarang pukul **** pagi. Ya Allah, tak boleh nak tidur. Masa tidur sumpah dah tunggang terbalik. Ni memang penyakit masa cuti. Tak tahu kenapa. Asal cuti je mula la malam berjaga, siang membuta. Hari tu masa pertengahan cuti dah ok je masa tidur, macam manusia normal. Tapi hari tu leka sangat Skype sampai pukul 4 pagi... terus terbalik dunia tidur.
Masalah lagi masa cuti ni, perut jadi lapar yang melampau-lampau. Especially bila suhu kat luar lebih bawah daripada -20C (ceh alasan je, suhu tak rendah pun lapar jugak). Maka aktiviti menternak lemak langsung tidak berhenti. At least masa ada kelas, selalu kena tahan lapar walaupun perut berbunyi kuat gile dalam lecture hall sampai orang sebelah boleh dengar.
The only thing I love about this holiday is that I don't have to see bleeeeeeeep yang setiap hari menyakitkan hati jiwa raga jantung peparu dan sebagainya. Sumpah I can't wait to move out next year. Kan best kalau bukak sem ni boleh terus duduk rumah baru.
Ok, let's not go there. Abaikan. If you have sangkaan buruk on your mind right now please wipe them off rightaway.
So, actually, I have nothing much to say in this post. It's just that a few days ago I encountered with some videos in YouTube and I thought it'd be good if I can share with others.
Ala takde apa pun sebenarnya. Cuma nak cakap sikit pasal boyband.
Berdekahkahkah. Huduh sungguh perkataan tu. BOYBAND.
Tak tahu ke boyband tu apa? Ala... boyband tu yang nyanyi lagu yang jiwang-jiwang, pastu dalam video clip depa ada la menari sikit-sikit, kadang-kadang terkinja-kinja, lepas tu orang dalam boyband ni biasanya jual muka lebih daripada bakat menyanyi. Pastu biasanya boyband ni lebih ramai peminat perempuan. Contoh boyband ni macam Backstreet Boys, *Nsync, a1, Five, blablablaapakejadah dan sudah tentunya boyband paling best iaitu Westlife. (haha) Yang tu boyband zaman 90-an jela, yang baru-baru dan yang negara lain aku tak tahu sangat la. Yang aku tahu aku pernah dengar pasal New Boyz... tak sure la negara mana.
Anyway dalam post ni aku bukan nak cakap pasal betapa Shane Filan telah membuat aku jatuh cinte padanya pada pandang pertama ketika aku darjah 5 sampai aku obsess gile dengan dia dan terus menggilai mamat tersebut sampai la hari ni walaupun aku frust dia kahwin dengan orang lain serta muka dia makin tua dan rambut dah makin kurang juga perut makin buncit dan dah beranak-pinak dah pun.
Ok, abaikan rapuan di atas. Berbalik kepada cerita YouTube tadi.
Macam ni. Aku terserempak (cewah... terserempak) dengan video clip lagu Liquid Dreams. Lagu ni boyband O-Town yang nyanyi. Pernah dengar pasal O-Town? Ala... kalau tak pernah dengar, buat-buat pernah dengar la.
Lagu tu sangat popular la, masa tu aku darjah 6. Ramai gilak la kawan-kawan aku masa tu yang suka sangat dengan lagu tu. Sementelah pula O-Town tu adalah boyband (maknanya mesti la ada mamat hensem), jadi lagu tersebut menjadi kegilaan rata-rata kawan aku yang memang minat artis-artis barat ni. Aku rasa salah satu sebab lagu tu sangat disukai adalah kerana ada nama artis-artis perempuan barat dalam lagu tu. Yang mampu aku recall termasuklah Angelina Jolie, Jennifer, Destiny's Child, blablabla malas nak tulis semua. Kira macam, wow, lagu tu sangat cool la.
(masa tu semua budak-budak macam nak jadi "cool" la, aku taktahu la "cool" tu macam mana... kalau macam aku dulu kena label nerd sebab aku suka Westlife and I knew nothing about Eminem and all those hip hop idiots.)
Berbalik kepada cerita YouTube tadi. Aku macam "ohh lagu ni dah lama tak dengar, teringat zaman kebodohan di kala kanak-kanak dulu". Lepas tu aku scroll la ke bawah nak tengok komen yang orang lain tinggalkan. Aku ingat macam ramai orang suka la sebab lagu tu kan popular. Tiba-tiba satu komen membuatkan aku ternganga:
"Liquid dreams, as in wet dreams?"
Subhanallah. Serious aku terkejut.
Bukan terkejut sebab komen dia macam tu, tapi sebab aku terkejut yang selama ni aku tak pernah perasan!
Setelah aku mengamati lirik lagu tu... memang betul pun. Lagu tu pasal wet dreams.
Waa. Gila la. Boyband innocent macam tu, lagu poppy poppy, rupa-rupanya lagu lucah!
Bayangkan la. Yang buat perempuan-perempuan terjerit-jerit nyanyi lagu tu disebabkan boyband yang kononnya innocent tu, rupanya depa terjerit-jerit kat lelaki yang menyanyi lagu macam tu.
Gila!
Ok la, mungkin aku je yang tak perasan sebab I was too innocent back then. Memang la kebanyakan lagu jiwang ni pun kadang-kadang ada terselit sikit pasal benda tu. Tapi I'm talking about boyband. Boyband 90-an pulak tu. Biasanya muzik masa tu tak teruk sangat berbanding dengan muzik sekarang (ye, muzik sekarang buat sakit otak je).
Ok la, memang la muzik barat masa tu pun banyak "unsur-unsur aneh". Tapi bila cakap pasal boyband, orang label boyband ni innocent (dan gay). Asal nama boyband, imej memang bersih, lagu pun takde la dahsyat sangat. Jadi orang fikir tu dah jadi greenlight la untuk pendengar, "this is the kind of music I can listen to without worries".
Berbalik kepada isu lagu O-Town tadi, antara komen yang menarik:
"lol I was crazy about this song when I was 10, only now I realize what they're singing about"
"F*** MY 9-YEAR-OLD FOR NOT REALIZING THIS"
"wait does that liquid thing in beginning of the video look awfully phallic?"
"lol they're the horniest boyband ever"
"this band has some other sexual innuendo songs too, like We Fit Together, which was the soundtrack for pokemon movie"
Pokemon? I thought it was meant for kids?
Betapa hebatnya penangan lagu.
Be careful with the songs that you're listening to.