Assalamualaikum.
Kesian Laoshi aku (Laoshi: guru/cikgu/teacher dalam bahasa mandarin). She didn't look too happy today in class. In fact, she didn't smile at all. A very rare sight of a usually genuinely-smiling teacher.
Ni semua mamat kuang hajaq tu punya pasal.
Isnin lepas, aku ada kelas mandarin macam biasa. Ada satu part tu, kitorang kena sebut apa yang di display kat skrin projektor. Biasa la nak belajar bahasa kan memang la merangkak-rangkak sikit. Laoshi tu nak kitorang yang sebut dulu perkataan tu. Lepas tu baru dia sebut sebutan yang betul. Kiranya macam dia nak kitorang cuba dulu. Tak mahu la terus-terusan suap macam ajar budak darjah 1.
Tapi tengah-tengah laoshi mengajar tu, tiba-tiba seorang mamat ni angkat tangan dengan muka menyampah dan bersuara:
(translated from English) "Kenapa kamu tak sebut perkataan tu, lepas tu biar pelajar lain ikut? Itulah caranya nak belajar bahasa pun. Kalau kamu terus buat macam ni, macam mana pelajar nak tahu yang mana betul dan yang mana salah?"
Masa tu SEMUA ORANG terdiam. Termasuklah Laoshi yang agak tergamam dengan soalan kuang hajaq mamat tersebut. Aku yang duduk betul-betul belakang mamat tu memang terasa macam nak penyepak kepala dia.
Bayangkanlah dia cakap tu depan semua orang, dengan suara menyampah dan lantang. Beb, kalau kau jadi cikgu dan pelajar kau cakap macam tu, apa kau rasa?
Jadi, saja nak ingatkan kawan-kawan yang belajar kat US terutamanya. Walaupun kita berada kat negara yang mana budayanya menganggap semua orang adalah "equal" (contohnya panggil cikgu pun dengan first name je, tak payah nak ber"teacher-teacher"), tapi kita kena masih jaga tatasusila kita sebagai orang timur/ Malaysia/ Melayu/ Islam.
Aku tahu mesti ramai antara korang yang dulunya mungkin malu-malu nak cakap dalam kelas (aku la tu, even sampai sekarang pun -_-'), tapi sejak datang US dah ada sedikit keyakinan nak bersuara. Yakin nak bertanya, yakin nak bercakap bahasa Inggeris khususnya, yakin nak menjawab soalan, dll. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya tu satu budaya baik yang kita kena bawa balik nanti. Budaya yang harus disebarkan di kalangan orang Melayu yang bersifat pemalu.
Tapi jangan lupa, kita masih kena jaga adab. Terutamanya adab dalam menuntut ilmu.
Jangan sekali-kali kurang ajar. Walaupun yang mengajar kita tu mungkin bukan Muslim (yang mana di US majoritinya adalah bukan Muslim), tapi kita masih kena hormat orang tu sebagai guru.
Aku tahulah korang takkan buat macam yang mamat tu buat. Yela, kata anak Melayu kan. Budaya kita memang melatih untuk hormat orang yang lebih tua pun. Kan? Kan? Ke tak betul? Hehe.
Tapi sajalah nak mengingatkan. Tak baik melukai hati seorang guru, hatta orang kafir sekali pun. Masa kat US ni la kita nak tawan hati depa dengan peribadi dan akhlak seorang Muslim yang baik. Tawan hati supaya depa nampak keindahan Islam, bukan tawan hati untuk bercinta ye. Tawan hati untuk berkahwin tu tak tahu la pulak macam mana, haha. Gdk! :D
PS: Mengingatkan diri sendiri jugak!
2 comments:
ko dah mula bercakap dalam kelas??? good to hear that. anda sudah mula berubah. tak sabar nak melihat diri anda yang sudah berubah tu.
haha weh, NO i didn't say that. kan aku cakap dalam kurungan tu "even sekarang pun". sigh. you can't simply change my 20-year-old self in 6 months' time la hafsah.
Post a Comment