Saturday, October 31, 2009

Putaran Kehidupan

Assalamualaikum.

Hidup tak pernah sunyi dari ujian dan dugaan. Selagi kita hidup, kita akan sentiasa diuji. Kadangkala kita akan rasa tamparan hebat ketika diuji. Diri terasa lemah, tak bermaya, tiada tempat mengadu, jiwa kosong, etc. Ya, ujian itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Dan apabila kita diuji, hanya kita dan Allah saja yang tahu rasanya. Orang lain tak mampu mengambil walau sedikit pun rasa sedih dan gundah tersebut untuk merasainya, melainkan hanya memberi kata perangsang dan menunjukkan wajah simpati.

Memang benar manusia itu tidak akan diuji melainkan sesuai dengan keupayaan dan kemampuannya. Memang benar ketika kita diuji, tempat yang paling sesuai dan sangat sesuai untuk kita kembali adalah kepada Tuhan. Mengadu pada Dia Yang Maha Mengetahui, merintih pada Dia Yang Maha Mendengar. Walaupun selalunya ketika senang kita sering melupakan-Nya, tetapi apabila kita diasak dengan pelbagai ujian, kita akan kembali pada-Nya, selagi mana kita bergelar seorang Muslim.

Perasaan sedih dan terluka itu adalah kompleks dan sukar dilihat kerana kedua-dua perkara ini bukan berbentuk fizikal yang boleh dilihat. Mungkin ia boleh dizahirkan melalui tindakan atau ekspresi wajah kita yang sugul dan tidak bermaya, namun ia tidak bermaksud rasa itu dapat diketahui atau didefinisi secara sepenuhnya oleh orang lain. Walau sebanyak mana kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan sedih itu, orang lain tetap tidak akan faham. Walaupun ada sesetengah orang yang pernah melalui perkara yang sama, tetapi "ceteris paribus" itu tidak wujud. Maksudnya, perkara di sekeliling kita adalah tidak seragam. Orang lain mungkin melalui ujian yang sama, tetapi yang membezakannya adalah suasana atau keadaan lain yang mempengaruhi orang tersebut. Dengan lain kata, ketika diuji, orang itu mungkin mendapat sokongan ahli keluarganya, atau orang itu mungkin berada di tempat yang berlainan. Dengan itu, mungkin saja keadaan orang itu tidak seteruk orang lain yang menghadapi ujian yang sama.

Apabila kita merasakan orang di sekeliling sememangnya tak faham dan takkan pernah memahami keadaan kita, kita akan lebih merasa tertekan. Ya, memang kita perlu kembali pada-Nya, menilai balik di mana kesilapan dan kekhilafan kita selama ini, memperbaiki segala kelemahan dengan sebaik mungkin. Apabila kita cuba berhubung dengan-Nya, Dia akan membalas melalui kalam-Nya di dalam al-Qur'an. Namun begitu sesetengah orang masih memerlukan sesama manusia untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tetapi risikonya ada, kerana manusia tersebut mungkin tidak dapat membantu dan langsung tak reti nak bagi respon yang positif. Itu, kita kena faham sendiri. Jangan-jangan akhirnya kita bertambah lebih sakit hati sebab orang yang kita harapkan nak bagi sokongan kat kita tu, sebenarnya hampeh dan membuang masa.

Kita kena ingat, manusia itu bukan mind reader. Manusia itu tiada kuasa untuk mengambil rasa sedih itu lalu membelahnya menjadi dua, lalu dikongsi bersama. Jangan nak mengarutlah.

Tapi kenapa banyak sangat kita diuji? Apa gunanya?

Well. Lupakah kita, apa tujuan kita berada di dunia ini?

Dunia ini adalah ujian. Segala yang berada di dunia adalah ujian. Tak kira senang atau susah, semuanya disediakan Allah untuk menguji siapa yang layak digelar sebagai hamba-Nya yang taat dan setia.

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Allah itu Maha Adil. Takkan la Dia nak bagi kita bersenang-lenang kat dunia lepas tu senang-senang je kita dapat masuk syurga. Sebagai contoh, kalau nak masuk universiti, kena dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Kalau nak masuk syurga, kena dapat keputusan cemerlang semasa hidup di dunia. Konsep yang sama, tetapi aplikasi yang berlainan.

The reason I'm writing this is that this post is 99.9999% dedicated to myself. I'm reminding myself for over and over again that He won't upset His patient servants. I've been feeling down again and again (and I know everyone else has their own ups and downs, too), but kalau aku nak down sampai ke sudah, it won't bring me anywhere. I write this because I know one day I'll look back at this post and say, "hey, macam bagusnya aku tulis macam ni, kalau cakap tak serupa bikin, buat malu je, blablabla". So in a way, by writing this, it will motivate me to be somewhat a better person.

Don't get me wrong. Rasa sedih itu memang tak dapat ditolak. Siapa yang tak pernah rasa sedih? Siapa yang tak pernah down? Siapa yang tak pernah menangis kerana diuji? Bohonglah kalau cakap tak pernah. Tapi I'm giving an idea that firstly, tak salah kalau nak sedih, tapi kalau sedih sampai forever and ever, it won't bring you anywhere. Secondly, kalau kita luahkan kat orang lain dan orang tu tak faham kita, janganlah kita marah dia pulak. Thirdly, kita hidup sekejap je kat dunia ni, satu hari nanti akan tamatlah riwayat di muka bumi yang sementara ini. I mean, kita diuji sekejap je untuk mendapat balasan indah yang selama-lamanya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah: 155-157)

Once again, I write mostly to remind myself, and others too, if this applies to you.