Wednesday, January 6, 2010

Tick Tock

Assalamualaikum.

Perasaan dilema itu kembali.

Tick tock tick tock tick tock ticktock ticktock ticktockticktockticktock...

Betapa cuba nak lari pun, benda tu akan datang balik.

Patutkah aku?

Wajarkah?

Ya Tuhan, tunjukkanlah aku jalan yang lurus.



PS: Dilema nya. Waaaaaa.

Tuesday, January 5, 2010

Innuendo

Assalamualaikum.

Jam sekarang pukul **** pagi. Ya Allah, tak boleh nak tidur. Masa tidur sumpah dah tunggang terbalik. Ni memang penyakit masa cuti. Tak tahu kenapa. Asal cuti je mula la malam berjaga, siang membuta. Hari tu masa pertengahan cuti dah ok je masa tidur, macam manusia normal. Tapi hari tu leka sangat Skype sampai pukul 4 pagi... terus terbalik dunia tidur.

Masalah lagi masa cuti ni, perut jadi lapar yang melampau-lampau. Especially bila suhu kat luar lebih bawah daripada -20C (ceh alasan je, suhu tak rendah pun lapar jugak). Maka aktiviti menternak lemak langsung tidak berhenti. At least masa ada kelas, selalu kena tahan lapar walaupun perut berbunyi kuat gile dalam lecture hall sampai orang sebelah boleh dengar.

The only thing I love about this holiday is that I don't have to see bleeeeeeeep yang setiap hari menyakitkan hati jiwa raga jantung peparu dan sebagainya. Sumpah I can't wait to move out next year. Kan best kalau bukak sem ni boleh terus duduk rumah baru.

Ok, let's not go there. Abaikan. If you have sangkaan buruk on your mind right now please wipe them off rightaway.

So, actually, I have nothing much to say in this post. It's just that a few days ago I encountered with some videos in YouTube and I thought it'd be good if I can share with others.

Ala takde apa pun sebenarnya. Cuma nak cakap sikit pasal boyband.

Berdekahkahkah. Huduh sungguh perkataan tu. BOYBAND.

Tak tahu ke boyband tu apa? Ala... boyband tu yang nyanyi lagu yang jiwang-jiwang, pastu dalam video clip depa ada la menari sikit-sikit, kadang-kadang terkinja-kinja, lepas tu orang dalam boyband ni biasanya jual muka lebih daripada bakat menyanyi. Pastu biasanya boyband ni lebih ramai peminat perempuan. Contoh boyband ni macam Backstreet Boys, *Nsync, a1, Five, blablablaapakejadah dan sudah tentunya boyband paling best iaitu Westlife. (haha) Yang tu boyband zaman 90-an jela, yang baru-baru dan yang negara lain aku tak tahu sangat la. Yang aku tahu aku pernah dengar pasal New Boyz... tak sure la negara mana.

Anyway dalam post ni aku bukan nak cakap pasal betapa Shane Filan telah membuat aku jatuh cinte padanya pada pandang pertama ketika aku darjah 5 sampai aku obsess gile dengan dia dan terus menggilai mamat tersebut sampai la hari ni walaupun aku frust dia kahwin dengan orang lain serta muka dia makin tua dan rambut dah makin kurang juga perut makin buncit dan dah beranak-pinak dah pun.

Ok, abaikan rapuan di atas. Berbalik kepada cerita YouTube tadi.

Macam ni. Aku terserempak (cewah... terserempak) dengan video clip lagu Liquid Dreams. Lagu ni boyband O-Town yang nyanyi. Pernah dengar pasal O-Town? Ala... kalau tak pernah dengar, buat-buat pernah dengar la.

Lagu tu sangat popular la, masa tu aku darjah 6. Ramai gilak la kawan-kawan aku masa tu yang suka sangat dengan lagu tu. Sementelah pula O-Town tu adalah boyband (maknanya mesti la ada mamat hensem), jadi lagu tersebut menjadi kegilaan rata-rata kawan aku yang memang minat artis-artis barat ni. Aku rasa salah satu sebab lagu tu sangat disukai adalah kerana ada nama artis-artis perempuan barat dalam lagu tu. Yang mampu aku recall termasuklah Angelina Jolie, Jennifer, Destiny's Child, blablabla malas nak tulis semua. Kira macam, wow, lagu tu sangat cool la.

(masa tu semua budak-budak macam nak jadi "cool" la, aku taktahu la "cool" tu macam mana... kalau macam aku dulu kena label nerd sebab aku suka Westlife and I knew nothing about Eminem and all those hip hop idiots.)

Berbalik kepada cerita YouTube tadi. Aku macam "ohh lagu ni dah lama tak dengar, teringat zaman kebodohan di kala kanak-kanak dulu". Lepas tu aku scroll la ke bawah nak tengok komen yang orang lain tinggalkan. Aku ingat macam ramai orang suka la sebab lagu tu kan popular. Tiba-tiba satu komen membuatkan aku ternganga:

"Liquid dreams, as in wet dreams?"

