Hello stalkers. Miss me? :D Kahkahkah.
Yela, tak baik panggil stalker kan. Haha.
Terima kasih kerana rajin-rajin membaca blog ini! Rindu la link blog yang lama. So I decided to use my old URL. Nanti bila2 aku nak lari lagi, aku tukar la url lagi. Hehe.
Aku rasa selama ni aku suka sangat tulis benda-benda yang vague atau ayat tak habis. Jadi aku rasa perlu la aku nak clarify beberapa benda di sini:
- I don't have a boyfriend! Sori la kalau statement tu poyo ye (memang poyo pun). Kalau korang pernah baca pos aku pasal "my boyfriend V", mungkin sebab tu lah korang tersalah faham. V tu laptop aku, Sony Vaio yang kini dah tenat dan tidak digunakan lagi. Jadi kesimpulannya di sini, sila la baca pos aku betul2 sebelum buat conclusion sebab aku memang suka guna term jiwang/sarkastik untuk benda yang tak jiwang untuk menyedapkan cerita. Walaupun bunyi pengakuan ni macam nak promote diri alang-alang tinggal setahun lagi nak grad, tapi tu bukanlah tujuan utama (tapi boleh je sambil menyelam minum air kan).
- Aku tak balik kampung raya tahun ni (tu pun if you're interested to know la). Banyak sebab peribadi dan sebab tidak peribadi yang menyebabkan aku tak balik. Antaranya, aku kena ambil banyak kelas. Lepas tu summer kali ini insyaallah summer terakhir aku kat sini, jadi aku nak menggunakan masa yang ada untuk melepak-lepak sambil menghitamkan kulit di tepi Lake Mendota (hint: ayat ini adalah sarkastik).
- My old posts sound "old", simply because they are old. Instead of saying "if you don't like what I write, feel free to leave this blog" sebab aku dah agak tua untuk menggunakan ayat emo tersebut, aku cuma nak ingatkan aku pun pernah jadi kanak-kanak. Jadi pos yang lama mungkin banyak yang bunyi macam kanak-kanak kerana aku memang kanak-kanak pun ketika menulis pos kanak-kanak tersebut.
- It's my final year in Madison! Pejam celik, pejam celik, tinggal setahun je lagi aku kat sini. Insyaallah. Doakan yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan yang akan graduate Mei 2013, insyaallah. Doakan la moga takde yang tersangkut atau dihantar balik sebelum sampai masanya (hint: ayat ini bernada cuak).
Oh, insyaallah kali ni tu jela aku nak tulis (tulis?). Yela baru tukar link kan, kena la bagi warm up dulu :B
Semoga aku banyak pos benda-benda berfaedah lepas ni. Ole!
Semoga aku banyak pos benda-benda berfaedah lepas ni. Ole!
2 comments:
alaa.. next year dah nak habis?? tunggu la aku.. aku grad, insyaallah, Mei 2014. hehehehe..... btw, tahniah3,,,,, ;'D
hahaha rilek dulu, ada setahun lagi insyaallah.. simpan tahniah tu dulu :B ok lah tu kau grad setahun je lagi lambat dari aku padahal umur kita beza 2 tahun kot ;B
Post a Comment