Subhanallah. Serious aku terkejut.

Bukan terkejut sebab komen dia macam tu, tapi sebab aku terkejut yang selama ni aku tak pernah perasan!

Setelah aku mengamati lirik lagu tu... memang betul pun. Lagu tu pasal wet dreams.

Waa. Gila la. Boyband innocent macam tu, lagu poppy poppy, rupa-rupanya lagu lucah!

Bayangkan la. Yang buat perempuan-perempuan terjerit-jerit nyanyi lagu tu disebabkan boyband yang kononnya innocent tu, rupanya depa terjerit-jerit kat lelaki yang menyanyi lagu macam tu.

Gila!

Ok la, mungkin aku je yang tak perasan sebab I was too innocent back then. Memang la kebanyakan lagu jiwang ni pun kadang-kadang ada terselit sikit pasal benda tu. Tapi I'm talking about boyband. Boyband 90-an pulak tu. Biasanya muzik masa tu tak teruk sangat berbanding dengan muzik sekarang (ye, muzik sekarang buat sakit otak je).

Ok la, memang la muzik barat masa tu pun banyak "unsur-unsur aneh". Tapi bila cakap pasal boyband, orang label boyband ni innocent (dan gay). Asal nama boyband, imej memang bersih, lagu pun takde la dahsyat sangat. Jadi orang fikir tu dah jadi greenlight la untuk pendengar, "this is the kind of music I can listen to without worries".

Berbalik kepada isu lagu O-Town tadi, antara komen yang menarik:

"lol I was crazy about this song when I was 10, only now I realize what they're singing about"

"F*** MY 9-YEAR-OLD FOR NOT REALIZING THIS"

"wait does that liquid thing in beginning of the video look awfully phallic?"

"lol they're the horniest boyband ever"

"this band has some other sexual innuendo songs too, like We Fit Together, which was the soundtrack for pokemon movie"

Pokemon? I thought it was meant for kids?

Betapa hebatnya penangan lagu.

Be careful with the songs that you're listening to.

Thursday, December 31, 2009

Cerekarama: Khabar dari Kota Madison

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terasa macam nak tulis post luahan hati pulak hari ni. Haha. Tapi tak tahu nak mula dari mana.

Di kala tengah duduk sambil menanti ikan dibakar di dalam oven... rasa sayu pulak tengok snow kat luar tingkap. Masa tengah sorang-sorang ni mula la terkenang balik kisah lama. Kalau dalam Cerekarama kat TV3, mesti ada flashlight pastu dia tunjuk scene dalam warna pudar atau black and white. Masa tu watak tu teringat balik kisah lama dia. Agaknya kalau aku dalam drama, macam tu la kot. Haha.

Sebelum tu biarlah aku warning dulu. Post ni mungkin takde apa-apa mesej penting buat korang. Aku macam, tiba-tiba terasa nak menulis macam ni. Setelah sekian lama asyik membuat post yang mengutuk orang lain, emo, dan adakalanya konon-kononnya buat ayat Rakan Masjid, aku rasa teringin nak buat post sayu.

Haha. Ok so here goes.

Aku tak pernah pergi luar negara. Hatta Sabah atau Sarawak pun aku tak pernah sampai lagi. Aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, aku selalu tengok gambar mak aku pakai baju tebal macam orang Eskimo (ala jaket tebal yang hood dia ada bulu tu, haha). Dalam gambar tu mak aku tengah berdiri dalam snow. Masa tu ayah aku tengah sambung belajar kat Loughborough (betul ke aku eja ni?). Abang aku yang dua orang tu pun ada dalam gambar-gambar lain, tapi aku takde. Maknanya, masa tu aku belum lahir lagi. Aku ada 4 orang adik-beradik, aku anak ke-3.

Aku pernah cakap dengan mak ayah aku, "Nina nak main snow". Pernah jugak aku tanya, "bila Nina boleh main snow jugak?". Dan jugak, "kenapa Nina takde dalam gambar ni?". Dan jugak, "masa ni Nina dalam perut mak lagi eh?"

Haha. Masa tu kecik lagi kan, tak tahu apa-apa.

Kalau soalan "bila ayah nak bawak pergi sini, pergi sana" timbul, mak dan ayah aku cuma cakap:

"Kalau nak pergi main snow, kena la belajar rajin-rajin."

Ayat keramat. Aku masih ingat sampai hari ni.

Dulu aku tak faham, apa kena mengena belajar rajin-rajin dengan main snow? Huhu. Setiap kali aku tanya, jawapan tu jugak yang aku akan terima. Walaupun tahu jawapan yang keluar dari mulut mak ayah aku adalah sama, aku akan tanya jugak berjuta kali.

Tapi sekarang bila dah sampai kat negara orang ni, baru aku faham apa kaitan belajar rajin-rajin dengan main snow.

Dan bila dah sampai kat negara orang ni la, baru aku sedar betapa besarnya pengorbanan mak dan ayah aku selama ni. Bukan la selama ni tak pernah sedar. Cuma, setelah apa yang aku lalui sebelum fly hari tu seolah-olah dah betul-betul buka mata aku.

Orang lain fikir... "come on la. it's not a big deal pun".

It doesn't matter la orang cakap macam tu. Sebab diorang manusia je pun. Bukan mind reader whatsoever. Yang maha mengetahui hanyalah Allah.

Anyway... sekarang Cerekarama dah ada flashlight lagi sekali. Kembali ke masa sebenar. Flash!

Apa yang orang nampak, kalau pergi belajar luar negara, "wahh... terernye". "wahh... pandainya". "wahh itu, wahh ini".

Kebenarannya, bukannya semua yang pergi overseas tu hebat. Bukan semua yang belajar luar negara tu pandai/genius. Antara yang tak hebat mana pun tapi dapat peluang pergi luar negara ialah aku.

Kalau nak diikutkan, aku tak layak berada di sini. Ramai lagi rakyat Malaysia yang pandai-pandai, yang deserve a chance to replace me.

Ini bukan soal merendah diri atau tak yakin dengan kebolehan diri. Ini soal rezeki. Dan sudah tentunya, qada' dan qadar Allah.

Aku ditakdirkan ada rezeki untuk sampai sini, bukannya sebab aku genius. Bukannya sebab aku pandai sangat. Bukannya sebab aku cemerlang. Jadi, aku nak perbetulkan tanggapan sesetengah orang yang fikir "orang belajar overseas adalah budak pandai". No. That's not necessarily true. Memang tak dinafikan, ramai budak pandai yang belajar overseas. Tapi tak semua yang ke overseas tu adalah budak pandai.

Contoh paling baik adalah diri aku. Peluang yang aku dapat ni bukan usaha aku seratus peratus. Sebahagiannya datang dari berkat doa mak ayah aku, hasil guru-guru yang pernah mengajar aku, (duit Mara,) dan sudah tentunya ketentuan Allah.

Aku ada ramai kawan-kawan yang bijak pandai. Tapi tak semua fly. Padahal diorang jauh lebih hebat dari aku.

Aku bersyukur dapat peluang macam ni. Di kala ramai yang berebut peluang ni, Allah takdirkan aku yang dapat.

Dan di kala aku tengok salji yang turun kat luar... betapa aku berharap dua insan itu ada kat sini sekali dengan aku sekarang.

Mak & Ayah.

I'm not the best daughter in the world, but I still love you more than ever.

:')





PS: Sebenarnya banyak part flashback Cerekarama kat tengah-tengah tu tapi director suruh cut. Haha.

Saturday, December 26, 2009

Talk Me Down

Pura-pura.

I hate being phoney.

---

I wish I can be less sensitive about it.

But I can't.

---

Please go.

I need a break from looking at you.

---

Sometimes you might think of it as a joke, but it hurts me.

Please understand me.

---

Friday, December 25, 2009

Terlupa Sekejap

Assalamualaikum.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"
(al-Baqarah: 216)

Beberapa hari ni rasa terkilan. Cuba tak nak fikir tapi tak dapat elak. Mesti akan terlintas punya. Walaupun masalah tidak sebesar cabaran yang dihadapi saudara seIslam yang dianiaya manusia kejam di Palestin, tetapi hal itu tetap menghantui fikiran. Dan sedikit sebanyak mencabar kesabaran dan keimanan.

Terlupa pulak dengan janji Allah tu.

Kalau ada rezeki, takkan ke mana. Dan Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita.

Insya-Allah. :)


PS: Congrats kepada adik aku yang dapat keputusan cemerlang dalam PMR. Walaupun tidak sempurna, tetapi masih cemerlang. Alhamdulillah. :)

Tuesday, December 15, 2009

Pupus

Ya Allah

hamba-Mu ini banyak melukakan hati orang lain dengan penulisanku yang hina lagi daif ini

ampunkanlah dosaku

janganlah kiranya penulisanku ini menjadi punca aku dicampakkan ke neraka-Mu kelak

---

Ya Allah

minggu ini yang getir

permudahkanlah urusanku dan sahabat-sahabatku

Amin

---

I'll stop posting for a while. Sekian.



PS: "hingga ada terluka pada setiap bicaraku..." (Firdaus - Pupus)

Saturday, December 12, 2009

Jual Ikan

Assalamualaikum.

Malas la pulak nak mengumpat.

Tapi entahlah. I just don't understand why.

You're just so selfish, you know.